Quantcast
Channel: iena lifestyle blogger
Viewing all 1361 articles
Browse latest View live

Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur Hanya RM65

$
0
0

Dalam pemilihan juadah berbuka puasa citarasa kampung sudah pastinya menjadi salah satu menu masakan yang menjadi pilihan utama. Menu Citarasa kampung dapat mengingatkan kita kepada masakan-masakan ibunda tercinta mahupun nenda tercinta di kampung.
Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur Hanya RM65
Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur Hanya RM65

Selain di restoran-restoran, menu citarasa kampung ini juga terdapat di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur. Cik iena sendiri berpeluang merasakan juadah berbuka puasa di sini pada ramadhan yang ke 3 . 

Setibanya cik iena di sana sebagai seorang blogger pastinya cik iena akan mengambil gambar terlebih dahulu. Semasa mengambil gambar masakan di situ lagi cik iena dapat merasakan masakan di sini sedap terutama menu-menu kampung seperti ayam masak lemak cili api , rendang tok, asam pedas melaka dan banyak lagi menu citarasa kampung yang sedap.

Setelah tibanya waktu berbuka ternyata tanggapan cik iena tidak salah masak lemak ayam sangat-sangat sedap. Segala jenis masakan berasaskan santan memang sedap, penuh lemak dan cukup rasa termasuk dessert pulut mangga serta cendol. Cik iena rasa jika makan di kedai biasa masakan bersantan ni kurang umph berbeza dengan di sini.

Selain itu apa yang menambat selera cik iena adalah sambal udang petai, ketam blackpepper, ayam thai sauce. Jika nak sebut semua menu sangat banyak. Anda boleh lihat pada gambar yang cik iena sertakan dan di dalam vidoe yang di rakamkan.

Terdapat pelbagai stall makanan untuk setiap jenis menu citarasa kampung disini. Tidak lupa juga kambing golek yang sentiasa mendapat perhatian dikala bulan ramadhan. Jumlah keseluruhan jenis masakan disini adalah melebihi 100 jenis masakan.

Untuk pengetahuan semua, masakan disini di masak oleh Chef Yusoff Salleh dengan resepi istimewanya sendiri. Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang ini. Antara menu yang cik iena perasan  adalah

ANTARA MENU CITARASA KAMPUNG BUFFET

  1. Nasi Kerabu
  2. Gulai Tulang Rusuk Lembu
  3. Ikan Patin Masak Tempoyak
  4. Asam Pedas Melaka
  5. Sambal Udang Petai
  6. Kerabu Tembikai
  7. Bubur Lambuk Burung Unta
  8. Rendang Tok
  9. Puyuh Goreng Berempah
  10. Ketam Blackpepper
  11. Ayam masak thai sauce
  12. Ikan Singgang
  13. Arabic Roasted Lamb
  14. Chicken Shawarma
  15. Mee Kari
  16. Asam Laksa
  17. Mee Sup
  18. Nasi Bukhari
  19. Grilled Fish
  20. Ayam Goreng berempah
  21. Ayam Percik

ANTARA MENU DESSERT CITARASA KAMPUNG BUFFET

  1. Ais krim
  2. Pulut MAngga
  3. Ondeh-Ondeh
  4. Cendol
  5. ABC
  6. Kuih Apam Balik
  7. Kuih Bakar
  8. Tepung Pelita
  9. Pelbagai jenis pastry
  10. Pelbagai Jenis Bubur

Harga Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur


Citarasa Kampung Buffet ini bermula dari 25 mei 2017 sehingga 24 june 2017 di Flavors Restaurant yang terletak di Level 1 .

Harga Asal : RM118 seorang


BERBUKA PUASA DI HOTEL DENGAN HARGA MURAH


Istimewa buat pelanggan 11street anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 45% 
Harga 11Street : RM 65 (Klik untuk beli)

Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur Hanya RM65

Murah kan kalau beli di 11Street . Anda dapat jimat RM53. Memang berbaloi. Cik iena berhasrat untuk membawa keluarga ke sini kerana cik iena jatuh cinta dengan masakan citarasa kampung di Swiss Garden. Cik iena nak cuba yang tidak sempat cik iena cuba tempohari.


Video Citarasa Kampung Buffet di Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur




Harap maaf gambar cik iena akan upload kemudian ya cik iena miss placed letak gambar kat mana hahaha. Jemput tengok video dulu. Cik iena kongsi di blog dulu sebab taknak anda semua terlepas peluang untuk berbuka puasa di Hotel dengan harga murah.
Google Maps : Swiss Garden Hotel


Untuk pengetahuan anda semua bukan  Swiss Garden Hotel and Ressidence Kuala Lumpur sahaja yang anda boleh dapatkan harga yang murah di 11street. Terdapat banyak lagi hotel untuk anda kunjungi dengan harga yang murah dari biasa. Baiklah cik iena sertakan hotel-hotel yang ada untuk menjadi salah satu lokasi pilihan berbuka puasa anda.

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2017 MURAH BESERTA HARGA (HOTEL DAN TOP RESTORAN)



  1. Shah Alam Convention Center RM 53 (Harga Asal RM 93.30) 
  2. Halia Sime Darby Convention Centre RM68 (Harga Asal RM99) 
  3. Kajang Perdana Avenue RM39 (Harga asal RM64) 
  4. Red Carpet Avenue Rm30 (harga asal RM51) 
  5. Kelab Golf Seri Selangor RM45 (Harga Asal RM65) 
  6. Premiera Hotel Rm67.90 (Harga asal RM88) 
  7. Flamingo Hotel AmpangRM54 (Harga Asal RM68) 
  8. Orchard Villa KL RM33 (Harga Asal RM50.88) 
  9. Dewan Perdana Felda RM63 (Harga Asal RM109) 
  10. Putrajaya Convention Centre RM69.90 (Harga Asal RM98) 
  11. Royale Chulan Bukit Bintang RM75 (Harga Asal RM108) 
  12. Pearl International Hotel RM54 (Harga Asal RM98) 
  13. Laman Kayangan RM41.90 (harga asal RM59) 
  14. Hadramawt Restaurant Ampang RM37 (Harga Asal RM59.90) 
  15. Putra World Trade Centre RM 65.90 (harga asal RM80) 
  16. De Palma Hotel Ampang RM75 (harga asal RM105) 
  17. Restoran Terapung D´Saji Titiwangsa RM63.90 (harga asal RM) 
  18. Casa Ombak Rm35.90 (harga asal RM58) 
  19. Seoul Garden RM28.90 (Harga Asal RM44.90) 
  20. The Everly Hotel Putrajaya RM81.90 (harga asal RM98) 
  21. Empire Hotel Subang RM59.90 (harga asal RM128) 
  22. Chakri Palace Pavilion RM65 (harga asal RM 111.80 ) 
  23. Hadramawt Kitchen RM33 (Harga Asal RM59) 
  24. Pullman KL Bangsar RM118 (harga asal RM168) 
  25. Kinjuku Setiawalk RM58 (harga asal RM 89) 
  26. Sukishi, IOI Mall Puchong RM28.90 (harga asal RM47.50) 
  27. Hotel Armada PJ RM72 (harga asal RM84.80) 
  28. Grand Seasons Hotel RM81.90 (harga asal RM116.60) 
  29. The Sultani RM39 (harga asal RM65) 
  30. Thai Serai Rm29 (harga asal RM38) 
  31. Sime Darby Convention Centre RM58 (harga asal RM120) 
  32. Dewan Bankuet UPM RM42 (harga asal RM49.90) 
  33. Pullman Putrajaya Lakeside RM145 (harga asal RM169) 
  34. The Zon Hotel RM59 (harga asal RM89) 
  35. Philea Mines Beach Resort RM61.90 (Harga asal RM75) 
  36. INTAN Bukit Kiara RM37.90 (harga asal RM49) 
  37. MAIU Japanese RM51 (harga asal RM56.90) 
  38. Dewan Bahasa Pustaka RM39.90 (harga asal RM55) 
  39. Dorsett Grand Subang RM108 (harga asal RM155) 
  40. The Zon Hotel RM112 (harga asal RM178 ) 
  41. [e-City Hotel, One City RM80.90 (harga asal RM98) 
  42. Pyramid Tower Hotel RM70.90 (harga asal RM88) 
  43. Serambi Melayu RM27 (harga asal RM40) 
  44. A´ Famosa Resort RM63.90 (harga asal RM75) 
  45. Nouvelle Hotel RM49.90 (harga asal RM69) 
  46. Furama Hotel Bukit Bintang RM69.90 (harga asal RM98) 
  47. Bukit Gambang Resort City RM47 (harga asal RM60) 
  48. The Grand Campbell Hotel RM42 (harga asal RM55) 
  49. Kelab Rahman Putra RM36 (harga asal RM70) 
  50. The Club, Bukit Utama RM53 (harga asal RM79)
  51. De´Laman Shah Alam RM45 (harga asal RM68)
  52. Cyberview Resort Cyberjaya RM110 (harga asal RM138)
  53. Quality Hotel RM64.90 (Harga Asal RM 83.92 ) 
  54. Flamingo hotel (Penang) RM46 (harga asal RM75) 
  55. AVANI Sepang Goldcoast Resort RM66.90 (harga asal RM76) 
  56. Nexus Regency Suites, Shah Alam RM58.90 (harga asal RM83.90) 
  57. Tropicana Golf & Country Resort RM96 (harga asal RM106) 
  58. Kuala Lumpur International Hotel RM49.90 (harga asal RM69) 
  59. Taman Ekuestrian Putrajaya RM63 (harga asal RM88) 
  60. Pacific Regency Hotel RM83 (harga asal RM128) 
  61. Crystal Crown PJ @Brass Cafe RM78 (harga asal RM88) 
  62. [Bijan] Buffet Berbuka Puasa Selera Warisan Negeri RM100 (harga asal RM128) 
  63. Ibis Styles Cheras RM52.90 (harga asal RM84.80) 
  64. Oriental Crystal Hotel RM62 (harga asal RM88) 
  65. Starpoint Hotel RM45 (harga asal RM55) 
  66. [KL Tower Revolving Restaurant] Berbuka Puasa Ramadan Dinner Buffet + Blue Coral Aquarium Access Rm148.90 (harga asal RM159.90) 
  67. V E Hotel & Residence Rm112 (harga asal RM128) 
  68. Impian Golf & Country Club Kajang RM53 (harga asal RM60) 
  69. Best Western i-City Shah Alam RM88 (harga asal RM98) 
  70. Sani Hotel Rm59 (harga asal RM68)

