Quantcast
Channel: iena lifestyle blogger
Viewing all 1360 articles
Browse latest View live

Kek Marble Kukus

$
0
0

Kek marble kukus merupakan  kek yang mudah  untuk disediakan.  Kek ini digemari golongan veteren.  Enak dihidang bersama minuman bersusu.



kek marble kukus
 

Bahan bahan

  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya (kalau tak ada boleh tambah 1/4 susu pekat lagi)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah, hijau, coklat dan kuning
Cara Cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur
satu persatu dan pukul sebati.
2. Masukkan susu pekat serikaya dan esen vanilla. Kacau rata
dan masukkan tepung gandum bercampur serbuk penaik.
3. Bila sebati bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna
pada setiap adunan.
4. Sendukkan selang seli kedalam loyang yang telah dilengser
dengan margarin.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam
atau sehingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong



Sumber : www.facebook.com

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com



Voucher Photobook Apps www.qoo10.my Tak Valid

$
0
0

Disepanjang cik iena beli-beli voucher. Pertama kali dapat Voucher yang tidak Valid iaitu daripada www.qoo10.my . memandangkan cik iena memang suka beli voucher photobook jadi cik iena perlu tulis di blog supaya cik iena blacklist dari membeli voucher photobook dari www.qoo10.my.
Cik iena beli pada 1 september 2015. Kebiasaannya cik iena akan buat photobook di hujung-hujung tarikh tamat. Hari ni 31 disember 2015 tarikh akhir tuk print photobook maka cik iena pun buat. Selesai buat album,masuk voucher code dapat message code tak valid.
Huh sakitnya tuh di sini, nasib baik dua je voucher photobook dari www.qoo10.my
Voucher Photobook  Apps www.qoo10.my Tak Valid
Okay memandangkan www.qoo10.my telah melukai hati BETA, BETA mahu blacklist dari shopping di http://www.qoo10.my/ 
sekian untuk makluman

Haaa lepas ni beli voucher photobook kat lazada je
meh klik




Nasib baik lah voucher yg tak valid ni cik iena takde share kat fb








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kenali Taman Negara Malaysia

$
0
0


Taman Negara Malaysia merupakan destinasi perlancongan yang popular di Malaysia di kalangan pelancong Domestik dan luar negara. Merupakan Kawasan Perlindungan rasmi Hutan Hujan Tropika yang pertama dan tertua di Malaysia yang mana pada waktu dahulu ia dikenali sebagai King George V National Park.


Kenali Taman Negara Malaysia




Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. 

Taman Negara Pahang terletak di Kuala Tahan, Pahang iaitu di Banjaran Titiwangsa yang meliputi sebahagian daerah Lipis dan Jerantut. Ia merupakan Taman Negara yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Negeri Pahang mempunyai keistimewaan  flora dan fauna yang serba lengkap,Gunung-ganang, sungai, serta hutan lantas manjadikan Pahang sebgai tarikan Pelancong.

Waktu yang paling sesuai untuk pelancong mengunjungi Taman Negara adalah pada bulan April hingga November selain cuti hujung minggu.

Baru-baru ini cik iena telah berkesempatan turut serta dalam Media Trip ke Rainforest Resort Taman Negara , Pahang yang dianjurkan oleh MATIC (Malaysia Tourism Centre).  Kehadiran kami di sambut baik oleh pihak Rainforest Resort . Terdapat pelbagai aktiviti dan tempat yang menarik untuk cik iena kongsikan bersama pembaca Sekalian.



3D2N  Rainforest Resort Taman Negara 



Taman Negara Malaysia
Bersama rakan media dan blogger sebelum berangkat ke Taman Negara



Pengalaman selama 3 hari 2 malam di  Taman Negara sememangnya sukar untuk di lupakan malahan jika di beri pilihan cik iena ingin lebih dari 3 hari kerana suasana persekitaran yang tenang serta mendamaikan membuatkan anda berasa sangat tenang disini ditambah dengan pelbagai tempat dan aktiviti menarik disini. Jika ingin menghabiskan lawatan ke semua tempat disini  atau melakukan semua aktiviti pasti 3 hari tidak mencukupi.

Cik iena dan rakan media serta blogger bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 10.06 AM




Jeti Kuala Tembeling
Jeti Kuala Tembeling

Kami tiba di Jeti Kuala tembeling sekitar jam 2.40 PM. Setibanya di sana kami  menikmati makan tengah hari di restoran yang terdapat di jeti tersebut sebelum berangkat ke Kuala Tahan. Lebih kurang Jam 3.11 PM kami berangkat ke kuala Tahan menaiki bot yang di sediakan.



Jeti Kuala Tembeling
Bot Panjang di Jeti Kuala Tembeling

Jeti Kuala Tembeling
cik iena sedang beratur utk menaiki bot panjang di Jeti Kuala Tembeling





Disepanjang perjalanan ke Kuala Tahan anda akan dapat menikmati pemandangan yang menarik di tepi-tepi sungai. Kelihatan kampung-kampung kecil , tempat pembiakan ikan patin sangkar dan juga kelibat-kelibat orang yang memancing di tebing tebing sungai.




Jetii Sungai Tembeling
bersama rakan blogger

 Cik iena akan kongsikan gambar-gambar pemandangan sepanjang perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke Kuala Tahan menaik bot ini dalam artikel yang seterusnya.

Kami tiba di Kuala Tahan lebih kurang jam 5.26 PM. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 Jam 15 minit . Semasa menaiki bot kami di beritahu perjalanan memakan masa 3 jam. Alhamdulillah kami sampai awal dari yang di jangka kan.


Taman Negara Malaysia
jeti Han Rainforest Resort


Walaupun berada lama di atas bot namun ianya tidak mambosankan kerana anda akan dapat melihat pemandangan-pemandangan ciptaan Illahi yang cukup indah.



Taman Negara Malaysia
cik iena di tepi sungai jeti Han Rainforest Resort






Keindahan hutan Taman Negara akan dapat anda nikmati sebaik sahaja bot yang membawa pelancong singgah di jeti Han Rainforest Resort.

Setibanya kami di  jeti Han Rainforest Resort, kami di bawa ke   Han Rainforest Resort menggunakan kenderaan yang di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort. Istimewa buat pelanggan  Han Rainforest Resort, pengangkutan dari jeti ke resort atau resort ke jeti akan di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort.


Han Rainforest Resort
Cik iena di kaunter pendaftaran Han Rainforest Resort





Han RainForest Resort  menyediakan pelbagai aktiviti sungai serta pakej calet untuk keselesaan pengunjung yang menginap di sini.

Aktiviti pertama kami pada hari tersebut adalah Night Jungle Walk . Berjalan di dalam hutan pada waktu malam sambil menikmati keindahan alam serta binatang-binatang di waktu malam. Untuk aktiviti ini anda memerlukan lampu suluh .


Night Jungle Walk
Rakan blogger dan media bersedia dengan lampu suluh masing-masing





Jika bernasib baik, anda dapat melihat sendiri binatang liar seperti rusa, babi hutan dan binatang kecil lain yang merayau-rayau di Taman Negara menjelang tengah malam hingga ke awal pagi. Cik iena akan kongsikan mengenai aktiviti ini dalam artikel yang lain.


Night Jungle Walk
cik iena bergambar bersama Tapir yang di jaga di sini


Selain daripada itu anda juga boleh menyertai kegiatan safari malam untuk melihat haiwan liar di kawasan yang disediakan dengan bantuan pemandu pelancong dan petugas perhilitan.



bersiap sedia untuk Canopy Walk
bersiap sedia untuk Canopy Walk dan bukit teresek



Pada keesokan harinya, kami  beriadah dengan  meniti Titian Kanopi atau lebih dikenali dengan "Canopy Walk"dan mendaki Bukit Teresek untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi dari puncak bukit tersebut. Ketinggian "Canopy Walk"   adalah 400 meter dari aras laut.





wefie sebelum ke bukit teresek
wefie sebelum ke bukit teresek

wefie sebelum ke canopy walk
wefie sebelum ke canopy walk

canopy walk
cik iena dan +Halim Brothers  sedang meniti Canopy Walk




Bukit Teresek
selepas meniti Canopy Walk, cik iena meneruskan perjalanan ke Bukit Teresek

Bukit Teresek
sambil mendaki, menyempat je cik iena wefie :)

Bukit Teresek
dah sampai sini wajib bergambar dekat sign board hehe

Bukit Teresek
di belakang cik iena adalah permandangan Gunung Tahan dari bukit teresek.

 Jika nak di tunjukkan sangat banyak gambar yang menarik di sini, cik iena akan kongsikan dalam Artikel seterusnya.  Selain dari mendaki Bukit Teresek, bagi pendaki tegar, Gunung Tahan merupakan destinasi terbaik untuk anda menyahut cabaran yang tidak terdapat di gunung lain di negara ini .


Seperti hutan hujan tropika lain, Taman Negara juga menyediakan rangkaian gua untuk diteroka seperti Gua Telinga dan Gua Daun Menari di samping banyak lagi gua yang sedang dikenal pasti untuk dibuka kepada pengunjung. Malangnya kami tidak berkesempatan ke sana kerana waktu yang sangat terhad.

Aktiviti seterusnya kami pulang ke Resort untuk menikmati hidangan makan tengah hari oleh pihak Resort. Khas buat anda semua cik iena juga akan kongsikan beberapa makanan istimewa di sini dalam artikel yang seterusnya.

Selepas menikmati hidangan makan tengah hari , cik iena sempat mengunjugi Spa yang terdapat di Resort tersebut iaitu "JEMARI TRADITIONAL". Setelah penat mendaki pasti lebih nyaman dan selesa jika dapat memanjakan diri dengan urutan kaki dan ianya terdapat di Han RainForest Resort.


perkhidmatan urutan di jemari traditional
perkhidmatan urutan di jemari traditional



Setelah itu  kami di bawa ke penempatan orang Asli Suku Kaum Batek yang terletak di Kampung Seberang Kanopi . Di sini kami di beri penerangan serba sedikit mengenai kaum ini dan juga beberapa demo dari Orang Asli sendiri tentang kegiatan harian mereka. Nantikan dalam artikel seterusnya .





