Quantcast
Channel: iena lifestyle blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1360

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

$
0
0

Umumnya masyarakat kita dan juga minuman kafein memang tidak dapat dipisahkan. Ramai dikalangan masyarakat kita yang mengamalkan minuman berkafein sewaktu bersarapan sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Kita sedia maklum kandungan kafein ini mampu membuat mata kita bertahan dan tidak merasa mengantuk.

 

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

Malahan golongan pelajar juga merupakan antara golongan yang kerap mengambil kafein kerana perlu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Sama juga seperti Cik iena di zaman belajar dahulu. Cik iena mula mengambil kafein sewaktu belajar di IPT kerana ingin berjaga malam untuk ulang kaji pelajaran dan ianya sudah menjadi kebiasaaan bagi Cik iena tambahan lagi kerja sebagai programmer ada kalanya perlu berjaga malam.


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

Jadi minuman kafein sememangnya banyak membantu. Namun harus anda ingat juga bahaya jika mengambil kafein terlalu banyak dalam sehari. Cukup sekali sahaja anda minum kafein dalam sehari tau. Istimewe buat penggmar kafein seperti Cik iena khususnya  kini NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam dan menambah dua variasi baharu iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.

 

KOPI CHAM DAN KOPI-C DUA VARIASI BARU NESCAFE EDISI KOPITIAM 


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

NESCAFÉ® telah menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan kepada Edisi Kopitiam. Dua Variasi Baharu Diperkenalkan adalah NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham.

 Buat anda penggemar kopi di Malaysia, adakah seharusnya  mencuba sesuatu yang baharu dari NESCAFÉ®  Edisi kopitiam ini yang menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya.


 

NESCAFÉ® Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.

 

NESCAFÉ® Kopi-C 

 


 

NESCAFÉ® Kopi Cham 





Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

Menurut April Wong selaku Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,” 



NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C



Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.

NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C


 
Untuk pengetahuan, penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini terdiri daripada

  1. NESCAFÉ® Tarik
  2. NESCAFÉ® Tarik Kaw 
  3. NESCAFÉ® Kopi-O 
  4. NESCAFÉ® White Coffee 
  5. NESCAFÉ® Ice

 

Edisi NESCAFÉ® Kopitiam ini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan juga di platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee.

 


NESCAFE EDISI KOPITIAM VARIASI BARU | KOPI CHAM DAN KOPI-C

 

 

Jom Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja anda berada dengan NESCAFÉ Kopitiam!

#NescafeKopitiam
#NescafeKopitiamSeries
#NescafeKopitiamMoments
#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1360