Okay kalau nak tau banyak lagi sila lihat di Ramadhan Beli-belah - Jom Buka Puasa[17/05/2017 ~ 23/06/2017]

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2017 MURAH BESERTA HARGA (HOTEL DAN TOP RESTORAN)
 


Banyak kan, haaaaaaaaa korang boleh pilih okay..
Sekian untuk perkongsian cik iena (^_~)


Nota Blog : Nak nangis buat senarai, nanti cik iena sambung lagi okay. Ramai pulak yang tanya tempat berbuka puasa yang mewah tapi murah berdekatan tempat mereka. Alahai cik iena dok KL ni haa..tapi xpe cik iena tolong cari dan senaraikan ye. korang tengok sendiri dalam list hotel mana berdekatan dengan korang.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com



Elrah Exclusive @ Rania Couture Menampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang

$
0
0


Elrah Exclusive @ Rania Couture Menampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
 
Dalam kesibukan kita menyediakan kelengkapan Raya, baju rasa pasti tidak di lupakan. Kepada anda yang tinggal berdekatan The Curve Damansara di sini cik iena ingin kongsikan tempat dimana anda boleh membeli belah baju raya yang cantik terutama buat kaum Adam Khususnya.
 
Baru-baru ini cik iena ada berkeunjung di sebuah booth yang terletak di Concourse Main Area The Curve Damansara . Booth tersebut adalah dari ElrahExclusive @ Rania Couture. Apa yang cik iena lihat di sini mereka menawarkan pelbagai koleksi baju untuk lelaki yang sangat cantik dan trendy. 
 
 
 
Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
kami khusyuk meneliti jenis kain :)

Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
ouh mungkin khai tengah ukur saiz bahu dia (^_~)

Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
macam berkenan pula dengan warna ni, nak dekat sama tona dengan baju raya boria keluarga cik iena tahun ni




Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang

 

Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
 
 
Baju-baju melayu, jubah serta kurta yang di jual adalah dari kolaborasi bersama artis-artis terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang dan ramai lagi yang mana menjadikan jenama ini satu fenomena yang cukup luar biasa.Selain dari pakaian lelaki terdapat juga pakaian wanita yang terdiri dari jubah, abaya dan baju kurung moden.
 

Elrah Exclusive @ Rania Couture Menampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
ehh cik iena nak cuba abaya ni nampak cantik pulak, mak cik iena suka baju macam nie
 
 

koleksi abaya dari rania couture
koleksi abaya dari rania couture

koleksi abaya dari rania couture
koleksi abaya dari rania couture



koleksi abaya dari rania couture
koleksi abaya dari rania couture

 
 

Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal

 

Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang

Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang

Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
pelbagai tona warna untuk pilihan
 
 
Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
jahitan yang kemas serta zip yang sangat mesra wudhuk

Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
jahitan yang kemas serta zip yang mesra wuduk

Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang


Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
wah kacak bergaya, barulah semangat nak raya (^_~)
 
 
Koleksi pakaian di Booth Elrah Exclusive ini sangat banyak. Bukan sahaja terdapat pelbagai rekaan pakaian bahkan untuk setiap koleksi ianya didatangkan dengan pelbagai tona warna menarik bagi setiap rekaannya. Kualiti kain nya sangat bagus.  Fabrik yang  digunakan sesuai dipakai tidak kira berada didalam cuaca apapun. Pendek kata tidak panas dan sangat selesa untuk digayakakn terutama buat Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
 

Elrah Exclusive @ Rania Couture Menampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
 

Selain daripada itu rekaan dari Elrah Exclusive juga sangat praktikal buat pemakai. Untuk mereka yang gemarkan poket di hadapan, anda boleh memilih rekaan yang terdapat jahitan poket di hadapan. Begitu juga dengan kemasan butang yang dijahit rapi. Mereka menggunakan butang hitam (hidden) sebagai kemasan dan butang baju lut sinar penutup gaya di kolar. Ianya akan membuat si pemakai tampak lebih Eksklusif  dan bergaya.
 


 
 
Kepada anda yang masih tercari-cari baju raya anda boleh berkunjung di Booth  ElrahExclusive @ Rania Couture di The Curve Damansara.

Rebat Potongan RM10 dan RM30 di ElrahExclusive @ Rania Couture

 
 
Elrah Exclusive @ Rania Couture Menampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
 
 
Istimewa buat anda terdapat  tawaran menarik bagi anda yang membeli belah disini pada hari Jumaat (penghulu segala hari) pada jam  1 sehingga 3 tengahari. Setiap Pembelian baju Elrah Exclusive akan menerima rebat potongan sebanyak RM10 untuk setiap resit. Manakala potongan sebanyak RM30 untuk setiap resit bagi mereka yang membeli Koleksi  abaya dari Rania Couture.

Diskaun 10% Bagi Pelajar dan Pekerja Sektor Awam dari ElrahExclusive @ Rania Couture


Bagi pelajar dan mereka yang berkhidmat di sektor awam (goverment servant) boleh mendapatkan potongan sebanyak 10%, tetapi perlulah menunjukkan ID dan mengisi borang khas yang disediakan. Tawaran ini SAH hanya di booth The Curve Damansara.
 
Elrah Exclusive @ Rania Couture Menampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang


Untuk pembelian 3 pasang, akan diberikan RM20 voucher secara PERCUMA dan hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya di booth Elrah Exclusive dan Rania Couture The Curve sehingga 3 Syawal 2017.


Program "Jom Elrah"


Kepada pelajar yang ingin menyertai Program "Jom Elrah" bolehla email kepada jomelrah2017@gmail.com untuk mendapat keterangan lanjut. Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi juga Encik K di talian 013-5040728.

Untuk pengetahuan anda juga terdapat perkhidmatan COD tanpa caj penghantaran buat pembeli yang tidak berkesempatan ke booth Elrah Exclusive dan Rania Couture di Concourse Main Area The Curve Damansara. 
 
