Quantcast
Channel: iena lifestyle blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1361

RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG

$
0
0

Sempena musim perayaan Hari Natal atau Krismas ini, Coolblog telah melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese.
Istimewa buat penggemar red velvet kini anda boleh nikmati keenakan kek kegemaran anda dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.


RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG

 



Seperti yang anda sedia maklum, Coolblog merupakan jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia. Coolblog percaya bahawa kenikmatan pasti dapat diperolehi daripada pilihan minuman mereka yang terbaik dari segi rasa, kepelbagaian, dan nilai.
 

RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG

Bagi meraikan musim cuti penghujung tahun 2022,  Coolblog menawarkan siri Red Velvet Cheese yang diilhamkan oleh perayaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan.

Kek red velvet sememangnya mempunyai ramai peminat yang tersendiri, Warna merah yang juga dikenali sebagai ‘warna kegembiraan’ mencantikkan dan menaikkan lagi lagi seri dan penampilan kek ini seterusnya ianya mencerminkan keceriaan musim perayaan.


RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG


Keenakan kek red velvet pasti membuatkan anda teruja. Oleh itu, Coolblog menginspirasikan kek red velvet ini untuk menghasilkan keenakannya dalam bentuk smoothie dengan pelancaran siri Red Velvet Cheese .

Untuk menyerlahkan lagi kelazatan siri terbaharu Coolblog ini, minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet.

Red Velvet Cheese


Red Velvet Cheese
Red Velvet Cheese

Red Velvet Cheese
Red Velvet Cheese



Bagi anda yang menggemari perisa asli kek red velvet anda boleh cuba Red Velvet Cheese . Ia merupakan pilihan sesuai keranasmoothie ini mempunyai  keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.

Red Velvet Choco Cheese

Red Velvet Choco Cheese
Red Velvet Choco Cheese

Red Velvet Choco Cheese
Red Velvet Choco Cheese


Bagi pengemar coklat pula, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa .Adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat.

Penutup Mudah Dibuka


Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan juga dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah. Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati dimana ianya juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang tersayang.

Harga Red Velvet Cheese Series


Setiap minuman Red Velvet  Series berharga RM11.90.

Gingerbread

Gingerbread
Gingerbread



Bukan sekadar Red Velvet Cheese  Series , peminat boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama Red Velvet Cheese Series Smoothie.

Untuk pengetahuan, biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan dapat dijadikan sebagai pelengkap siri minuman ini.


RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG



Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog sila layari:
 
Laman Web: https://www.coolblog.com.my/
Facebook: Coolblog.my
Instagram: CoolblogMalaysia
TikTok: coolblogmalaysia
Twitter: CoolblogMY


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1361

Trending Articles