Quantcast
Channel: iena lifestyle blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1360

MALA-TUP DENGAN AYAM GORENG MALA MARRYBROWN

$
0
0

Rakyat Malaysia sememangnya tidak lari dari masakan pedas. Kebanyakan dari rakyat Malaysia menggemari masakan pedas. Jika tidak pedas pasti rasa kekurangan. Tidak kiralah bangsa apa jua pun pasti sukakan masakan yang pedas.

MALA-TUP DENGAN  AYAM GORENG MALA MARRYBROWN
AYAM GORENG MALA MARRYBROWN

 

Bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang gemarkan masakan pedas Marrybrown telah mengeluarkan menu baru nya iaitu Ayam Goreng Mala. Hidangan terbaharu Marrybrown ini merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas yang akan memberikan pengalaman gastronomi yang luar biasa buat anda yang menikmatinya.

 

AYAM GORENG MALA MARRYBROWN

 

Pada yang sudah merasakan Ayam goreng Mala ini Cik iena pasti anda akan menggemari Ayam Goreng Mala ini.Cik iena sendiri amat sukakan Ayam Goreng Mala ini dikala pertama kali Cik iena menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang memberikan rasa pedas yang memukau!

 


AYAM GORENG MALA MARRYBROWN

 

Dari segi tahap kepedasan untuk Cik iena pastinya Ayam Goreng Mala ini adalah pedas. Pada anda yang gemarkan kepedasan memukau jangan lupa cuba Ayam Goreng Mala dari Marrybrown. Pasti ianya akan memikat hati anda di saat gigitan pertama.

 Untuk pengetahuan, anda boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza.Peminat ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2-pc atau Ayam Goreng 3-pc – kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.

 


AYAM GORENG MALA MARRYBROWN
Kombo Ayam Goreng 3-pc, dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad serta air coca cola
    

 


Bagi anda yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala.



AYAM GORENG MALA MARRYBROWN
Kombo Bubur Ayam MALA

 

Bagi anda yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya maka pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad,Mashed Potato, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama  kentang goreng  Mala yang unik.


AYAM GORENG MALA MARRYBROWN
Mala Box Meal (gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad,Mashed Potato, onion ring, mala fries dan coca cola



Untuk pengetahuan, harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang pasti  menyegarkan anda. Kesemua hidangan ini anda boleh dapatkan di Marrybrown bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020.

 

AYAM GORENG MALA MARRYBROWN

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 


Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/

 

 




 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1360