Anda boleh membuat pesanan pembelian dengan menghubungi nombor talian seperti di atas iaitu 013-5040728. Tetapi tawaran ini hanyalah untuk mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja iaitu Damansara, bangsar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya.


Elrah Exclusive @ Rania Couture Menampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
hai encik jodoh kat sini ada baju yang matching dengan baju raya iena ni, meh beli baju sodondon dengan cik iena lalallala



Elrah Exclusive @ Rania Couture Menampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Artis-Artis Terkenal seperti Saheizy Sam, Amy Search, Fattah Amin, Michael Ang
Wokay sebelum balik, selfie dengan photographer , personal assistant a.k.a account manager a.k.a credit controller hahaha.. my beloved sister



Untuk maklumat lanjut sila layari



Instagram: @elrahdamansara
FB Page: @elrahdamansara 
Hp : 013.5040.728 (En K) utk sebarang pertanyaan.









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


70 SENARAI BUFFET RAMADHAN 2017 MURAH BESERTA HARGA (HOTEL DAN TOP RESTORAN)

$
0
0

Bulan ramadhan pasti kita tidak lari dari buffet ramadhan. Disini cik iena nak konsi senarai Hotel dan Restoran-restoran terkemuka yang  ada membuat promosi khas bagi bulan ramadhan 2017.  Jadi anda bolehlah pilih lokasi mana untuk di jadikan lokasi berbuka puasa anda panda tahun ini bersama yang tersayang. Sekali sekala bawa yang tersayang berbuka puasa di Hotel seronok juga kan. Berbunga-bunga hati pasangan  (^_~)

70 SENARAI BUFFET RAMADHAN 2017 MURAH BESERTA HARGA (HOTEL DAN TOP RESTORAN)


SENARAI BUFFET RAMADHAN 2017 MURAH BESERTA HARGA (HOTEL DAN TOP RESTORAN)



  1. Shah Alam Convention Center RM 53 (Harga Asal RM 93.30) 
  2. Halia Sime Darby Convention Centre RM68 (Harga Asal RM99) 
  3. Kajang Perdana Avenue RM39 (Harga asal RM64) 
  4. Red Carpet Avenue Rm30 (harga asal RM51) 
  5. Kelab Golf Seri Selangor RM45 (Harga Asal RM65) 
  6. Premiera Hotel Rm67.90 (Harga asal RM88) 
  7. Flamingo Hotel AmpangRM54 (Harga Asal RM68) 
  8. Orchard Villa KL RM33 (Harga Asal RM50.88) 
  9. Dewan Perdana Felda RM63 (Harga Asal RM109) 
  10. Putrajaya Convention Centre RM69.90 (Harga Asal RM98) 
  11. Royale Chulan Bukit Bintang RM75 (Harga Asal RM108) 
  12. Pearl International Hotel RM54 (Harga Asal RM98) 
  13. Laman Kayangan RM41.90 (harga asal RM59) 
  14. Hadramawt Restaurant Ampang RM37 (Harga Asal RM59.90) 
  15. Putra World Trade Centre RM 65.90 (harga asal RM80) 
  16. De Palma Hotel Ampang RM75 (harga asal RM105) 
  17. Restoran Terapung D´Saji Titiwangsa RM63.90 (harga asal RM) 
  18. Casa Ombak Rm35.90 (harga asal RM58) 
  19. Seoul Garden RM28.90 (Harga Asal RM44.90) 
  20. The Everly Hotel Putrajaya RM81.90 (harga asal RM98) 
  21. Empire Hotel Subang RM59.90 (harga asal RM128) 
  22. Chakri Palace Pavilion RM65 (harga asal RM 111.80 ) 
  23. Hadramawt Kitchen RM33 (Harga Asal RM59) 
  24. Pullman KL Bangsar RM118 (harga asal RM168) 
  25. Kinjuku Setiawalk RM58 (harga asal RM 89) 
  26. Sukishi, IOI Mall Puchong RM28.90 (harga asal RM47.50) 
  27. Hotel Armada PJ RM72 (harga asal RM84.80) 
  28. Grand Seasons Hotel RM81.90 (harga asal RM116.60) 
  29. The Sultani RM39 (harga asal RM65) 
  30. Thai Serai Rm29 (harga asal RM38) 
  31. Sime Darby Convention Centre RM58 (harga asal RM120) 
  32. Dewan Bankuet UPM RM42 (harga asal RM49.90) 
  33. Pullman Putrajaya Lakeside RM145 (harga asal RM169) 
  34. The Zon Hotel RM59 (harga asal RM89) 
  35. Philea Mines Beach Resort RM61.90 (Harga asal RM75) 
  36. INTAN Bukit Kiara RM37.90 (harga asal RM49) 
  37. MAIU Japanese RM51 (harga asal RM56.90) 
  38. Dewan Bahasa Pustaka RM39.90 (harga asal RM55) 
  39. Dorsett Grand Subang RM108 (harga asal RM155) 
  40. The Zon Hotel RM112 (harga asal RM178 ) 
  41. [e-City Hotel, One City RM80.90 (harga asal RM98) 
  42. Pyramid Tower Hotel RM70.90 (harga asal RM88) 
  43. Serambi Melayu RM27 (harga asal RM40) 
  44. A´ Famosa Resort RM63.90 (harga asal RM75) 
  45. Nouvelle Hotel RM49.90 (harga asal RM69) 
  46. Furama Hotel Bukit Bintang RM69.90 (harga asal RM98) 
  47. Bukit Gambang Resort City RM47 (harga asal RM60) 
  48. The Grand Campbell Hotel RM42 (harga asal RM55) 
  49. Kelab Rahman Putra RM36 (harga asal RM70) 
  50. The Club, Bukit Utama RM53 (harga asal RM79)
  51. De´Laman Shah Alam RM45 (harga asal RM68)
  52. Cyberview Resort Cyberjaya RM110 (harga asal RM138)
  53. Quality Hotel RM64.90 (Harga Asal RM 83.92 ) 
  54. Flamingo hotel (Penang) RM46 (harga asal RM75) 
  55. AVANI Sepang Goldcoast Resort RM66.90 (harga asal RM76) 
  56. Nexus Regency Suites, Shah Alam RM58.90 (harga asal RM83.90) 
  57. Tropicana Golf & Country Resort RM96 (harga asal RM106) 
  58. Kuala Lumpur International Hotel RM49.90 (harga asal RM69) 
  59. Taman Ekuestrian Putrajaya RM63 (harga asal RM88) 
  60. Pacific Regency Hotel RM83 (harga asal RM128) 
  61. Crystal Crown PJ @Brass Cafe RM78 (harga asal RM88) 
  62. [Bijan] Buffet Berbuka Puasa Selera Warisan Negeri RM100 (harga asal RM128) 
  63. Ibis Styles Cheras RM52.90 (harga asal RM84.80) 
  64. Oriental Crystal Hotel RM62 (harga asal RM88) 
  65. Starpoint Hotel RM45 (harga asal RM55) 
  66. [KL Tower Revolving Restaurant] Berbuka Puasa Ramadan Dinner Buffet + Blue Coral Aquarium Access Rm148.90 (harga asal RM159.90) 
  67. V E Hotel & Residence Rm112 (harga asal RM128) 
  68. Impian Golf & Country Club Kajang RM53 (harga asal RM60) 
  69. Best Western i-City Shah Alam RM88 (harga asal RM98) 
  70. Sani Hotel Rm59 (harga asal RM68)
Okay kalau nak tau banyak lagi sila lihat di Ramadhan Beli-belah - Jom Buka Puasa[17/05/2017 ~ 23/06/2017]

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2017 MURAH BESERTA HARGA (HOTEL DAN TOP RESTORAN)
 




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tempah restoran di Eatigo dan percuma Tiket TGV dengan PromoCode EATIENA

$
0
0

Tempahan tempat duduk di restoran kadang kala sangat menyukarkan kita. Disini cik iena ingin cadangkan anda untuk menggunakan  Eatigo, platform tempahan restoran mudah alih yang senang digunakan, dan memberi diskaun.