Bergambar bersama orang asli
Bergambar bersama orang asli dan rakan media serta blogger


Selepas itu kami di bawa ke sungai untuk aktiviti "Rapids Shooting" . Ini merupakan antara aktiviti yang paling cik iena suka. Pada awalnya cik iena merasakan leceh, basah-basah tak seronok. Tetapi apabila berada di dalam bot sewaktu aktiviti ini dijalankan ternyata tanggapan cik iena salah. Aktiviti ini ternyata sangat menyeronokkan dan boleh menenangkan minda, melepaskan segala masalah , keresahan. Jujur cik iena akui aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membuat hati tenang. Masa ni boleh jerit sepuas-puas hati bila di serang bot lawan. Anda semua perlu cuba aktiviti ini. Maaf cik iena tiada gambar untuk aktiviti ini. Cik iena akan update kemudian bila dapat gambar daripada rakan media dan blogger yang lain .


Selepas ber  "Rapids Shooting" kami di bawa singgah di sungai berhampiran untuk bermandi manda dan bergambar.




Taman Negara Malaysia
Menikmati keindahan sungai di sini

Taman Negara Malaysia
Rakan media dan blogger bermandi manda


Pada sebelah malam kami ber BBQ  dan Karaoke di Perkarangan Han RainForest Resort, terdapat kemudahan BBQ disediakan dan juga Karaoke  serta sebuah dewan disediakan.



wefie diatas pacuan 4X4  sebelum ke kampung orang asli
wefie diatas pacuan 4X4  sebelum ke kampung orang asli


Keesokan hari nya iaitu hari ketiga di mana hari terakhir kami berada di situ kami di bawa sekali lagi ke penempatan orang asli tetapi kali ini penempatan yang berbeza dan kami tidak melalui jalan sungai seperti kampung sebelum. Kali ini kami menggunakan pacuan 4X4 menusuri hutan-hutan untuk sampai ke kampung tersebut. Perkampungan tersebut adalah penempatan Orang Asli suku Batek di  Kampung Orang Asli Dedari.



Kampung Orang Asli Dedari
Kampung Orang Asli Dedari


Di sini juga kami di beri pendedahan tentang orang asli namun ianya lebih lengkap. Kami juga berpeluang menanyakan pelbagai soalan kepada orang asli disini.  Demo juga di tunjukkan bagi aktiviti harian mereka.  Untuk kisah di Kampung Orang Asli Dedari ini cik iena akan tulis dalam Artikel seterusnya. Banyak lagi kisah menarik untuk di kongsi bersama. Ini merupakan antara aktiviti yang cik iena gemari kerana cik iena tidak pernah melihat orang asli yang sebegini rupa secara lansung. Cik iena sangat teruja dapat berjumpa dengan mereka, cik iena juga berkesempatan mempelajari cara-cara pemakaian kain batik oleh kaum wanita asli di sini.



Kampung Orang Asli Dedari
Bergambar bersama Orang Asli Dedari

Selepas melawat orang asli disini kami pulang ke Resort untuk menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak Resort  dan seterusnya kami berkesempatan untuk melawat bilik-bilik dan kemudahan lain yang di sediakan di Han RainForest Resort . Istimewa untuk pembaca cik iena akan kongsikan beberapa jenis bilik dan kemudahan yang terdapat di Han RainForest Resort dalam artikel seterusnya.

 Han RainForest Resort
Sebelum berangkat pulang, cik iena bergambar bersama Rakan Media dan Blogger di Han RainForest Resort

Sememangnya pengalaman di Han RainForest Resort Taman Negara ini adalah memori indah yang sukar untuk di lupakan bagi cik iena dan juga mungkin bagi rakan-rakan blogger serta media  yang lain. Selain dapat mengenali taman negara kami juga dapat mengenali rakan media dan blogger lain disamping dapat bertukar pendapat dan berkongsi tentang pengalaman masing-masing.


Semasa di sana cik iena di kenali dengan Travelling Beruang dan juga si Latah. Ada juga rakan yang menggelarkan cik iena pepatung. kalau nak tau kenapa nantikan cerita seterusnya ya. Maaf lambat update sebab cik iena bekerja.


untuk info lanjut boleh layari: -www.rainforestresort.net 












iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System

$
0
0

Ramai yang mengambil endah tak endah tentang penjagaan kuku tanpa disedari. Kuku yang cantik juga melambangkan keperibadian seseorang. Kecantikan dan kebersihan perlu bersatu untuk menambahkan lagi seri dan keyakinan diri seseorang.

Kuku yang hitam dan comot menampakkan keperibadian yang kurang elok pada seseorang. 
Jadi, jom cik iena kongsikan Sistem penjagaan kuku elektronik  daripada Scholl. (Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System

Set penjagaan rawatan kuku yang mudah dimana ianya boleh di lakukan sendiri oleh anda di rumah. Dengan hanya tiga langkah mudah ,kuku anda akan kelihatan cantik, lembut dan berkilat secara semulajadi. 
Ia nya menggunakan bateri dan sangat mudah untuk di kendalikan serta ringan. Selain daripada itu ianya juga amat mudah untuk di bawa kemana-mana . Dapat kan produk ini hanya di Lazada dengan harga promosi RM 135.20 dan dapatkan lagi diskaun sebanyak RM8.88 dengan menggunakan Code - LENALZD8 ! ‪#‎SchollMY‬

Jom tonton video tutorial dari cik iena




Set penjagaan rawatan kuku yang mudah dimana ianya boleh di lakukan sendiri oleh anda di rumah. Dengan hanya tiga...
Posted by ienaeliena.com on Thursday, January 14, 2016



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit

$
0
0
Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit


Kehadiran blackhead terutama di bahagian hidung sememangnya akan menimbulkan ketidakselesaan pada seseorang. Permukaan kulit yang terasa kasar serta liang roma terbuka membuatkan kita rasa tidak selesa.

Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit

Blackhead  dan Whitehead terjadi apabila permukaan liang-liang pori yang tersumbat yang disebabkan oleh debu, kosmetik dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan betul. Setiap folikel atau liang ini mengandungi kelenjar sebaceous yang menghasilkan minyak, iaitu sebum yang membantu melembapkan dan melembutkan kulit kita.

Namun apabila sel kulit mati bersama minyak terkumpul dalam folikel, benjolan kecil akan terbentuk di panggil comedone. Jika comedone masih dibawah kulit ia adalah whitehead atau bintik putih. Tapi jika benjolan menjadi semakin besar dan lapisan kulit diatasnya terbuka, ia mula menjadi hitam akibat terdedah kepada udara dan ini dipanggil blackhead atau bintik hitam.

Bintik hitam adalah proses pertama sebelum terjadinya jerawat. Jika dibiarkan kuman dan bakteria akan berkembang biak disitu. Lama kelamaan ia akan merebak dan bernanah. Ditambah pula kulit kita yang sentiasa mengeluarkan minyak, keadaan akan semakin teruk jika tidak dirawat.

Oleh itu sebelum terjadi jerawat yang mengjengkelkan, cik iena nak kongsi produk untuk  menghilangkanBlackhead& Whitehead. Cara ini sangat berkesan dan sangat mudah untuk dilakukan dan yang paling penting ianya tidak sakit sepertimana jika kita membuang blackhead ketika melakukan rawatan muka di Pusat Kecantikan/ Spa mahupun ketika melakukan rawatan sendiri menggunakan alat pemicit jerawat mahupun menggunakan 'Pore Pack'.

Okay nah cik iena perkenal kan set B.Liv Pore Be Clean . Set ini di datangkan dengan tiga item iaitu  Deep Impact, Off With Those Heads  and Absolute Matte.


Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit


Okay mari cik iena tunjuk satu per satu apa yang ada dalam ni. 



B.liv Deep Impact
B.liv Deep Impact

Off With Those Heads
B.Liv Off With Those Heads

B.Liv Absolute Matte
B.Liv Absolute Matte

 Taraaaaaaaaaaaaaa, bawah ni gambar kesemua isi dalam box tadi
Ada dua keping face mask


Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit


Cik iena beli dekat

 

Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit
Gambar sebelum selepas 4 hari iaitu hari ini di mana hari entry ini di publish. Gambar diambil dgn HDR setting supaya nampak kulit tu.. haha cer korang amek gambo skin korang dekat2 guna HD, tengok banyak tak blackhead. kahkah cik iena punya banyak woooo tu berusaha cari penawar lalalallalaa
Wahhh 4 hari je bleakheads iena dah berhijrah, suka sangat hidung tak keras-keras dah. Blackhead dah takda. Hahaha kalau ikutkan nak post 14 hari selepas cik iena try produk ni. Malam tadi belek-belek cermin macam dah kurang blackhead so cik iena mengatur langkah untuk menulis tentang produk ni. Dah hari ni masa lunch cik iena ambil gambar selepas dekat pejabat.
Tu atas tu before after memang ketara kan
(^_~)


Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit
bye bye blackhead whitehead


Okay jom cik iena kongsi lebih lengkap tentang produk ni,
Jemput baca di bawah ya 
(^_~)




B.liv Pore Be Clean

B.liv Pore Be Clean



HARGA 1 SET (GST): RM 241.80 
HARGA PROMOSI : RM 155.66


B.Liv Deep Impact


B.Liv Deep ImpactB.Liv Deep ImpactB.Liv Deep ImpactB.Liv Deep Impact


Emulsion ini membersih secara mendalam untuk mengusir atau membuang kecelaan pada kulit anda .Ia membersih dan urut wajah anda dengan porcelain perfection. Ia juga lembut tetapi berkesan menanggalkan kulit mati sehingga menjelaskan keserian kulit anda. Kecantikan kulit wajah anda yang sebenar kini boleh bersinar dalam ke luar.


