Quantcast
Channel: iena lifestyle blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1360

Majlis Pelancaran Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas MY

$
0
0

Pada 21 Disember 2014, Majlis pelancaran 'Siri Jelajah Dunia1600 Pandas MY' telah berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ia merupakan kempen ‘Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas’ dimana Malaysia merupakan hentian ketiga di Asia selepas Hong Kong dan Taiwan. Terdapat 1600 ikonik panda berasaskan kertas (papier-mache) pada majlis pelancaran kempen 1600 Pandas MYSiri jelajah 1600 Panda ini akan memulakan perjalanan ke lebih 15 lokasi di seluruh Malaysia bermula 21 Disember 2014 sehingga 25 Januari 2015.

aksi blogger kaki selfie yang sempat dirakam media (^_~)

Majlis pelancaran Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas MY ini telah dirasmikan oleh Mr Paulo Grangeon yang merupakan seorang artis arca dan pencipta '1600 Pandas'. Beliau dikenali dengan gelaran ‘Bapa 1600 Panda’.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Mah Siew Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Madam Ma Jia, Menteri Konsulat Republik of China disertakan dengan persembahan-persembahan yang menarik.


Mesej 1600 Pandas MY


Siri penjelajahan 1600 Pandas MY ini bertujuan mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat dalam menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar melalui pendekatan kreatif dan artistik.

Mengapa 1600 panda yang dibawa untuk menjelajah ?
Untuk pengetahuan umum,1600 itu merupakan jumlah panda yang masih wujud di dunia. Ini bermaksud bahawa panda merupakan haiwan yang diancam kepupusan. Oleh itu, mesej tersebut perlu disebarkan kepada masyarakat di seluruh dunia untuk sama-sama menjaga dan memulihara alam sekitar agar kita dapat menghalang daripada haiwan ini terus pupus dan dalam masa yang sama dapat memelihara alam sekitar untuk kebaikan bersama.


Gambar Dan Video Majlis Pelancaran Kempen 1600 Pandas MY



Beberapa gambar dan video yang  sempat cik iena rakamkan di sekitar majlis pelancaran kempen 1600 Pandas MY.Cik iena sempat bergambar bersama top blogger (broframestone, iera kan& khir khalid) dan selebriti Zulkifli Bujang pengacara Selamat Pagi Malaysia (RTM1), yang turut hadir memeriahkan majlis. 




bersama selebriti Zulkifli Bujang pengacara Selamat Pagi Malaysia (RTM1)




volunteer















Memandangkan kesemua 1600 panda sudah tiba,
jom bergambar

Cik iena dan selfie tidak dapat dipisahkan.



nampak tak ade kelibat sesuatu haha








Lokasi Kempen Siri Jelajah Dunia 1600 Panda di Malaysia


Perbadanan Putrajaya Complex  - 23/12/2014 (10 AM to 12 PM)
Dataran Putrajaya - 23/12/2014 (2 PM to 4 PM)
Batu Caves, Selangor - 30/12/2014  (10 AM to 12 PM)
Cheong Fatt Tze Mansion, Pulau Pinang - 03/01/2015  (12 PM to 2 PM)
Tasik Taiping, Perak - 04/01/2015  (10 AM to 12 PM)
Menara Condong Teluk Intan, Perak - 05/01/2015  (10 AM to 12 PM) 
Bangunan Stadhuys, Melaka - 06/01/2015  (10 AM to 12 PM)
Tugu Negara, Kuala Lumpur - 09/01/2015  (10 AM to 12 PM)
Publika, Solaris Dutamas , Kuala Lumpur - 13/01/2015 --- 25/01/2015 (10 AM to 10 PM)

 Sebarang perubahan jadual sila rujuk 1600 Pandas MY

Acara kemuncak 1600 Pandas MY akan berlangsung di Publika dari 13 – 25 Januari 2015. Orang ramai berpeluang bertemu panda dengan lebih dekat. Ia merupakan satu-satunya peluang bergambar dan meluangkan masa bersama panda di Malaysia.


Ingin memiliki Panda comel ini ?

1600 Panda ini boleh dimiliki dengan cara ‘adoption’ melalui online dengan harga RM150.00 setiap unit. Kepada yang berminat, ‘adoption’ akan dibuka kepada umum bermula 12 Januari 2015. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Rasmi1600 Pandas MY


 Nota Blog : Thanks Bro Framestonediatas jemputan and Thanks to Nurul Shafina sebab email kan pic cik iena yang sibuk berselfie (^_~)









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1360