Tempah restoran di Eatigo dan percuma Tiket TGV dengan PromoCode EATIENA


Eatigo telah bertapak di Thailand dan Singapura, dan hari ini tiba secara rasminya di Malaysia. Eatigo diasaskan dengan objektif, mengisi tempat kosong di kedai makan di luar waktu puncak, sambil memberi diskaun kepada pengguna. Diskaun berbeza mengikut slot masa.
 

Eatigo Jamin Diskaun Dalam Semua Tempahan Kedai Makan 



Senarai kedai makan yang terdapat di Eatigo sangat luas, lebih dari 1,000 tempat meliputi cawangan kedai makan popular, sehinga ke hotel 5 bintang. Malah Eatigo juga menjamin diskaun dalam semua tempahan, sehingga 50% menerusi platform mereka.

Antara tempat makan yang boleh ditempah menerusi Eatigo adalah cawangan TGI Fridays‎, BBQ Nights KL, TEMPtations & Dynasty di Hotel Renaissance, Duddha & Chakri Express di KLCC serta banyak lagi.
Membuat tempahan di Eatigo boleh dilakukan seawal sebulan dari tarikh tempahan, ataupun sehari sebelum. Pengguna boleh melihat diskaun yang ditawarkan terus dari aplikasi, diberikan berbeza mengikut masa. Tiada bayaran awal perlu dibuat, hanya tempah di Eatigo, terima diskaun dan bayar selepas makan untuk semua jenis makanan, tanpa had kategori atau jenis.


Tempah restoran di Eatigo dan percuma Tiket TGV dengan PromoCode EATIENA




Eatigo telah beroperasi di Bangkok, Pattaya serta Singapura dan kini mengembangkan servis mereka ke Kuala Lumpur dan Hong Kong. Sehingga kini, Eatigo telah menempatkan lebih 4 juta pelanggan di restoran dan kedai makan, menerusi platform mereka.
HaaaaaaApalagi, jom cuba buat tempahan menerusi Eatigo, sambil mendapat diskaun apabila membuat bayaran. 


Buat Reservation di Restoran dengan Eatigo dan percuma Tiket TGV dengan PromoCode EATIENA

Istimewa buat anda, anda akan menerima sepasang tiket TGV secara percuma jika membuat reservation menggunakan website atau apps eatigo dengan menggunakan promocode EATIENA

Promocode EATIENA jetau..tapi jangan lah makan iena (^_~)

PROMOCODE  : EATIENA

Sah Sehingga 30 June 2017


Hai semua beberapa hari yg lepas iena berbuka puasa dekat BBQ Nights KL @bbqnightskl yang mana iena buat reservation dengan menggunakan apps @eatigo_my . Dapatkan diskaun sehingga 50% sekiranya korang buat reservation menggunakan apps atau website. Selain dari tu korang juga akan dapat sepasang TGV movie ticket secara percuma sekiranya korang membuat reservation di apps atau website dengan guna promocode 👉👉 EATIENA​ 👉👉 EATIENA 👉👉 EATIENA Jom follow 💗 @eatigo_my 💘 💗 @eatigo_my 💘 💗 @eatigo_my 💘 💕 @bbqnightskl 💝 💕 @bbqnightskl 💝 💕 @bbqnightskl 💝 #EatigoMY #EatigoLOVE . *Valid sehingga 30th June 2017 #EatigoMY #EatigoLOVE #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #foodblogger #socialMediaInfluencer #love #fashion #igers #instadaily #instagood #photooftheday #beautiful #happy #cute #foodreview #foodporn #foodie #dinner #tasty #delicious #eating #foodpics #hungry #foodgasm
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Thank you BBQ Nights KL untuk dinner yang sangat best ni. Untuk pengetahuan BBQ Nights KL merupakan resoran makanan pakistan. Ini merupakan pertama kali cik iena cuba masakan pakistan. Ternyata makanan pakistan sedap juga. Sampai sekarang cik iena masih terbayang pakora yang di cicah dengan sos istimewa mereka (gabungan mint, yougurt dan cili hijau serta asam jawa dan sos cili) haa macam pelik sos tu, boleh scroll dan tengok video okay. Memang sedap. Kari ayam dan sayur pun sedap. Dan masakan grilled pun perapan rempah lain dari lain tapi rempah yang berasa. Korang kalau tak pernah cuba oleh la cuba. Buat reservation dekat @eatigo_my dan dapat diskaun sehingga 50% dan dapat 2 tiket TGV percuma kalau guna promocode 👉👉 EATIENA​ 👉👉 EATIENA 👉👉 EATIENA Jom follow 💗 @eatigo_my 💘 💗 @eatigo_my 💘 💗 @eatigo_my 💘 💕 @bbqnightskl 💝 💕 @bbqnightskl 💝 💕 @bbqnightskl 💝 #EatigoMY #EatigoLOVE #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #foodblogger #socialMediaInfluencer #love #fashion #igers #instadaily #instagood #photooftheday #beautiful #happy #cute #foodreview #foodporn #foodie #dinner #tasty #delicious #eating #foodpics #hungry #foodgasm
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


BErbuka Puasa di BBQ Nights KL Restoran Masakan Pakistan


 BErbuka Puasa di BBQ Nights KL Restoran Masakan Pakistan


Dengan menggunakan eatigo anda boleh dapat diskaun .. Thank you BBQ Nights KL untuk dinner yang sangat best ni. Untuk pengetahuan BBQ Nights KL merupakan resoran makanan pakistan.
Ini merupakan pertama kali cik iena cuba masakan pakistan.





BErbuka Puasa di BBQ Nights KL Restoran Masakan Pakistan

Ternyata makanan pakistan sedap juga. Sampai sekarang cik iena masih terbayang pakora yang di cicah dengan sos istimewa mereka (gabungan mint, yougurt dan cili hijau serta asam jawa dan sos cili)
haa macam pelik sos tu tapi sangat sedap. Memang sedap. Kari ayam dan sayur pun sedap. Dan masakan grilled pun perapan rempah lain dari lain tapi rempah yang berasa.




BErbuka Puasa di BBQ Nights KL Restoran Masakan Pakistan

Cik iena siap tapau balik tau. Dengan sos sekali cik iena minta. Jatuh cinta dengan sos mint + yougurt dia :)





BErbuka Puasa di BBQ Nights KL Restoran Masakan Pakistan

BErbuka Puasa di BBQ Nights KL Restoran Masakan Pakistan

BErbuka Puasa di BBQ Nights KL Restoran Masakan Pakistan
Untuk maklumat lanjut
website :  my.eatigo.com
Instagram : @eatigo_my 
Facebook  : eatigo.malaysia


Aplikasi mudah alih Eatigo boleh ditemui di Apple Appstore dan Google Playstore.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Prima Valet Menawarkan Busana Koleksi Selebriti Dan Instafamous Terkenal Tanah Air di Bawah Satu Bumbung

$
0
0


Prima Valet merupakan gedung pakaian yang menawarkan kelengkapan pakaian wanita dan lelaki dengan pelbagai rekaan yang menarik lagi esksklusif  dimana Prima Valet  menghimpunkan busana rekaan selebriti dan instafamous terkenal tanah air di bawah satu bumbung.




Antara selebriti yang terlibat adalah  Amy Search (Amy Search by Elrah Exclusive), Shaheizy Sam (Shaheizy Sam X Elrah Exclusive), Michael Ang (Michael Ang X Elrah Exclusive) dan Fattah Amin (Far8 by Atelia Amani X Elrah Exclusive by Fattah Amin). Manakala antara Instafamous yang terkenal adalah Asyalliee atau lebih dikenali dengan nama Syasya Solero yang pernah viral dengan video Macam Cantik , Macam Comel Je.

Gedung Fashion Milik Bumiputra


Prima Valet merupakan Antara Gedung FashionTerbesar Tanah Air seluas 20ribu kaki persegi dan yang paling pentingnya adalah ia dimiliki oleh 100%  Bumiputra Melayu. Menawarkan  seleksi busana seperti jubah, kurung moden, peplum, abaya, palazzo, blaus, kurta, kemeja dan baju Melayu pelbagai warna dan corak dari koleksi selebriti dan instafamous terkenal tanah air.

Jualan murah : Diskaun Sehingga  80% di Prima Valet.