B.Liv Deep Impact


Kebaikan :  

Membersihkanliangpores
• Menggalakkanperedaran mikrountuk kulit pores yang sihat
 
Velvety smooth touch of skin
Mencegahjerawatdan liangtersumbat



HARGA RUNCIT (GST): RM65
HARGA RUNCIT (SEBELUM GST): RM 61.32 


B.Liv Off With Those Heads



B.Liv Deep Impact



Ucapkan selamat tinggal kepada  teknik menyah blackhead iaitu painful squeezing yang sungguh menyakitkan !Gel ini bertujuan untuk memudahkan anda mengeluarkanbintik hitamdegil danwhiteheaddalam masa14hari untuk penggunaansetiap hari.Ia menyimpanrembesanminyak yang berlebihan  dan menghalang irritation danjerawat dari tumbuh.


B.Liv Off With Those Heads






B.Liv Off With Those Heads
Kebaikan :

• Menghilangkan blackhead dan whitehead
• Memastikan jerawat di bawah kawalan
• Mengawal minyak
• Tidak menyumbat liang pores
• Pengelupasan yang lembut
• Mempunyai ciri-ciri yang menenangkan dan menghidratkan





B.Liv Absolute Matte [clarifying charcoal mask]



Inovatif skin-saver adalah yang anda perlu untuk membuang sisa kekotoran dan sebum yang berlebihan, menjadikan kulit anda lebih cantik, gebu dan bercahaya.


B.Liv Absolute Matte [clarifying charcoal mask]



Absolute matte membantu memerangi sebum dan mengawal lebihan permukaan berminyak serta ia  membersihkan dan menyegarkan kulit anda. Ia menggunakan arang aktif  yang bertindak seperti magnet untuk menarik keluar kotoran dari dalam-kediaman liang pores yang tidak dapat dilakukan oleh face mask yang lain.



Menarik kan, tak perlu tahan sakit lagi ketika membuat rawatan muka di Spa, malahan anda dah tak perlu ke Spa untuk membuang Blackhead serta whitehead . Anda hanya perlu amalkan set ini bagi memastikan blackhead dan whitehead hilang dari wajah anda secara lembut dan semulajadi .

Pada yang berminat untuk dapatkan produk ini boleh dapatkan di www.hermo.my/b-liv
Selain daripada produk ni terdapat pelbagai lagi produk menarik yang di jual di Hermo. Cik iena gemar membeli skincare dari Korea di Hermo. Kalau anda tengok semua pasti rambang mata di tambah lagi dengan promosi-promosi yang di tawarkan. Untuk melihat produk lain sila layari www.hermo.my

Okay jemput tengok video tutorial cik iena menggunakan set ini . Tapi maaf agak gelap kerana cik iena rakam menggunakan kamera depan. Video Selfie tambahan pula linghting dalam bilik air tak terang .








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pati HerbaMadu Turunkan Kolestrol Dengan Mudah

$
0
0

Pati HerbaMadu Turunkan Kolestrol Dengan Mudah


Kolestrolmerupakan sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon. Kolestrol juga penting  untuk tubuh badan kita. Kolestrol bergerak bersama sama dengan aliran darah sebagai lipoprotein. Lipoprotein ni terdiri daripada lemak (lipid) yang diselaputi dengan protein. 

Kolestrol  berperanan membawa tenaga dari hati kepada sel dan mengembalikan tenaga dari sel kepada hati. 


Pati HerbaMadu Turunkan Kolestrol Dengan Mudah



Kolestrol yang keluar dari hati kepada sel dipanggil kolestrol jahat (LDL), manakala kolestrol yang keluar dari sel dan kembali kepada hati dikenali sebagai kolestrol baik (HDL). Bila kolestrol jahat tidak dapat kembali ke hati, maka kandungan kolestrol jahat akan meningkat di dalam darah.


Apakah Bahaya Kolestrol Kepada Kesihatan ?


Masalah kolestrol ni bukan berasal daripada kolestrol semata-mata tapi berasal daripada gabungan beberapa isu yang lain seperti stress dan tekanan darah tinggi.

Bila kita mengalami stress dan tekanan darah tinggi, pengaliran darah termasuk yang mengandungi kolestrol jahat tadi akan meningkat di dalam salur darah (arteri).

Bila tekanan darah semakin tinggi, ia turut akan memberi tekanan kepada dinding arteri. Jika keadaan ini berlarutan dalam tempoh yang lama, dinding arteri akan mengalami keretakan kecil.


Pati HerbaMadu Turunkan Kolestrol Dengan Mudah



Bila kolestrol melalui salur darah ini, kolestrol mudah terperangkap di dalam retakan dinding tersebut. Semakin lama, semakin banyak kolestrol terperangkap dan boleh membentuk plak dan sebagainya serta boleh menyebabkan dinding arteri tersumbat.

Akibatnya, ia boleh menyebabkan serangan penyakit jantung. Penyakit jantung jika kronik, sememangnya boleh membawa maut.




6 Jenis Ramuan Berkesan yang membantu Menurunkan Paras Bacaan Kolestrol. 




1. Bawang Putih

Bawang Putih
 

Bawang putih mengandungi Allicin. Allicin ialah zat anti bakteria yang bertindak sebagai anti biotik semula jadi.

2. Halia
Halia

Halia ini sifatnya panas. Halia menghalang kolestrol melekat pada saluran jantung.

3. Lemon

lemon


Berfungsi sebagai detoks untuk mengurangkan berat badan.  Lemon membantu meningkatkan kadar metabolism badan .
Lemon dapat mengurangkan risiko kolestrol yang berlebihan.

 
4. Pati Cuka Epal

 Pati Cuka Epal


Pati Cuka Epal mengandungi Pectin. Pectin ini yang membantu
untuk kurangkan kolestrol dalam badan.

5. Madu Lebah Asli


Memang tak dapat disangkalkan lagi manfaat Madu Lebah Asli. Sehingga dirakam dalam al-Quran.
“Di dalamnya (madu) terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia.” – (An-Nahl:69)
.
Madu lebah merawat penyakit jantung dan penyakit dalaman kerana mengandung karbohidrat,
glukosa, fraktose, zat gula tebu, protein, potassium, zat besi, belerang dan fosfor.


6. Kurma

 Kurma
 
Merupakan Makanan sunnah Nabi . Kandungan gulanya 50-57% glukosa.
Bermakna, tenaga yang diserap adalah serta-merta tanpa perlu dipecahkan oleh enzim.
Hebat ciptaan Allah. Kurma mengandungi kalium yang penting bagi fungsi tubuh,
terutama jantung dan pembuluh darah.Jadi, saluran jantung kita dapat selamat dari risiko kolestrol tersumbat.


Pati HerbaMadu Turunkan Kolestrol Dengan Mudah




Kesemua 6 ramuan diatas di blend dan dijadikan 1 cawan masing-masing dan harus di gabungkan dan dimasak dengan sempurna antara 40-60 minit.Gabungannya harus mengikut sukatan yang tepat supaya kadar asid seimbang.Paling penting ramuan ini harus di tapis sempurna tanpa ada sedikit pun hampaskerana boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang. Nampak macam sukar untuk menghasilkan ramuan ini tapi anda jangan bimbang kini ianya boleh di dapati di pasaran . 

 
Pati HerbaMadu di rumuskhas dari 6 ramuan diatas bagi mengatasi masalah kolestrol dang juga masalah-masalah lain.


Kekal Sihat, Cergas dengan Pati HerbaMadu

 

Pati HerbaMadu Turunkan Kolestrol Dengan Mudah

 


Pati HerbaMadu merupakan produk keluaran Clear Herbs Sdn Bhddan Clear Herbs Trading. Dihasilkan dari gabungan Madu lebah asli, Halia ,Bawang Putih ,Jus Lemon,Cuka epaldan Kurma yang dirumus khas bagi Menurunkan Kadar Kolesterol, Membersihkan saluran jantung yg tersumbat, Menurunkan Berat Badan, Melancarkan process pembuangan, baik untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis serta membuang angin dalam badan.
Ianya 100% asli tanpa bahan pengawet serta mempunyai sijil-sijil GMP KKM, Mesti KKM dan ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Pati HerbaMadudi jual pada Harga RM69 semenanjung/ RM79 Sabah swak  di mana setiap botol mengandungi 250 ml sebotol.




Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari Atau Hubungi

Facebook :   Clear Herbs
Contact Number : 0192535796 / 0133627775 / 0125157396

Untuk Mengetahui Senarai Agen berhampiran anda sila layari


Untuk membaca lebih lanjut mengenai testimoni-testimoni sila layari






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Menaiki Bot dari Jeti Kuala tembeling ke Taman Negara

$
0
0

Salah satu pengangkutan di masa dahulu di kuala tembeling dan kuala tahan adalah menggunakan bot. Untuk mengekalkan Tradisi tersebut pengangkutan ini masih di gunakan lagi untuk membawa pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara untuk ke Taman Negara.

Perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke jeti Kuala tahan memakan masa lebih kurang 3 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan juga pengendali bot.

Blog post ini adalah sambungan dari  Kenali Taman Negara Malaysia


Jeti Kuala Tembeling
Jeti Kuala Tembeling

Kami tiba di Jeti Kuala tembeling sekitar jam 2.40 PM. Setibanya di sana kami  menikmati makan tengah hari di restoran yang terdapat di jeti tersebut sebelum berangkat ke Kuala Tahan. Lebih kurang Jam 3.11 PM kami berangkat ke kuala Tahan menaiki bot yang di sediakan.



