Quantcast
Channel: iena lifestyle blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1360

Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek

$
0
0

Lou Shu Fun  merupakan masakan Cina yang berasal dari Taiwan. ‘Loh si fan’ atau Mi Tikus pastinya akan menimbulkan tanda tanya buat sesiapa yang pertama kali mendengarnya.


Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek


“’Loh Si’ dalam Bahasa Cina bermaksud tikus manakala ‘fan’ pula bermaksud mi. Dalam makna sebenarnya ialah ‘laksa pendek’, namun orang lebih mengenalinya sebagai mi tikus.

Lou Shu Fun boleh dimasak sama ada dengan kuah kicap, kuah kari ataupun sup. Kali ini Cik iena ingin kongsikan resepi Lou Shu Fun Soup dari Deqnor iaitu adik Cik iena. Dalam keluarga iena, Deqnor dan mak menggemari gaya masakan Cina jadi dirumah kami selain gaya masakan melayu mak juga memasak masakan mengikut gaya masyarakat cina.

Jika soup dari masyarakat melayu kaya dengan rempah berbeza dengan soup dari masyarakat cina. Ianya agak plain namun tetap sedap dengan hadirnya bahan-bahan sampingan lain yang menaikkan rasa soup mereka. 

Berikut Cik iena kongsikan Resepi Lou Shu Fun Soup atau dalam Bahasa melayu nya Sup Laksa Pendek.

Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek


Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek Oleh Deqnor


Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek

 

Untuk resepi, disini Cik iena kongsikan mengenai bahan bahan untuk memasak Lou Shu Fun soup sahaja. Untuk cara-cara memasak anda boleh tonton video dari Cik iena di penghujung artikel. Cik iena kongsikan resepi ini kerana setiap kali hari raya saudara mara pasti akan tanya resepi Lou Shu Fun soup ini. Untuk pengetahuan Lou Shu Fun Soup adalah antara menu hari raya kami. Berbeza dengan rumah rumah lain yang kebanyakannya menyajikan hidangan berat. 

Kami memilih untuk menyajikan menu yang lain daripada lain. Jadi menu hari raya kami mengikut gaya masakan cina Lou Shu Fun Soup. Kuah soup seakan air masak namun cukup berasa. Jika tonton video Cik iena memang nampak kuah sup jernih berbeza dengan sup gaya masakan melayu.


Memandangkan semasa raya memang tak sempat untuk buat video masakan jadi hari ini Cik iena decide untuk rakam video masakan resepi Lou Shu Fun Soup dari deqnor supaya nanti bila saudara mara datang beraya dan bertanya boleh tunjuk video ini. Tapi masihkan ada raya buat kita? huhu sedih mengenangkan wabak covid-19 yang semakin berleluasa sekarang ni.


Bahan-bahan Lou shu fun soup

 

Bahan untuk Sup 


  •  2 paket laksa pendek
  • 150 gm Lobak putih di potong dadu
  • 1 biji bawah besar dipotong dadu besar 
  • 2 1/5 bahagian dada ayam (tak perlu potong) - iena beli ayam ikut bahagian (^_~)
  • garam secukup rasa
  • 15 cawan cawan air

Bahan - bahan yang perlu di celur


Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Bahan-bahan celur
 
  • 1 paket fish ball
  • 1 paket fish cat
  • 1 genggam taugeh
  • 1 paket enoki mushroom (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 1 paket white crab mushroom (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 5 batang sawi (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
  • 2 paket Laksa Pendek
    Laksa Pendek
    Laksa Pendek atau Mee Tikus atau Lou Shu Fun
     

Bahan-bahan Goreng


sayur ikan pucuk
sayur ikan pucukyang telah digunting dan goreng
  • lobak masin hancur
  • 1 paket sayur ikan pucuk

Bahan-bahan lain

  • Cili banjir merah
  • kicap cair 
  • cili jeruk (bahan tambahan, tiada pun tak mengapa)
Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
lobak asin goreng, cili kicap, cili jeruk homemade

 

 

Untuk sukatan cawan air. Cik iena gunakan cawan teh atau kopi. Standard size. Kalau nak letak lebih air pun boleh tapi kalau nak lagi sedap letak ayam lebih. Lagi banyak ayam yang digunakan lagi sedap kuah sup kita. Kemudian apa yang perlu ada ingat semasa memasak ayam, lobak putih dan bawang jangan sesekali kacau ramuan tersebut. Biarkan sahaja ianya mendidih kerana jika kita kacau ayam dan lobak putih mungkin akan hancur dan akan menyebabkan perubahan warna pada kuah.

 

Sup Berkhasiat untuk kesihatan

 


Sup Berkhasiat untuk kesihatan
Sup Berkhasiat untuk kesihatan

Untuk resepi Lou Shu Fun soup ini, kami memerlukan sup yang jernih namun berasa. Untuk  makluman anda lagi ini juga merupakan menu sihat yang mana ianya menggunakan lobak putih yang sangat banyak khasiat dan dikatakan  mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan sebatian bioaktif, antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Selain itu, sayur ini juga dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor.

Video Cara memasak Resepi Lou shu fun soup atau Sup Laksa Pendek




 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1360