Apa yang Menarik lagi, harga pakaian yang dijual juga sangat berpatutan dan kualiti material yang berkualiti tinggi . Koleksi yang disediakan sememangnya boleh dikatakan harga mampu milik. Selain daripada itu istimewa menjelang Aidilfitri ini Prima Valet mengadakan jualan runtuh di mana diskaun sehingga 80% sehingga Malam Raya.

Cik iena rasa harga yang di tawarkan sememangnya murah untuk koleksi selebriti dan instafamous terkenal Malaysia .





Haa Cantik kan Asyalliee Macam Cantik Macam Comel Je. Muda lagi dah perniagaan butik sendiri. Asalnya dari video yang di Viralkan dan kini beliau menjadi seorang wanita yang berjaya.  Untuk Pengetahuan semua  Prima Valet Juga menawarkan koleksi busana Asyalliee yang sememangnya sangat cantik seperti orangnya. Kalau anda semua nak cantik bergaya seperti Asyalliee jom dapatkan salah satu dari koleksi beliau. Kalau nak beli lebih pun lagi double triple cantik :)


SHOPPING RAYA DI PRIMA VALET




Prima Valet Menawarkan Busana Koleksi Selebriti Dan Instafamous Terkenal Tanah Air di Bawah Satu Bumbung


Baru-baru ini cik iena ke Prima Valet Bangi dan cik iena jatuh hati dan dah pun dapatkan tiga koleksi Asyalliee yang sangat cantik. Cik iena sangat tertarik dengan rekaan yang ringkas tapi trendy.
Kalau nak tau koleksi apa yang cik iena pilih tu tunggu hari isnin cik iena kongsi gambar ya. CIk iena masih tiada masa untuk ambil gambar OOTD diatas faktor kekangan masa .


Yang pasti ketiga-tiga koleksi tersebut sememangnya menepati citarasa cik iena yang suka bergaya ni. Tak sabar rasanya nak bergaya di hari raya dengan sebahagian dari koleksi Asyalliee dari  Prima Valet ni. Selain Koleksi Asyallie ni terdapat ramai lagi artis wanita seperti Fazura, Anzalna, dan ramai lagi.






Prima Valet Menawarkan Busana Koleksi Selebriti Dan Instafamous Terkenal Tanah Air di Bawah Satu Bumbung
keadaan Prima Valet yang sangat ramai pengunjung



Semasa kunjungan cik iena ke sana , ramai pengunjung yang membanjiri Prima Valet untuk mendapatkan koleksi busana dari seleriti kesayangan. Jadi anda di nasihatkan untuk hadir pada hari biasa di waktu bekerja jika anda ingin rasa selesa. Kerana pada hujung minggu dan malam Prima Valet akan di kerumuni pengunjung seperti semut.


Tips dari cik iena sekiranya sudah dapat koleksi pilihan cepat-cepat dapatkan saiz dan warna kalau lambat memang tak dapat. Sebab apa cik iena cakap sebab ianya terjadi pada cik iena. Memang Laku keras baju-baju di sini. Maka dengan itu pastikan anda segera dapatkan saiz dan warna pilihan supaya anda tidak terlepas untuk memiliki koleksi selebriti kesayangan anda.



Prima Valet Menawarkan Busana Koleksi Selebriti Dan Instafamous Terkenal Tanah Air di Bawah Satu Bumbung
keadaan Prima Valet yang sangat ramai pengunjung


Sebahagian Gambar Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet 


Okay cik iena nak kongsikan sedikit  Gambar yang cik iena ambil semasa di Prima Valet. Tempatnya sangat besar. Tak boleh nak tunjuk semua gambar. Sangat banyak





Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet


Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet

Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet



Gedung Fashion Terkemuka Prima Valet




Sebahagian Koleksi Busana Raya di Prima Valet



Baiklah cik iena juga nak kongsikan sedikit koleksi busana yang terdapat di Prima Valet yang cik iena stalk di instagram mereka . Ini baru sikit tau. Terdapat banyak lagi koleksi yang cantik-cantik.



 Koleksi Busana Raya di Prima Valet

 Koleksi Busana Raya di Prima Valet

 Koleksi Busana Raya di Prima Valet

 Koleksi Busana Raya di Prima Valet

 Koleksi Busana Raya di Prima Valet


TEMUI FATTAH AMIN DAN FAZURA DI PRIMA VALET OSTIA, BANGI




TEMUI FATTAH AMIN DAN FAZURA DI PRIMA VALET OSTIA, BANGI
TEMUI FATTAH AMIN DAN FAZURA DI PRIMA VALET OSTIA, BANGI

Kepada #fattahlovers & #fazwarriors  jemput datang ke Primavalet Ostia Bangi pada hari sabtu ni.
Fattah Amin akan membuat kemunculan secara solo pada jam 4pm manakala @fattahaminz & @missfazura akan datang berdua bersama jam 10pm.

PRIMA VALET OSTIA BANGI



Alamat :  Lot A -G-1-5 ,Block A Jalan Ostia Bangi ,Seksyen 14
Bangi, Malaysia
(Ostia Bangi Business Avenue Bersebelahan Tol Bangi )
Waktu Operasi : 11am-10pm
Facebook : PRIMA VALET
Instagram :  @primavalet





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Jualan Murah Hari Raya Jakel | Diskaun Sehingga 85%

$
0
0


Jakel merupakan sebuah syarikat pertama pelopor industri usahawan bumiputera yang menjana ekonomi dalam perniagaan Tekstil.  Jakel juga merupakan pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran dalam negeri mahupun luar negara. Mereka mengimport tekstil yang berkualiti dan berjenama daripada pengedar-pengedar terkenal di seluruh dunia.

Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%


Produk tekstil dari Jakel merangkumi kain pakaian dan langsir yang direka oleh pakar-pakar rekaan tekstil syarikat Jakel sendiri. Pakar-pakar ini mencorakkan pelbagai rekaan untuk semua tekstil kain dari harga yang murah sehingga ke eksklusif seperti jenama Valentino, Pierre Cardin, Zegna, Armani, Lorenzo Riva, Ungaro dan Solstiss.



Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%
Jakel merupakan jenama Tekstil yang tidak asing lagi di Malaysia.  Baru-baru ini telah berlansung satu majlis perasmian kempen  "JAKEL BARULAH RAYA" di Jakel Shah Alam dengan kehadiran Duta-duta jakel .Pihak Jakel mengambil inisiatif untuk membuat Jualan murah sempenha Hari raya dengan menawarkan diskaun sehingga 85%.

JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM DENGAN LELONGAN SEHINGGA 85% DISKAUN


JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM DENGAN LELONGAN SEHINGGA 85% DISKAUN
Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sessi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. 

JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM DENGAN LELONGAN SEHINGGA 85% DISKAUN

Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal

Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari tersebut dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini bagi mendapatkan Baju Melayu & Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA .

Koleksi kain Jakel pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan
moden bagi menyesuaikan keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru
dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. 

Rekaan Elegan Pada Harga Mampu Milik


Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.
Dengan  keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan, ramai pengemar fesyen lebih selesa
memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. 
Rekaan Elegan Pada Harga Mampu Milik
hanis sedang menceritakan tentang detailing dan kualiti fabrik :)
Dengan itu, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan
perincian rekaan secara kemas dan rapi. 
Gabungan kombinasi ini adalah untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel . Ianya pasti akan menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti terserlah.

Konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan


Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai“sense of belonging” apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel akan sentiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan.

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA

 Koleksi Baju melayu Serendah RM89 dan Baju Wanita Serendah RM79 Sepasang



JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Istimewa menjelang Aidilfitri yang bakal tiba ini Jakel mengadakan Jualan hebat atau jualan murah yang  bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. 

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Selain daripada itu Jakel juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain. Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. 

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk.
Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang. 
JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar.
Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39.

KOLEKSI BAJU MELAYU

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz 

Koleksi ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru
khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal
menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel atau lembut selain warna
kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.

Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad 

Koleksi ini berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. 
Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan
produk tersebut untuk mereka bersize comel. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person
in the World” iaitu Harith Iskander.

KOLEKSI KURTA


Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. 
Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. 
Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini.

BAJU KURUNG

Baju Kurung Ayda Jebat

JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. 
Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada design dan detailing.
Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada
peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini
ianya lebih bersifat“simpel but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan
dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous dan bersesuaian trend masa
kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya.