Jeti Kuala Tembeling
Bot Panjang di Jeti Kuala Tembeling

Jeti Kuala Tembeling
cik iena sedang beratur utk menaiki bot panjang di Jeti Kuala Tembeling





Disepanjang perjalanan ke Kuala Tahan anda akan dapat menikmati pemandangan yang menarik di tepi-tepi sungai. Kelihatan kampung-kampung kecil , tempat pembiakan ikan patin sangkar dan juga kelibat-kelibat orang yang memancing di tebing tebing sungai.




Jetii Sungai Tembeling
bersama rakan blogger

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN




GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN



GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN



GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN



GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN









GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN

GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN


GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN








GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN



Di sepanjang perjalanan kami ke kuala tahan, kami melalui suasana getir iaitu hujan. Dalam tempoh perjalanan tersebut kami dilanda hujan sebanyak dua kali. Perasaan cik iena tentulah takut hari hujan diatas bot. Walaubagaimanapun hujan tidak begitu lebat dan perjalanan masih di teruskan.
Alhamdulillah kami selamat sampai destinasi.













Kami tiba di Kuala Tahan lebih kurang jam 5.26 PM. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 Jam 15 minit . Semasa menaiki bot kami di beritahu perjalanan memakan masa 3 jam. Alhamdulillah kami sampai awal dari yang di jangka kan.


Taman Negara Malaysia
jeti Han Rainforest Resort


Walaupun berada lama di atas bot namun ianya tidak mambosankan kerana anda akan dapat melihat pemandangan-pemandangan ciptaan Illahi yang cukup indah.



Taman Negara Malaysia
cik iena di tepi sungai jeti Han Rainforest Resort






Keindahan hutan Taman Negara akan dapat anda nikmati sebaik sahaja bot yang membawa pelancong singgah di jeti Han Rainforest Resort.


Setibanya kami di  jeti Han Rainforest Resort, kami di bawa ke   Han Rainforest Resort menggunakan kenderaan yang di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort



Setibanya kami di  jeti Han Rainforest Resort, kami di bawa ke   Han Rainforest Resort menggunakan kenderaan yang di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort. Istimewa buat pelanggan  Han Rainforest Resort, pengangkutan dari jeti ke resort atau resort ke jeti akan di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort.


  Han Rainforest Resort



untuk info lanjut boleh layari: -www.rainforestresort.net




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Taman Negara Night Jungle Walk

$
0
0

Taman Negara Night Jungle Walk


Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara adalah Night Jungle Walk . Dimana anda berpeluang berjalan di dalam hutan hanya menggunakan lampu suluh untuk menikmati suasana di hutan dan juga binatang-binatang di waktu malam.


Taman Negara Night Jungle Walk
bergambar bersama rakan blogger sebelum ke night jungle walk



Taman Negara Night Jungle Walk
bergambar bersama rakan blogger dan media sebelum ke night jungle walk




Sebelum meneruskan perjalanan ke hutan, kami di beri penerangan ringkas di resort terlebih dahulu.
Kami di kehendaki membawa lampu suluh untuk di gunakan semasa di dalam perjalanan nanti.




Taman Negara Night Jungle Walk
yeayy lampu suluh cik iena yang comel



Night Jungle Walk
Rakan blogger dan media bersedia dengan lampu suluh masing-masing


 Kami  di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap pengunjung yang menyertai aktiviti ini akan di bahagikan di dalam kumpulan kecil supaya mudah untuk di kawal dan mudah juga untuk kita melihat binatang-binatang pada waktu malam.



Taman Negara Night Jungle Walk
wefie di dalam hutan :)

Taman Negara Night Jungle Walk



Jika bernasib baik, anda dapat melihat sendiri binatang liar seperti rusa, babi hutan dan binatang kecil lain yang merayau-rayau di Taman Negara menjelang tengah malam hingga ke awal pagi.


Night Jungle Walk
cik iena bergambar bersama Tapir yang di jaga di sini



Taman Negara Night Jungle Walk
Wah berani nya kak aida pegang Tapir :)

Cik iena sempat merakamkan video pada awal perjalanan kami di dalah hutan tersebut. Maaf tak dapat rakam sehingga habis kerana cik iena mengalami masalah melatah yang teruk. Cik iena risau handphone jatuh dan rosak.  Gambar pun cik iena tak ambil. Walaupun kene sakat dengan kawan-kawan tapi memang best berjalan di waktu malam dalam hutan ni. Penat juga melatah okay. sampaikan handphone cik iena terjatuh dan tercalar. bagi mengelakkan kerosakan teruk cik iena buat keputusan untuk tidak ambil gambar dan video haha.

Untuk gambar lain boleh refer pada rakan blogger yang turut serta iaitu kak Elly http://cleffairy.com/jungle-night-walk-in-taman-negara/

Video Night Jungle Walk - Taman Negara




Selain daripada itu anda juga boleh menyertai kegiatan safari malam untuk melihat haiwan liar di kawasan yang disediakan dengan bantuan pemandu pelancong dan petugas perhilitan.








untuk info lanjut boleh layari: -www.rainforestresort.net

RELATED POST





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com



Cara Mudah Hilangkan Jerawat

$
0
0
Cara Mudah Hilangkan Jerawat


Jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dialami oleh kaum wanita dan lelaki terutama golongan remaja akil baligh dan dewasa. Jerawat akan muncul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka.

Jerawat juga boleh terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria akibat penyakit, alahan atau salah penjagaan kulit . Kebiasaanya jerawat akan meninggalkan bekas-bekas luka atau parut.

Pasti ramai yang tidak suka akan kehadiran jerawat di raut wajah anda. Untuk menghilangkan  jerawat tersebut terdapat 6 cara mudah yang boleh anda ikuti.

6 Cara Mudah Hilangkan Jerawat


1. Minum banyak air - Salah satu cara mudah untuk membantu anda menghilangkan jerawat adalah dengan meminum air masak dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana air amat berkesan untuk membuang toksin berbahaya dalam badan seseorang. Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.


2. Bawang putih - Bawang putih adalah amat mujarab untuk membantu mengecutkan jerawat yang baru tumbuh. Caranya adalah dengan hancurkan bawang putih tersebut kemudian lumurkan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat. Selain daripada itu, ada juga pakar berpendapat bahawa sekiranya rawatan ini dilakukan secara konsisten, ia dapat membantu membersihkan dan melindungi liang-liang muka anda daripada dijangkiti oleh bakteria.


3. Menjaga pemakanan - Pemakanan juga sebenarnya mempengaruhi kulit seseorang untuk ditumbuhi jerawat. Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan minyak, gula dan lemak yang tinggi. Makanan ini termasuk kek, kuih, coklat, pizza, makanan segera dan makanan yang diproses. Mengamalkan makanan sihat seperti memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan daging tidak berlemak seperti tuna, dada ayam dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.


4. Aspirin (ubat demam) - Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.


5. Ubat gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.


6. Minyak zaitun - Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.

6 cara diatas mudah untuk di lakukan akan tetapi adakalanya bagi yang kesuntukan masa atau yang sibuk mungkin ianya akan memakan masa anda. Jadi cik iena nak kongsi serum yang mampu mengecutkan jerawat, menghilangkan jerawat serta memudarkan parut jerawat . 
Sebelum ini cik iena ada menggunakan petua bawang putih bagi mengecutkan jerawat. Kedengaran mudah tapi kalau silap langkah jadi macam cik iena,  boleh baca kisah cik iena dengan jerawat dan bawang putih http://www.ienaeliena.com/2014/07/review-petua-mengecutkan-jerawat.html
Akibat terletak lama bawang putih kulit jadi melecur. Memang diakui petua ni berkesan cuma cik iena terletak lama sangat.  Haa ni bagi memudah kan cik iena dan kawan-kawan semua cik iena nak kongsi produk terbaru yang cik iena cuba ni namanya Refinity Acne Hydrogel . Ianya berkesan untuk anda mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat.

Refinity Acne Hydrogel


Cik iena akan gunakan serum ini bila terasa jerawat nak membiak. Makanya jerawat pun tak jadi nak beranak pinak, jerawat tersebut kering dan hilang selepas sapu serum tersebut. Untuk kesan yang lebih cepat kene rajin letak serum ni pada jerawat kita.  Okay jom cik iena kongsi lebih lengkap tentang serum ni.

Refinity Acne Hydrogel

Refinity Acne Hydrogel merupakan produk anti-jerawat yang dirumus khas dari bahan semulajadi oleh Ahli Farmasi Malaysia, mampu mengatasi masalah jerawat dengan pantas. 


acne hydrogel

acne hydrogel
Pantas Bertindak

Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

Senang & Mudah

Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Pengiktirafan

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.
98% Pengguna Berpuas Hati
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.

bagaimana acne hydrogel berfungsi


Salix Alba Extract bertindak 3 kali lebih berkesan dengan menghapuskan Staphylococcus aureus dan Propionibacterium, iaitu dua bakteria yang menjadi punca pembentukan jerawat.

Selain itu, ia juga akan mempercepatkan proses pemulihan kulit dengan cara memudarkan kesan jerawat seperti parut dan kedutan sekaligus mencantikkan struktur kulit.

Disebabkan Acne Hydrogel dirumus dari bahan semulajadi, ianya sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana tiada kesan sampingan akan dirasai.


Cara Penggunaan Acne Hydrogel


Bersihkan muka dan keringkan . Kemudian, sapukan sedikit Refinity Acne Hydrogel pada kawasan berjerawat. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.

Cara Penggunaan Acne Hydrogel
ahaa seketui je pun jerawat tp memang kepochi cik iena ni, seketui pun tak suke, mesti nak buat sesuatu nak halau si jerawat tu (^_~)
 Psttt oily nye muka haha, okay ni cik iena pakai pelembab muka dulu tapi tak  pakai bedak. Biasanya cik iena akan pakai pelembab dulu kemudian baru sapu Acne Hydrogel ni sebabnya kalau Pakai Acne Hydrogel dulu kemudian pakai pelembab ahaa mau berangin satu muka cik iena. Acne hydrogel ni rasa berangin-angin bila kita sapu kat jerawat. Selepas pakai pelembab dan sapu Acne Hydrogel ni baru cik iena dap dap compact powder sikit :)

Cara Mudah Hilangkan Jerawat
ahaa cantiknye lighting kat depan, dalam bilik gelap haha, kasi selfie lagi



Okay untuk maklumat lanjut mengenai Acne Hydrogel ni boleh layari http://www.refinity.com.my/

 Acne Hydrogel










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pakej Diskaun Melancong Dalam Negara

$
0
0


Tahukah anda terdapat pelbagai tempat-tempat yang popular dan menarik di Malaysia dan terdapat masih banyak produk-produk pelancongan yang belum diterokai atau dikenali oleh rakyat malaysia khususnya.
 
 MITA Tourism Fair 2016
 
 
 
Kebanyakan rakyat Malaysia gemar ke Luar negara tanpa mereka sedari di  Malaysia masih terdapat banyak tempat untuk mereka terokai.  Disini cik iena menyokong penuh usaha MITA Tourism Fair atas usaha inisiatif mengumpul serta mengajurkan acara Himpunan Pengiat Industri Pelancongan di Malaysia di mana sekarang giat berlansungnya MITA Tourism Fair 2016.
 
Untuk pengetahuan MITA Tourism Fair 2016 sedang berlansung di Kuala Lumpur Convention Centre. Terdapat pelbagai pakej percutian dalam negara yang di tawarkan oleh pelbagai Agensi dengan harga yang berpatutan.
 
Kepada anda yang meracang untuk ke taman negara cik iena cadangkan anda untuk dapatkan pakej diskaun 50% ke Taman Negara di booth HAN Travel & HAN Rainforest Resort .
Jemput baca cerita cik iena di HAN Rainforest Resort Taman Negara http://www.ienaeliena.com/2016/01/kenali-taman-negara-malaysia.html

 Jangan lupa hadir tau, cik iena tak dapat hadir atas urusan kerja hari ini ada job mekap tunang dan esok cik iena menyahut cabaran MITA Tourism fair bercuti di dalam negara. Memandangkan isnin cuti jadi cik iena mengambil peluang untuk bawa keluarga bercuti di dalam Negara ‪#‎MITA2016‬ ‪#‎GoDomestic‬ ‪#‎DekatJe‬

MITA Tourism Fair 2016

 
 
Tarikh : 29-31 Januari 2016
Masa : 9.00 Am - 9.00 PM
Lokasi : KL Convention Centre
 
 
 

Nota Blog : sebelum keluar rumah , update blog sekejap..hahah Maaf cik iena sangat sibuk sekarang. Sibuk kerja di pejabat almaklum lah dah bertukar boss.. huhu Banyal pending blog post ni ahhh..nk g holiday lagi ..huhu okayyyy daaaaaaaaaaa jgn lupa ‪#‎MITA2016‬ ‪#‎GoDomestic‬ ‪#‎DekatJe‬






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

$
0
0

Tahukah anda Yis diperkaya dengan unsur organik yang meremajakan kulit serta  mengandungiVitaminBDan banyakvitamin lainuntuk mendapatkan kulityang sempurnadan juga membantupenyembuhanjerawatdan luka.
 

TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

Kebaikan yis untuk kulit

Yis mengandungiVitaminBDan banyakvitamin lainuntuk mendapatkan kulityang sempurnadan juga membantupenyembuhanjerawatdan luka.
1. Untuk membersihkan kulit
  • Letakkansatu suduyis dalamsecawan airdan kacausehingga campuran menjaditeksturtebal. Sapukancampuran inipada kulit anda danbiarkan selama 15 minit, jangan risau jika anda mendapatiyiskering di ataskulit .Yis membantuuntuk menghilangkanzarahdebu. Selepas ianya kering,  basuhmuka andadengan air suam.

2. Merawat Jerawat
  • Yis merupakan bakteria baik yang berfungsi untuk membunuh bakteria yang berkaitan dengan jerawat. Ia juga menggalakkan pengeluaran beberapa sel-sel darah putih, yang membantu untuk membersihkan masalah kulit dan memastikan ia sihat.
  • Masukkan satu sudu madu dan satu sudu jus lemon, serta yis dalam 3 sudu besar air suam.
  • Letakkan yis dan lemon ,campur bahan-bahan tersebut  kemudian Sapukan campuran pada muka anda sebagai face mask sehingga kering dan lap muka anda, jangan lupa elakkan dari terkena bahagian mata.
  • Dengan mengulanginya setiap hari, jerawat anda akan berkurangan

3. Menanggalkan sel kulit mati
  •  Letakkan yis dengan susu tepung dan air mawar sebagai masker selama 30 minit dan kemudian basuh dengan air suam.

Bagi memudahkan lagi kita mendapat khasiat daripada yis ini,  CharleneK Beauty House telah memperkenalkan Masker berasaskan Yis iaitu TST Yeast Mask yang bertujuan untuk merawat kulit wajah kita supaya lebih sihat, cantik, dan berseri tanpa jerawat serta masalah pori-pori terbuka.


TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House


Mudah sahaja anda hanya perlu menyapu yeast mask tersebut pada wajah lebih kurang 20 minit dan kemudian bilas. Masker ini digunakan dua atau tiga kali seminggu  sebagai perawatan tambahan. Sekiranya inginkan kesan yang cepat anda boleh menggunakan setiap malam.


TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House



Cik iena sendiri telah mencuba selama tiga hari berturut-turut pada permulaan dan hasilnya kulit lebih lembut, lembab, anjal dan kulit lebih berseri daripada biasa. Kini cik iena menggunakan Yeast Mask ini dua hari sekali . Kulit akan lebih anjal serta lembut ,gebu dan licin,


TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House



Tak sabar rasa nya nak kulit cerah berseri-seri ahaa. Tapi cik iena punya skin memang susah nak cerah. Cepat sun burn T_____T . Hasil nya sekarang yang jelas adalah kulit licin sangat , flawless gituh. Bila pakai make up memang cantik kalau kulit licin. Senang nak Apply make up .

Okay jom cik iena ceritakan serba ringkas mengenai TST Yeast Mask ini.

TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

 


TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

 


Yis  diperkaya dengan unsur-unsur organik yang meremajakan sel-sel dan menyediakan nutrien untuk peremajaan, merangsang pertumbuhan sel-sel manakala mengukuhkan penembusan nutrien, sel-sel dipertingkatkan penyerap.


TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House

TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House


TST Yeast Mask by CharleneK Beauty House


Okies kepada yang berminat nak cuba Yeast Mask ini boleh whatapps 012 - 693 8205
Retail Price (RRP) RM: 288 (Free Postage)
Untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%   ( RM260) sila mention nama iena (^_~)

Instagram :  http://www.instagram.com/charlenek_beauty_house


sumber : Benefits yeast for skin






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Free 25 pcs of 4R Photo Print from Photobook Malaysia

$
0
0

Hai korang Qoo10  berbesar hati nak bagi percuma  25 keping gambar 4R dari Photobook Malaysia. Jom jangan lepaskan peluang ini okay. Cik iena memang peminat tegar Photobook ni. Selalu beli voucher photobook. Haa kalau free ni lagi lah laju kan. Jom jangan lepaskan peluang ni.


Free 25 pcs of 4R Photo Print from Photobook Malaysia


Mengikut description hanya mobile apps user je boleh guna. Tapi cik iena beli guna laptop je ni boleh haha . So ape lagi moh kita. Klik Link ni Free 25 pcs of 4R Photo Print from Photobook Malaysia


Wokay cik iena nak sambung kerja.hahah
cik iena dah beli dua akay sebab cik iena ada dua account facebook
yeayyy dah ada 50 keping gambar 4R percuma tak termasuk yang sebelum-sebelum ni sangat banyak haha
Tetamu yang datang rumah muntah darah tengok album and photobook gamba cik iena je..lalallala
ada kita kisah ahahaha..
dok upload kat facebook and instagram je bukan boleh simpan jadi kenangan kan
so kita print kan dia
jom jangan lepaskan peluang
okay bye
kerja time
(^_~)
 





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox

$
0
0



BLESS TeaTox dihasilkan dari gabungan bahan semulajadi yang diadun khas untuk tujuan detoks iaitu  Menyahtoksin dan mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh dari dalam usus kita.


Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox

 

Detoks sangat penting untuk:

  •  membersihkan usus
  •  membuang toksin di dalam badan
  •  melancarkan proses pencernaan
  •  membantu buah pinggang untuk menapis darah
  •  meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu
  •  membuang bahan buangan dari pundi kencing
  •  mambantu menurunkan berat badan



APA ITU DETOKS



Detoksadalahprosespembersihan usus dengan mengeluarkantoksin, lemak , lendir serta sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh dalambadanmelalui proses pembuangan air besar.

Dengan pembersihan usus ini, barulah badan kita dapat menyerap nutrisi daripada makanan pada tahap yang optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum kita mengambil apa-apa supplemen supaya tahap penyerapan nutrisi berada pada tahap yang terbaik


Kebanyakkkan daripada kita tidak mengetahui bahawa pembersihan usus yang sempurna adalah amat penting untuk mengembalikan kesihatan badan kita ketahap yang seimbang serta dapat membantu menambah tenaga kita ketahap yang lebih baik.

KENAPA PERLU DETOKS


Tahukah anda bahawa Kebanyakan penyakit berpunca daripada usus.

Perut Punca Segala Penyakit


Sabda Rasulullah saw :
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan" (Riwayat Ad-Dailami)



Maka dengan itu amatlah penting bagi kita untuk melakukan pembersihan usus iaitu Detoks. Sepertimana juga kenderaan yang kita guna hari-hari yang mana ianya perlu di servis untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan usus kita. "usus kita ibarat enjin kereta". Jika tidak di servis ianya akan mendatang kan masalah.