KOLEKSI KANAK-KANAK


Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. 
Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini
Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada
Lara Alana.

JAKEL TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

JAKEL TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan  produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.

JAKEL TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

Koleksi Schawalara

    a) Awal Ashaari

Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu,mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. 
Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu. Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan design moden dan mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampananpada si pemakai. 
Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi design bagi memenuhi permintaan pasaran. Rekaan ini juga diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar ianya nampak terletak cantik apabila digayakakan

  b) Scha Al-Yahya

JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah
jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. 
Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan
kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
 Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL.
JAKEL TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

  c) Lara Alana


Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak-kanak perempuan dibawah jenama Lara Alana. 
Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.
Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.

Koleksi Hanis, Hairul, Yusof


Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang mengikuti mereka di alam maya.

  a) Hanis Zalikha

Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima
kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan,versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan. 
Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat
selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel.

  b) Hairul Azreen

Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang.

  c) Yusof Iskandar

Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan.
Oleh it, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual. Dibawah jenama ini, baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak.
Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, supaya para pelangga boleh menyuaipadankan dengan keluarga.

Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%

Wahhhhhhh menarik kan koleksi terbaru Jakel pada tahun ini. Semaki bertambah Duta Jakel dan yang paling menarik pastinya koleksi keluarga . Tidak perlu susah-susah lagianda menempah baju sedondon warna di hari Raya.Kini semuanya boleh di dapati di Jakel Gedung Teksil terbesar di tanah air.

Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%


Semasa kehadiran cik iena di Jakel Shah Alam tempohari, pelanggan-pelanggan Jakel bagai semut yang menghurung gula . Sangat ramai kerana terdapat jualan runtuh happy hour yang diadakan oleh para Duta Jakel.

Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%
wokies belanja gambar tuan empunya blog masa ke event jakel tapi tak sempat ambil gambar di jakel. Keadaan lautan manusia yang tidak membenarkan untuk bergambar :D.. so amek gambar kat tempat lain masa nak berbuka puasa yeayy :)


Kepada anda yang masih belum shopping raya anda boleh dapatkan koleksi baju raya di Jakel . Kempen Jakel Barulah Raya ini akan berlansung sehingga Malam raya dengan menawarkan diskaun sehingga 85 %.

Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : www.jakel.my
Facebook : GedungTekstilJakel
Instagram : @jakeltextile







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Shopping Raya di ALTHEA KOREA dan Percuma FREE GIFT limited edition

$
0
0

Hari raya menjelang tiba pastinya kaum hawa di luar sana tidak lupa juga untuk membeli barangan kecantikan serta Make Up.  Nak raya mestilah nak kelihatan Cantik . Jadi di sini cik iena nak kongsi di mana anda semua boleh dapatkan barangan kecantikan dan sake up secara dalam talian atau online iaitu Althea Korea.

Laman web ALTHEA KOREA menyediakan pelbagai produk jenama Korea yang semestinya authentic dan ianya di pos terus dari korea .


 Shopping Raya di ALTHEA KOREA



Bersempena Aidilfitri yang bakal  tiba, setiap kali anda membeli belah dengan Althea Korea, anda akan menerima barangan anda di dalam Althea's Limited Edition Raya Box seperti diatas.






Raya Giveaway Festival
Raya Giveaway Festival



Apa yang menarik lagi Althea Korea juga sedang mengadakan giveaway untuk K-Beauty lovers. Sempena nak raya ni, ALTHEA ada buat promosi. Kalau anda beli barangan di sini, anda akan dapat satu FREE GIFT limited edition Althea Raya Box dari website ALTHEA..

Menarik bukan . Jom Shopping :)


LAMAN WEB 

INSTAGRAM

FACEBOOK PAGE



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Trendy Scarf dan Voucher RM50 PERCUMA Dengan Pembelian RM99 di Kesemua Cawangan BATA MALAYSIA

$
0
0

Trendy Scarf dan Voucher RM50 PERCUMA Dengan Pembelian RM99 di Kesemua Cawangan BATA MALAYSIA
Bata merupakan sebuah Jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Boleh dikatakan ianya dikenali oleh ramai gologan masyarakat malaysia sejak dari kecil lagi.

Pada zaman persekolahan cik iena Jenama Bata merupakan jenama yang sangat terkenal. Dengan memakai Kasut Bata terasa sangat berbangga kerana memiliki Jenama yang hebat di Mata Pelajar-pelajar.

Pada ketika itu sesiapa yang memiliki kasut Bata boleh di katagorikan dalam golongan keluarga senang. Untuk pengetahuan cik iena berasal dari keluarga susah pada , bila dapat memakai kasut Bata rasa sangat berbangga.


Bila rakan bertanya dengan bangga menjawab "KASUT BATA". haha comel bukan. Alhamdulillah berkat didikan keluarga kini cik iena mampu memberikan sedikit kesenangan pada keluarga.



MASIH RELAVAN KAH LAGI  JENAMA BATA ?

 

BATA MALAYSIA


Apabila cik iena becerita kepada rakan mengenai jenama BATA, persoalan pertama yang keluar dari beberapa orang adalah MAsih Relevan kah lagi JENAMA BATA?



BATA MALAYSIA



Jawapan cik iena ya masih relevant. Untuk pengetahuan semua BATA semakin banyak menawarkan pelbagai jenis kasut wanita dan lelaki serta kanak-kanak yang trendy dan cantik bergaya. Jika sebelum ini apa yang kita ketahui Bata menjual Kasut yang comfort yang simple sahaja dan adakalanya design sangal old style .



BATA MALAYSIA
selesa dan ringan wedges ni, nanti cik iena nak datang sekali lagi dan beli


Tapi tidak lagi sekarang. Terdapat pelbagai pilihan kasut bata yang cantik bergaya terutamanya jika anda ke Outlet yang besar seperti MidValley dan KLCC. Sebelum ini juga cik iena juga merupakan peminat Kasut Bata walaupun selepas zaman persekolahan. Cik iena gemar membeli kasut sarung dan kasut sukan di Bata. Sehinggakan satu design cik iena akan beli pelbagai warna dek kerana suka akan keselesaan Kasut sarung tersebut.


BATA MALAYSIA

BATA MALAYSIA

 

 

Berlenggang tanpa sakit dengan Kasut Tinggi Bata



BATA MALAYSIA


Cantik tetapi menyeksakan. Itu antara frasa sinonim digambarkan kepada kasut tumit tinggi apabila disarungkan setiap wanita. Mungkin tidak semua wanita beranggapan sebegitu, namun pemilihan kasut tumit tinggi yang salah sememangnya menyakitkan kaki juga anggota badan lain terutama tumit dan pinggang.



BATA MALAYSIA



Tidak kiralah  wanita itu bertubuh kurus atau gemuk, sakit di bahagian tumit pasti terasa apabila terlalu lama memakai kasut terbabit berbanding kasut tapak rata.



BATA MALAYSIA



Walaugaimanapun, tidak dinafikan pemakaian kasut tumit tinggi biasanya membantu mendapat postur badan lebih cantik, pinggul lebih lentik dan kaki langsing berbanding wanita yang hanya mengenakan selipar atau kasut rata.



BATA MALAYSIA



Sehubungan dengan itu, bagi membantu setiap wanita tanpa terkecuali untuk bergaya dengan menyarung kasut tumit tinggi yang tepat, jenama kasut Batatelah mengeluarka koleksi kasut dengan teknologi baru bagi memastikan kasut tumit tinggi lebih selesa untuk dipakai.



BATA MALAYSIA



Teknologi dipanggil Insolia itu menyerap berat pemakai melalui tumit dan jari supaya si pemakai boleh memakai kasut tumit tinggi tiga kali ganda lama serta selesa berbanding biasa. Mengikut kajian dilakukan Bata, hampir 90 peratus wanita mengalami kesakitan ketika memakai kasut tumit tinggi.



BATA MALAYSIA



Pembangunan teknologi Insolia dengan pelapik di dalam kasut, mampu membantu mengimbangi antara berat dan tumit.


Memakai kasut tumit tinggi biasa boleh menyebabkan kaki bengkak namun teknologi Insolia mengubah semua itu dengan memberikan keselesaan kepada si pemakai kasut tumit tinggi.