Sihat dan Kurus Dengan Bless TeaTox

Dalam kehidupan seharian sudah pasti banyak makanan yang kita makan sehinggakan ianya boleh mendatangkan bahaya pada tubuh badan kita . Ada juga diantara kita yang mengalami masalah penghadaman iaitu masalah sembelit dan sukar membuang air besar. Ini amat membahayakan kerana sisa-sisa yang tidak di perlukan serta toksin dalam usus kita boleh memudaratkan kesihatan kita dan mendatangkan pelbagai penyakit .



Kenapa sistem penghadaman penting? 


Jika sistem penghadaman tidak dijaga dengan betul akan membawa kepada gejala-gejala berikut:

  • Penambahan berat badan
  • Masalah gastrik
  • Perut Buncit
  • Kanser Usus
  • Masalah makanan tidak hadam
  • Sistem imun yang lemah
  • Kurang selera makan

Masalah kesihatan lain jika usus bertoksik

  • Arthritis-sakit sendi dan sengal-sengal otot.
  • Kuku dan rambut rapuh
  • Tekanan darah meningkat
  • Kelemahan mental-daya ingatan dan tumpuan yang lemah
  • Peredaran darah kurang baik-tangan dan kaki sejuk
  • Kerap kali sembelit atau cerit berit
  • Mengidam makanan
  • Kerap pening-pening lalat dan sakit kepala
  • Kesakitan pada leher dan bahu
  • Gejala putus haid-terasa putus haid
  • Mudah marah dan murung
  • Rendah tenaga syahwat
  • Haid tidak menentu
  • Rasa loya, betis dan kaki bengkak
  • Masalah kulit-jerawat, akne, eczema


6 punca penyebab penyakit dari perut


1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.


Justeru itu amatlah perlu untuk kita membuat pembersihan usus iaitu detoks bagi memastikan kita bebas dari penyakit yang membahayakan.


Bagaimana Bless TeaTox Dapat Membantu Anda?



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox



Bless TeaTox dapat membantu :-

  •     Membersihkan kolon.
  •     Membunag toksin di dalam badan.
  •     Melancarkan proses pencernaan.
  •     Membantu buah pinggang untuk menapis darah.
  •     Meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu.
  •     Membuang bahan buangan dari pundi kencing.

Bahan-Bahan Dalam Bless TeaTox 

 



Gabungan bahan semulajadi yang diadun khas untuk tujuan detoks. Menyahtoksinkan dan mengeluarkan sisa dari usus kita. Bahan-bahan semulajadi yang terpilih :-



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox
serbuk Bless teatox


  •     Ekstrak teh hijau.
  •     Ekstrak limau.
  •     Ekstrak epal.
  •     Psyllium Husk.
  •     Germa Gandum.

Cara Pengambilan Bless TeaTox


Cara Pengambilan Bless TeaTox



Kelebihan Lain Detoks


  •     Mengurangkan kanser usus.
  •     Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman.
  •     Membantu sistem/proses pembuangan dengan lebih teratur.
  •     Membantu masalah sembelit.
  •     Meningkatkan tenaga.
  •     Memperbaiki kadar serapan nutrisi.
  •     meningkatkan daya fokus.
  •     Permulaan yang baik untuk menguruskan berat badan.
  •     Meningkatkan kesuburan.
  •     Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.
  •     Meningkatkan kesihatan secara total.


Okay panjang lebar cerita cik iena. Untuk pengetahuan cik iena mengalami masalah sembelit. Masalah ni sememangnya membuat cik iena tak selesa. mana takna berhari-hari tak membuang, perut rasa tidak selesa. Rasa buncit, eh bukan rasa tapi memang buncit. Sungguhpun cik iena kurus, perut berlipat-lipat. Alhamdulillah selepas mengamalkan Bless teaTox perut cik iena tidak lagi buncit dan cik iena dapat membuang air besar dengan mudah. Tak perlu risau lagi hari ni dah membuang ke belum.

Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox



Cik iena telah mengamalkan Bless TeaTox dan kesannya amat memberangsangkan untuk sistem penghadaman dan pencernaan cik iena. Bila cik iena makan je, beberapa minit mesti nak cari toilet. Walaupun nak ke toilet tapi proses pembuangan tu tak sakit tau. normal je. Just bagi hint nak membuang. Kalau tak bagi hint tu payah la pulak kan.



Selepas mengamalkan Bless TeaTox selama tiga hari berturut, berat badan cik iena berkurangan sebanyak 2 kilo. Jadi kepada anda yang berhajat untuk mengurangkan berat badan  Bless TeaTox
amat sesuai untuk anda. Cik iena amalkan Bless TeaTox sebab masalah sembelit yang cik iena alami sejak kecil lagi . Bila berat berkurang ni cik iena makan lagi banyak sebab cik iena taknak hilang berat badan  dan cik iena tak perlu risau tak boleh membuang dah. Cuma cik iena kurangkan pengambilan Bless TeaTox kepada seminggu dua kali untuk mengelakkan cik iena kurus melengkung haha.




Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox


Untuk Mengetahui lebih lanjut Tentang Bless TeaTox Sila Layari www.blessmania.com

Sebelum ni cik iena ada meminum teh orang kampung untuk atasi masalah sembelit ni. Ya Ampun kalau lambat berterabur lah nak oi. Berkesan tapi perut memulas-mulas. Sakit ya amat. Cik iena minum beberapa kali je dah stop sebab tak tahan sakit perut dia terus nak keluar. Kalau Bless Teatox ni boleh buat dialog "Sabar Ye Nak " sambil usap-usap perut,  hahah boleh hold2 hold dulu nak buang ke tidak sebab tak sakit. Tapi better buang lah kan cuma nak bagi tau kat sini Bless Teatox punya pembuangan air besar tu secara semulajadi. takda paksa-paksa kene pergi toilet cepat. Itu kesan pada cik iena lah.

Kalau anda nak tahu keberkesanan nya pada tubuh anda boleh lah beli secara online di www.blessmania.com/bc/beli-online.php

Atau boleh juga beli dari cik iena . Kalau beli online di blessmania lagi untung lah sebab penghantaran percuma tau. Cuma minimum pembelian adalah dua botol.



Sihat dan Kurangkan Berat dengan BLESS TeaTox


 HARGA BLESS TEATOX


Sebotol 150gram - RM120
untuk 2 botol RM240RM180 + Keahlian percuma







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Shaklee Malaysia Mengumumkan Pelantikan Presiden Baru

$
0
0

Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia


Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden Shaklee Malaysia. Beliau  menyertai syarikat tersebut sejak Januari 2016

Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.
 “Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.
Tambah beliau lagi, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.  Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkareer secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.

Tahniah Helen Lam, semoga Shaklee lebih berjaya :)

Untuk Maklumat Lanjut

Website : www.shaklee.com.my
Facebook : www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia
Instagram : www.instagram.com/shakleeproductsmalaysia/

Untuk Pembelian Online juga kini anda boleh dapatkakn produk Shaklee di Lazada http://bit.ly/buyOnlineShaklee




Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden Shaklee Malaysia. Beliau ...
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 3, 2016


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream

$
0
0

  Aiskrim gulung atau lebih di kenali dengan Fried Ice Cream di Thailand kini terdapat di malaysia. jika sebelum ini perlu ke Langkawi mahupun Thailand untuk memakan Aiskrim gulung tersebut , Kini ianya boleh di dapati di Kuala Lumpur .
 
 
Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream

Sebelum ini cik iena pernah makan aiskrim ini di Chiang Mai Thailand. Ababila video yang di muatnaik cik iena mendapat banyak view dan ramai yang bertanya di mana untuk dapatkan aiskrim ini di Malaysia. Cik iena mula mencari tempat di mana aiskrim ini di jual di Malaysia. 
Daripada yang cik iena google aiskrim ini di dapati di Langkawi. Tapi jauh sangat cik iena nak pergi kan.
Ada kawan yang kata di Nu Sentral, cik iena pergi tapi aiskrim tersebut sememangnya menggunakan teknik yang sama Fried di atas kuali leper yang sejuk cuma aiskrim tersebut tidak di gulung.

Jadi cik iena teruskan lagi misi, sehinggalah terjumpa Aiskrim tersebut.
Sebenarnya banyak je tempat yang kawan-kawan bagi tahu ada. Tapi cik iena tak da masa nak pergi terjah betul ke tidak hehe. Sehinggalah cik iena jumpa di time square. Masa tu baru lepas makan di boatnoodle . ahaa tempat kegemaran cik iena tu.
Okies jemput tonton video blogger gediks nie 
(^_~)
gediks ngan henset sendiri je :D
 
 
Aiskrim Gulung Thai di Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjay...
Akhirnya cik iena jmp jugak aiskrim gulung yg pernah cik iena makan di Chiang Mai Thailand Di Malaysia,[http://bit.ly/aiskrimGulungThai]Sebelum ni cuba di Nu Sentral tapi tak sama [http://bit.ly/freshyfreeze]yg ni baru sebijik aiskrim gulung thai yg cik iena makan (^_~)Location : LG-18 | Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjaya Time Square [Besebelahan Jipangi Ice Cream & Berdekatan Guardian]www.ienaeliena.comwww.instagram.com/ienaeliena
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 10, 2016


Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
ehh nak possing depan kedai ni, pekerja kat sini baik baik dan peramah tau

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
menu aiskrim yang anda boleh pilih

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
menu aiskrim yang anda boleh pilih

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
Nahhhh promosi istimewa, dapat aiskrim free tu. cik iena suka auchhhhhhh

Aiskrim Gulung Monzeter Premium Fried Ice Cream
okay jemput terjah fb dan ig mereka untuk tgk gambar ice cream yg menari tertarik the boomm



Nyummyyyyyyyy sedap tau. Cik iena and adik memang penggemar ais krim. Sedap aiskrim gulung kat sini tak manis potong kaki habaq hang. hehe makan banyak pun tak risau . Tapi harus pandai pilih kombinasi perasa dan sebagainya supaya tak manis tahap potong kaki lah. Cik iena cuba flavour Vanilla + Strawbery + Bluebery + Chocolate Cream . Kombinasi yang sangat sedap dan tak manis sangat. Just Nice :)

Lokasi : LG-18 | Monzeter Premium Fried Ice Cream Berjaya Time Square [Besebelahan Jipangi Ice Cream & Berdekatan Guardian]



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh

$
0
0

Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Pada minggu lepas 7 febuari 2016 cik iena telah di jemput ke Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh yang bertempat di Hotel Sani Kuala Lumpur. Turut serta beberapa rakan blogger yang sama-sama memeriahkan majlis ini. Kami di undang khas bagi mewakili +Hai Blogger! Official .