KEDAI KASUT BATA PUSAT SEHENTI KELUARGA UNTUK KASUT DAN BEG





BATA MALAYSIA


Kedai KAsut Bata juga dikatakan sebagai Pusat sehenti bagi seisi keluarga untuk membeli-belah keperluan kasut serta beg tidak kira jantina samada untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Ia sangat memudahkan buat anda yang bekeluarga khususnya. Tidak perlu ke lain-lain tempat untuk membeli kasut. Tambahan lagi Bata sedang mengadakan Promosi Hebat Sempenah hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma.




BATA MALAYSIA


 

SHOPPING RAYA DI KEDAI KASUT BATA

 

SHOPPING RAYA DI KEDAI KASUT BATA



Baru-baru ini cik iena telah mengunjungi kedai kasut Bata yang terletak di Mid Valley . Cik iena berasa sangat teruja dengan koleksi-koleksi terbaru kasut tinggi bata tidak kiralah wedges mahupun kasut tumit tinggi .



SHOPPING RAYA DI KEDAI KASUT BATA
SHOPPING RAYA DI KEDAI KASUT BATA


Terdapat pelbagai jenis kasut tinggi yang trendy, elegen, cantik serta selesa untuk di miliki pada harga mampu milik di Kedai Kasut Bata. Malahan bukan sahaja kasut, Beg tangan juga ada di Jual di sini . Anda juga boleh suai padankan kasut dan juga Beg Tangan disini. Cik iena pasti anda akan rambang mata, sama seperti cik iena.

Baiklah jemput tonton Video Cik iena semasa di kedai kasut bata Mid Valley.






Okay di sini cik iena juga nak kongsikan Gambar Kasut tinggi dan beg tangan Hasil tangkapan cik iena tempohari.


SHOPPING RAYA DI KEDAI KASUT BATA
cik iena suka sangat kasut tinggi ni. Cantik dan selesa. hehe masa ambil gambar ni kasut ni da dirasmikan pun. tak tunggu raya pun haha

SHOPPING RAYA DI KEDAI KASUT BATA
Puas hati betul beli handbag beso. macam-macam cik iena boleh sumbat dalam ni. Tak perlu bawak beg kamera lagi hehe



KOLEKSI HARI RAYA BATA




Cik iena kongsikan juga sebahagian dari koleksi Kasut Raya Bata untuk tatapan anda  (^_~)


 KOLEKSI HARI RAYA BATA

 KOLEKSI HARI RAYA BATA

 KOLEKSI HARI RAYA BATA

 KOLEKSI HARI RAYA BATA

 KOLEKSI HARI RAYA BATA

 KOLEKSI HARI RAYA BATA

 KOLEKSI HARI RAYA BATA
yeayy ni la kasut raya cik iena. Cantik kan

 KOLEKSI HARI RAYA BATA

 KOLEKSI HARI RAYA BATA

 KOLEKSI HARI RAYA BATA




PROMOSI BERBELANJA SEBANYAK RM99 PERCUMA VOUCHER RM50 DAN TRENDY SCARF.

 

Trendy Scarf dan Voucher RM50 PERCUMA Dengan Pembelian RM99 di Kesemua Cawangan BATA MALAYSIA



Bersempena Hari raya yang bakal menjelma Bata Malaysia mengadakan
PROMOSI BERBELANJA SEBANYAK RM99 PERCUMA VOUCHER RM50 DAN TRENDY SCARF. Jadi kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang keemasan ini terutama buat anda yang bekeluarga .



Trendy Scarf dan Voucher RM50 PERCUMA Dengan Pembelian RM99 di Kesemua Cawangan BATA MALAYSIA


Insya Allah cik iena juga akan berkunjung sekali lagi ke Kedai Kasut Bata untuk membeli kasut idaman cik iena . Oleh kerana semasa cik iena hadir tempohari Promosi percuma scarf masih tidak di lancarkan. jadi semestinya cik iena akan membuat pilihan bijak tunggu promosi tersebut di lancarkan dan shopping serta dapatkan voucher RM50 dan Trendy Scarf tersebut. Cik iena harap dua pasang wedges yang cik iena nak beli dan kasut yang adik cik iena nak beli masih ada  lagi :)

GAMBAR DI KEDAI KASUT BATA MID VALLEY




BATA MALAYSIA

BATA MALAYSIA





BATA MALAYSIA


BATA MALAYSIA


BATA MALAYSIA

BATA MALAYSIA

BATA MALAYSIA

BATA MALAYSIA

BATA MALAYSIA


BATA MALAYSIA





Untuk Maklumat Lanjut Layari 


Website : http://bata.com.my/
FAcebook : Bata
Instagram : @batashoes  @batamalaysia
 Help Desk : 1800-22-2282
 










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com



Berbuka Puasa di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre

$
0
0

Berbuka Puasa di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre
Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di sebuah Cafe yang terletak di 1 Utama Shopping Centre bersama rakan-rakan blogger. Cafe yang di maksudkan adalah Delicious Cafe yang terletak di Level G New Wing (G316) berhampiran Victoria Secrect.
Ini merupakan pertama kali cik iena makan di sini. Makanan yang di hidangkan sememangnya menyelerakan. Antara yang menjadi kesukaan cik iena adalah Sawa-Duck-Ka Salad, One In A Melon Salad, Country Roast With The Most, Mad As A Croque Madame, Go Cheesed Lightning, Seashells By The Seashore Aglio Olio dan Pana "Kota" Kinabalu.
Jom cik iena kongsikan makanan yang cik iena makan di Delicious Café.  Setibanya cik iena di Delicious Café cik iena telah terlepas beberapa hidangan starter kerana cik eina tiba lewat kerana berpusing mencari parking. Sekitar jam 7 malam cik iena dah masuk 1 Utama new wing parking tapi hampir setengah jam cik iena cari parking. Rasa menyesal tak pergi parking outdoor T____T

Okay ini gambar hidangan starter dari rakan cik iena. Cik iena sempat merasa Saved By The Bell-acan dan Muchacho Nacho Platter.


Salt & Pepper Squid Delicious Cafe
Salt and Pepper Squid RM29

Salt & Pepper Squid iaitu  Sotong Celup Tepung.Resepi yang mudah tapi tetap sedap dan rangup walaupun sudah sejuk menurut rakan blogger. Dihidangkan juga dengan lemon yang perlu diperah atas sotong tu, sos tartar yang cukup pekat, berlemak dan juga garden greens salad. Salt & Pepper Squid ini berharga RM 29.



Salmon Else Delicious Cafe
Salmon Else RM22


Salmon Else mengandungi fresh Atlantic salmon yang dicurah virgin lemon olive oil dan lemon curd, horseradish sauce, Ikura, radish dan juga dill. Sangat fresh dan sedap Ala-ala Italian Sashimi . Salmon Else berharga RM22 sahaja


Saved By The Bell-acan Delicious Cafe
Saved By The Bell-acan RM18
Saved By The Bell-acan  mengandungi 4 ketul kepak ayam yang telah dimasak dengan sambal belacan, dan dihidangkan dengan sos cili Thai.  Menurut chef, ini merupakan inspirasi resepi kepak ayam dari Pulau Pinang yang menjadi kegemaran isterinya. Semasa cik iena makan memang terasa belacannya ditambah lagi dengan  sos thai sememangnya sangat enak. Saved By The Bell-acan ini berharga RM18 sahaja. 



Muchacho Nacho Platter Delicious Cafe
Muchacho Nacho Platter RM30


Muchacho Nacho Platter Dihidangkan bersama beef chili corn carne,  guacamole, sour cream, cheese dip, jalapenos dan pico de gallo. Hidangan Nacho ini sememangnya sangat sedap . Walaupun cik iena tiba lewat namun rakan-rakan blogger tidak henti-henti menjamah nacho. Ianya di jual pada harga RM30.
Okay setelah selesai 4 menu starter course. Menu seterusnya adalah Salad course.