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh


Jutaan terima kasih di ucapkan diatas undangan dan penghargaan terutama sekali buat founder Ilham Qaseh  serta Founder Hai Blogger iaitu Halim .






Glamnite with QisloversGlamnite with Qislovers Ilham Qaseh Ilham Qaseh
ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi

Acara di mulakan dengan ucapan daripada pengasas Ilham Qaseh iaitu Puan Rosnizan Nawi, Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli keluarga besar Ilham Qasih yang bertungkus lumus mempromosi serta menjual tudung-tudung berjenama Ilham Qaseh sehingga ianya mendapat tempat di Hati Rakyat Malaysia Khususnya buat peminat Hijabista yang menggemarkan tudung yang trendy dan stylo.

Seterusnya turut diadakan pertunjukan fashion koleksi tudung daripada Ilham Qaseh. Majlis turut meraikan para agen dan stokies yang telah mencapai target jualan yang memberangsangkan. Selain daripada itu juga terdapat juga cabutan bertuah yang di berikan kepada para hadirin. Cik iena turut menjadi salah seorang yang bertuah pada malam tersebut.


 
Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Cik iena dapat cabutan bertuah  lavender coconut body scrub dari

@beautyjuicebyamina

Majlis seperti ini amat sesuai diadakan bagi meraikan usaha dan titik peluh pekerja-pekerja, agen-agen serta stokies supaya dapat membakar semangat mereka lagi bagi terus mempromosi sesuatu produk. Ianya untuk menghargai jasa dan keringat mereka diatas usaha-usaha mereka selama ini. Hadiah-hadiah yang di beri kepada agen mahupun stokis yang dapat mencapai target jualan juga dapat memberikan semangat lagi buat mereka.

Memang seronok kan kalau orang hargai kita. Cik iena pun suka macam ni. Bagus Ilham Qaseh, semoga terus maju dan success di masa hadapan nanti.


GAMBAR DI SEPANJANG MAJLIS



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi



Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena brsama rakan Make up Artist , MAria


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
cik iena bersama blogger Dilla

Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Antara rakan blogger yang turut sama memeriah kan majlis


Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh
Fashion & Beauty Blogger yang awesome gituh :)


Facebook :Ilham Qaseh
Instagram :  @ilhamqasehofficial


Kredit Gambar kepada : www.mohdzarin.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Lazada Declined Order Status

$
0
0

Selepas membaca status +Bro Framestone  di facebook baru cik iena teringat masih ada barang dari Lazada yang masih tak sampai. Barang tu dari Overseas memang akan sampai lambat so cik iena memang tak kisah sangat. Terdetik nak tengok status.
 

Lazada Declined Order Status
 

Ehhh tetiba status Declined . Selama shopping di Lazada tak pernah dapat status macam ni. Cik iena pun cek email. Memang kesilapan cik iena lah tak baca email. Lazada ada email semalam untuk maklumkan isu ni tapi Almaklumlah email cik iena eliena penuh dengan invitation. So ada yang terlepas pandang.

Nahhh ini email dari Lazada
 
Lazada Declined Order Status




 
 
 
cik iena kongsi untuk pembaca supaya tak perlu risau. Tak dapat barang kita akan dapat duit kita balik. Kita boleh dapat dalam dua bentuk sama ada lazada bank in dalam akaun ataupun dalam bentuk cash voucher lazada. 

Sebelum ni cik iena pernah dapat dalam bentuk cash voucher lazada tapi masa tu lupa nak kongsi kat blog. 
 
 
Okay lepas dapat email tu ape perlu buat kita ikut je arahan.
klik
 
SUBMIT BANK DETAILS HERE
 
kemudian keluar page ni




Lazada Declined Order Status


Selepas submit dapat message ni dan kita hanya perlu tunggu duit di masukkan ke akaun kita sahaja. Kalau nak tau berapa lama nanti cik iena update once dapat duit tu ya :)


 

Lazada Declined Order Status


Actually yang bermasalah tu bukan Lazada, seller so nak marah-marah lazada pun tak guna sebab lazada cuma sediakan platform untuk seller seller ni berniaga. Terpulang kepada seller tu macam mana nak jaga reputasi dia. Kalau dapat feedback yang buruk memang orang takkan beli lah kan. Dan selepas ni cik iena mungkin taknak beli dari Seller: FugouSKU . sebab seller ni yang tak dapat hantar barang cik iena. Mungkin juga barang takde dia tak update status. Still nak jual jugak kat Lazada. Haaaaaaa ini penting Lazada please monitor Seller bermasalah macam ni yang tak update stock barang.

Case for Huawei Honor 7 Stylish PU Leather Flip Stand Case Cover Wallet 

Seller : http://www.lazada.com.my/fugousku/

Haa pada yang dah beli ada pengalaman baik atau buruk jangan lupa tulis review kat product tu supaya orang boleh tau. Bermasalah ke tidak seller tu . Tapi kannnnnnnnnn
iena tak tau part review dari client ni lazada monitor atau seller. Cik iena pernah komen teruk lah. Dia modify ayat tu. Ko raseeeee ..hahha yang tu menyampah . Hawat tukar review dari user kan. Nasib tak tukar banyak tapi sakit hati jugak lah baca kan . bila review kita tak di tulis sepenuhnya.

Okies cik iena nak sambung kerja. Daaaaaa semoga bermanfaat :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang

$
0
0

CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang


30 January 2016 yang lepas cik iena dan rakan pejabat menyertai acara makan malam sempena sambutan tahun baru cina oleh syarikat  dimana cik iena bekerja di Spring Garden KLCC . Lokasi yang sama seperti tahun sebelumnya kerana paling dekat dengan pejabat . Kalau pergi jauh-juh mesti sampai lewat, jadi tahun ni sekali lagi kami buat makan malam CNY disini.


CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang
sebahagian dari rakan pejabat. Kesemuanya programmer :)

Untuk pengetahuan, hampir kesemua rakan pejabat adalah Programmer. Disebabkan ramai yang berbangsa Cina maka ini merupaka acara tahunan kami. Acara yang paling dinanti nantikan oleh sahabat-sahabat yang meraikan tahun baru cina.

Pada awal cik iena bekerja di sini, bila makan malam cny je cik iena risau sebab cik iena tak makan makanan cina. Bila dah 3 tahun lebih bekerja di sini sekarang cik iena dah boleh makan shark fin soup dah. Siap bertambah lai tau. Daripada tak suka terus suka tanpa sengaja.


CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang
Restoran Halal Cina :)Siapa nak merasa masakan cina jom datang Spring Garden Restaurant KLCChttp://www.ienaeliena.com/2016/02/cny-dinner-at-spring-garden-klcc.html?m=0
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 17, 2016


Pada malam tersebut memang banyak la cik iena makan. Satu meja dengan boss. hahahah bila bos sebut nama suruh habis kan semua redha. Semua kena habiskan. Table cik iena lah jadi DBKL , table sebelah tak habis hantar ke table kami sebab ingat kami tak cukup makanan tengok meja kosong. Padahal kene paksa makan. hahah paksa-paksa pun makanan nya sedap. kene makan perlahan-lahan lah. yang pasti makanan kat sini Halal :)

Sesi Lou Sang bersama rakan pejabat





Okay jom lihat gambar yang ada (^_~)



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang





CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang





CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang






CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang




CNY DINNER AT SPRING GARDEN KLCC - Lou Sang



Hahh nak tau tetiba cik iena up cerita ni kenapa, sebab tiba-tiba kat dashboard keluar link ni



http://www.ienaeliena.com/2015/02/globaltium-cny-dinner-at-sring-garden.html

view banyak. Haaa apa lah yang mereka google tu ye. Mungkin nak cari tempat makan CNY kot tapi CNY dah berlalu :D


 
Kepada yang ingin mencuba masakan cina yang halal boleh lah datang sini ya :)

Spring Garden KLCCLot 413, 4th Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur
Tel: (603) 2166 9881


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


RM0 Photobook

$
0
0

RM0 Photobook

Photobook kembali membuat promosi serendah RM0 untuk produk-produk keluaran Photobook Malaysia seperti Photo Print, Photobook, name card, Poster Print dan sebagainya. Cik iena seperti biasa tidak ketinggalan untuk membeli RM0 Photobook. Tawaran ini sedang giat di promosikan di Groupon. Jom kepada sesiapa yang berminat boleh lah beli.
Untuk pengetahuan, hari ini cik iena beli 4 produk RM0 daripada photobook. Memang berbaloi-baloi sebab tarikh tamat print tu lama lagi, ada yang sampai tahun 2017. jangan lupa print sudah lah cik iena .
RM0 Photobook

Okay sayang sayang sekalian pada yang nak beli 
klik pautan di bawah,
 
http://bit.ly/1RM0Photobook 
Okay daaaa cik iena nak sambung kerja
(^_~)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak

$
0
0

Sogo merupakan pusat membeli belah yang menjual barangan berjenama terkenal. Sogo menjadi tumpuan ramai kerana sering mengadakan promosi jualan murah untuk barang barangan berjenama.

Kerap kali kita lihat sogo di penuhi dengan ramai orang yang membeli belah terutama sekali pada musim perayaan. Tidak kurang juga cik iena juga kerap ke sana untuk membeli belah.


Nama Sogo pasti sudah tidak asing lagi buat anda yang gemar membeli belah . Pernah kah anda mendengar Ensogo ? Pada asalnya cik iena menyangkakan Ensogo adalah portal Online untuk Sogo. Almaklumlah cik iena ni suka sangat shopping dekat sogo tapi cik iena mempunyai kekangan masa   untuk keluar membeli belah . Akibat terlalu sibuk bekerja cik iena banyak membeli belah secara Online.

Terdetik nak tau Ensogo ni apa, Kalau lah online portal untuk Sogo alangkah indahnya dunia. tetapi rupanya bukan lah Portal membeli belah Sogo. Okay gelak kan cik iena laju-laju . Tapiiiiiiiiiii.. Tapi Ensogo ni berjaya jugak buat cik iena terpaut hati. Adui cik iena ni.
Canggih kan zaman sekarang ni. Dunia di hujung jari je. terdapat banyak portal online shopping untuk kita membeli belah. Salah satu antaranya adalah Ensogo.

Ensogo menawarkan pelbagai barangan dengan pelbagai jenama mahupun jenama yang biasa sehinggalah luar biasa. Terdapat pelbagai diskaun juga ditawarkan.

Setelah cik iena cuci-cuci mata cik iena terbeli lebih kurang 3 item. tetapi cik iena beli dengan cara yang berlainan. Satu cik iena beli menerusi portal , guna laptop. dan satu lagi cik iena guna Ensogoapps.

Istimewa buat pelanggan baru Ensogo anda boleh mendapatkan diskaun potongan harga sebanyak RM20 melalui Ensogo Apps . Haa sebab tu lah cik iena beli juga guna Ensogo Apps. Sebab nak diskaun tu.  Siapa taknak diskaun kan :)

Terdapat pelbagai barangan yang diniagakan disini. Ada diantara barangan yang dikenekan bayaran penghantaran dan ada juga yang percuma penghantaran. Salah satunya cik iena beli yang penghantaran percuma.

Cik iena juga ada membuat pembelian barangan daripada luar negara di mana kos penghantaran dan harga barang sama. Okay itu lawak tapi berbaloi lah. Sebab harga barang yang cik iena beli tu murah. Cik iena ada beli pan untuk induction cooker RM100 ++ di AEON . Okay bila jumpa yang harga RM35 terus iena nak beli .

Apa-apa pun kita harus bijak membuat pemilihan ketika membeli belah tidak kira lah online mahu pun di kedai. tapi kadang-kadang cik iena ni terpengaruh juga dengan promosi- promosi ni ahaaaaaaa



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak
EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak
jemput klik untuk melihat barangan bayi di ensogo

Selain daripada diskaun yang ada, Ensogo ni juga menawarkan harga yang murah buat pelbagai barangan bayi dan juga kanak-kanak . Anda boleh berjimat dan berbelanja barangan anda di sini. Cik iena tau pun melalui rakan. Kalau lah cik iena dah kawen dah ada anak mesti banyak lagi yang cik iena beli kan (^_~)






Berikut cik iena lampirkan bagaimana pembelian melalui portal/website dan juga melalui apps untuk rujukan bersama terutama buat yang masih belum biasa dengan pembelian online .

Pembelian melalui Ensogo Website/Portal

 

 

 Website : www.ensogo.com.my

Setelah masuk Ensogo tu cari barang yang kita nak beli. Cik iena tertarik nak beliFrying Induction Cooker Pan ni. harga agak murah pada cik iena sebab cik iena beli frying pan untuk induction cooker di AEON harga semua RM100++ . So ini kira murah lah . Cuma ianya dari luar negara. makan masa lama sikit dan kos penghantaran agak mahal tapi boleh diterima pakai lah sebab pos dari luar negara .


Frying Induction Cooker Pan
Frying Induction Cooker Pan
 klik ADD TO CART

Selepas klik add to cart, pada bahagian kanan ada icon Troli . Hala kan kursor kes situ dan akan keluar pautan checkout. Kalau nak teruskan shopping boleh shopping. Kalau nak bayar dah boleh klik checkout.


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak
Hala kan kursor kes situ dan akan keluar pautan checkout



Selain daripada itu cik iena juga beli kettle ni. kebetulan kettle di rumah rosak . Banyak tangan pakai kan di rumah bujang. Rosak pekara biasa . So kali ni cik iena nak beli yang murah je. Beli yang mahal pun rosak dan rosak dan kene beli lagi. Ahaaa yang ni murah dan tiada kos penghantaran okay. Maka cik iena beli Pensonic Electric Kettle ni

 Pensonic Electric Kettle
klik add to cart


 Okay nak checkout


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak



Selepas klik checkout akan keluar page ni 


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak


Haaa macam biasa pilih lah Online banking . Kalau yang pakai card credit  atau paypal buatlah pilihan pembayan anda okay.



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak
ehhh apasal total amaount tak sama kat atas...

Ahaaa tiba-tiba total amoun tak sama kan RM45 Murahnya biar betul dua barang letrik RM45 !!!
mestilah tak betul hahahha... kan cik iena dah cakap nak cuba yg apps tu utk dapatkan diskaun RM20. Teruskan baca okay. Kenapa RM45 sebab cik iena beli kettle je dulu yang ni yang mana kettle tu berharga RM45 dan percuma penghantaran.  Yang Frying pan tu cik iena nak cuba beli guna Apps.


EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak


Selepas beli keluar page ni, ade contest lah..
okay jom cuba.
Tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia tak siapa yang tahu kan
Semoga Ada tuah cik iena
lalallalalalaaaaaaaaaaa



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak


 Haaaaaaaaaa setel beli melalui web . Jom beli melalui apps pulak . Tapi kan cik iena add to cart dulu awal-awal barangan yang nak di beli supaya mudah. Jadi bila download apps dan buka. Cik iena login acc dan terus klik Troli Checkout. Ouh mudahnya kan :)



Pembelian memalui Ensogo Apps


 Mula-mula dapatkan apps ini di play store seperti mana anda download pelbagai aplikasi di telefon bimbit anda. Search ENSOGO . Install dan open ok



Pembelian memalui Ensogo Apps
cari, install dan open



Pembelian memalui Ensogo Apps
pilih negara dan sign in guna acc yang dah ada






Pembelian memalui Ensogo Apps
Diskaun yeayyyyyyyyyy




Diskaun RM20 ini hanya untuk apps dan pengguna baru. Bukan pengguna baru apps. ahaa pening bukan. Macam ni. Kalau anda pernah beli di website ensogo jadi anda tidak layak untuk diskaun ini. 
Memandangkan tadi cik iena dah beli jadi cik iena dah tak layak untuk dapat diskaun tu.

Sedih.. eh tapi tak sedih. Dunia di hujung jari maaaaaaaa. Cik iena buka satu akaun lagi hahaha
Cik iena login apps guna acc yang baru. Tapi kan jangan lah setiap kali nak beli buat macam ni okay. Cik iena sebab nak cuba je (^_~)
nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog :D

Okay dah stop bebel jom sambung tengok tutorial

Pembelian memalui Ensogo Apps
klik cart






Pembelian memalui Ensogo Apps






Macam penat je nak taip. Paham kan tengok gambar hahaha jangan marah eyyyy

Okay step di bawah pada yang nak bayar melalui online banking jangan risau kalau tak jumpa nama bank tu pilih FPX okay

Next pilihan baru keluar nama bank bank kesayangan anda
ahaaaaaaaaaaaa 



Pembelian memalui Ensogo Apps





Yeayyyyyyyy dah beli
tak sabar nak masak-masak.
Dah lama tak masak kat rumah bujang. 
Ada dapur biasa tapi cik housemate very the kedekut tak bagi guna. taknak share-share
Cik eina pun tak hadap lah
cik iena beli lah induction cooker, kalau beli dapur gas biasa semak pulak banyak dapur dan tong gas kan
Makanya cik iena beli induction cooker tapi tu lah
induction cooker bukan boleh pakai sebarang kuali
kene lah beli lain

Cik iena juga beli E voucher photobook.
Ouh pencita photobook memang macam ni.
melambak photobook dah tetap nak beli lagi

Nak baca ceritera photobook cik iena
http://www.ienaeliena.com/search/label/photobook?m=0


Pembelian memalui Ensogo Apps






Untuk pengetahuan selain menjadi pembeli anda juga boleh menjadi penjual.
Tiada kos tersembunyi okay.
Tiada yuran pendaftaran. 
Tiada yuran yuran lah hahaha
Free je tau dan tiada komisen diambil dari pihak Ensogo
Menarik bukan 
(^_~)



EnSogo Tempat Best Shopping Barang Anak




Ouh panjang betul cik iena membebel . Yeayyy saya dah shopping di Sogo ehhhh
di Ensogo, anda bila lagi ?


Okies malam ni cik iena nak balik kampung, sepupu nikah.
Esok  pagi kembali ke Kuala Lumpur atas urusan blog tercinta ni  sehinggalah hari Ahad
Alhamdulillah sempat online shopping sebelum ke Singapore jumaat depan
ahaaaaa holiday yeayyyyyy
(^_~)


New Update : Ehh laju pulak Ensogo photobook ni contact iena . terus bagi voucher code yeayyy
Terima kasih Mr. Benny  . Barang lain kalau dah dapat cik iena update juga okay (^_~)

 Ensogo photobook











iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Viewing all 1360 articles
Browse latest View live