Sawa-Duck-Ka Salad Delicious Cafe
Sawa-Duck-Ka Salad RM 28

Sawa-Duck-Ka Sala. Ia merupakan menu yang di inspirasi dari bumi Siam. Merupakan gabungan Buah Pomelo yang masih segar dan manis, daging itik yang dicincang, lengkap dihidangkan bersama timun, tomato julienne, daun mint, Thai basil, basil, bawang, cili merah yang dipotong halus, dan ditaburkan pula bijan dan makan bersama sos Thai. Ccara makannya pula seperti makan Yee Sang. Perlu dicurahkan sosnya dahulu, lepas tu semua bahan tadi digaul bersama. Sawa-Duck-Ka Sala di jual pada harga RM28.


One In A Melon Delicious Cafe
One In A Melon Salad RM 26



One In A Melon Salad mengandungi buah tembikai yang  dipotong dalam bentuk kiub, dimakan bersama lemon dressing, daun rocket, feta cheese, olives, mint, basil, pine nuts, balsamic pearls, basil oil, dan yoghurt ravioli. Ini merupakan pertama kali cik iena makan melon salad. Sedap juga, memenuhi citarasa cik iena gituw.
Okay selesai dua salad course cik iena makan main course pulak. Walaupun kekenyangan tapi cik iena tetap makan sebab hidangan makanan di Delicious Cafe sememangnya sangat-sangat sedap untuk dinikmati.




Country Roast With The Most Delicious Cafe
Country Roast With The Most RM 39

Country Roast With The Most merupakan  daging ayam yang diperap selama 48 jam dengan pelbagai jenis herba, dan ianya bakar pula selama kira-kira 30 minit. Ia dihidangkan dengan mashed potatoes, coleslaw, corn bread dan au jus. Kombinasi yang sangat sesuai dan sedap. Cik iena sangat suka rasa ayam yang di perap tersebut. Ayamnya juga sangat lembut dan rempah meresap ke dalam daging ayam tersebut. Country Roast With The Most di jual pada harga RM39.


Mad As A Croque Madame Delicous Cafe
Mad As A Croque Madame RM 30


Mad As A Croque Madame merupakan menu yang unik.Telur ayam di bakar separuh masak dengan roti yang dicurah sos keju, dan juga keju cheddar di lapisan dalam nya, yang diselang seli diapit bersama turkey ham dalam roti tu. Dihidangkan dengan mayonis, salad, dan sweet potato crosscut fries. Menu ini sesuai untuk di hidangkan ketika sarapan. Ianya di jual pada harga RM30.




Go Cheesed Lightning Delicious Cafe
Go Cheesed Lightning RM 45

Go Cheesed Lightning Delicious Cafe
Go Cheesed Lightning RM 45


Go Cheesed Lightning merupakan antara menu yang cik iena gemari walaupun cik iena sebenarnya bukanlah penggemar daging lembu. Cik iena baru sahaja berjinak-jinak memakan daging lembu ternyata menu ini telah berjaya membuat cik iena jatuh cinta pada rasa dagingnya yang lembut lagi sedap dengan perapan yang istimewa meresap ke dalam daging. Patty burgernya diperbuat daripada 100% US Black Angus Beef dan setiap patty seberat kira-kira 180gm. Apa yang specialnya beef patty ni? Ia terdiri dari  80% daging lembu dan hanya  20% lemak sahaja. Dagingnya pula dimasak medium cook, dan memang terasa kelembutan dagingnya bila kita gigit, dihidangkan pula dengan dua keeping lapisan keju, kepingan bawang, daun lettuce, tomato, dan pickles. Bertambah enak lagi apabila di hidang sekali dengan crosscut fries dan onion rings:) Go Cheesed Lightning dijual pada harga RM45.




Seashells By The Seashore Aglio Olio Delicious Cafe
Seashells By The Seashore Aglio Olio RM 42

Seashells By The Seashore Aglio Olio dihidangkan bersama fresh tiger prawns, squid, mussels, sundried tomatoes, button mushroom, parsley, basil, pangrattato dan juga hirisan cili padi. Menarik bukan dengan adanya cili api membuatkan ianya sangat sesuai dengan citarasa melayu. Tambahan lagi kesemua seafoods yang digunakan sangat segar tidak berasa hanyir.. Seashells By The Seashore Aglio Olio  ini di jual pada harga RM42



Duck Con-fit For A King Delicious Cafe
Duck Con-fit For A King RM 33


Duck Con-Fit For A King merupakan sejenis pasta yang dimasak menggunakan olive oil, bawang putih, bawang, baby spinach, sundried tomato, dan coriander. Dan bahan rencah utamanya semestinya daging itik dicincang dan dimasak bersama.  Duck Con-Fit For A King dijual pada harga RM33.




Dibs On The Beef Ribs RM 55
Dibs On The Beef Ribs RM 55


Hidangan Main Course terakhir adalah  Dibs On The Beef Ribs . Ia merupakan  Australian beef ribs yang dimasak secara slow cook selama 5 jam, dihidangkan bersama sweet potato crosscut fries, coleslaw, cornbread dan onion ring. Dibs On The Beef Ribs di jual pada harga RM55.


Choc-A-Block Lava Cake
Choc-A-Block Lava Cake
 

Hi-Tea Set Rm75++
Hi-Tea Set Rm75++

 Hidangan di akhiri dengan menu dessert iaitu  hidangan pencuci mulu Hi-Tea Set yang berharga RM 75++. Ia mengandungi Chocolate Lava Cake, Chocolate Dipped Strawberries, Scones With Whipped Cream, Boysenberry Jam and Butter, Croissant, Vanilla Twist Danish, Blueberry Strudel Danish, Cinnamon Whirl Danish, Salmon Crudo Cocktail, Tuna and Ham & Cheese Finger Sandwiches, Belacan Chicken Wings, and Tea or Coffee.




Pana Kota Kinabalu RM 22
Pana Kota Kinabalu RM 22


Antara hidangan dessert yang cik iena sangat suka adalah  Pana "Kota" Kinabalu . Ia sejenis dessert ala tradisi melayu, perisa bandung.  Dihidangkan bersama aiskrim vanila dan biji sago. Kombinasi yang sangat unik dan sedap. Ianya sangat menyelerakan.

Setelah selesai menikmati hidangan di sini cik iena sempat bergambar dengan Chef di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre 


Berbuka Puasa di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre





Menarikkan menu-menu dia, kalau lihat gambar makanan sangat menyelerakan begitu juga dengan rasanya. Kesemua Menu di atas boleh nikmati untuk berbuka puasa, ataupun waktu hari biasa selepas bulan Ramadhan nanti .Kepada anda di luar sana terutama yang berhampiran 1 Utama Shopping Centre jangan lupa cuba masakan di  Delicious Cafe ya :)



Untuk maklumat lanjut, sila layari :


Website : www.thedeliciousgroup.com
Facebook : Delicious 1 Utama
Instagram : @DeliciousCafeMy

Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping
Centre (New Wing), 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Tel: 603 7724 1086





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Diskaun 10% Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

$
0
0

Sepanjang Ramadhan ini pasti terdapat banyak Hotel mahupun restoran membuat tawaran istimewa bagi berbuka puasa di tempat mereka. Begitu juga denan De Palma Hotel. Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam bersama dengan rakan Blogger.


Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One


Apa yang Istimewanya di sini selain menyajikan pelbagai jenis makanan dengan 15 jenis gerai yang berbeza. Ianya juga menawarkan persembahan dari artis veteren yang tidak asing lagi iaitu Jay Jay. Selain dari persembahan JAy Jay istimewanya De Palma Hotel Shah Alam adalah  terdapat ceramah agama dan juga alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari pelajar Tahfiz ketika anda sedang berbuka puasa. Selain itu terdapat juga persembahan nasyid dari kumpulan Saff-One.



Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One
bersama rakan blogger


Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam  


Ramadhan  sinonim dengan kemeriahan pelbagai juadah yang mana ianya hanya muncul setahun sekali istimewa pada bulan ini. Kekangan waktu dan sebagai meraikan kejayaan diri menempuhi puasa seharian membuatkan ramai umat Islam memenuhi bazar-bazar Ramadhan untuk mencari juadah yang menepati selasa setiap kali tibanya waktu berbuka puasa. 

De Palma Hotel Shah Alam Menawarkan Menu Muhubah Tiga Kaum iaitu Melayu, Cina dan India


De Palma Hotel Shah Alam merupakan peneraju hotel yang berlandaskan syariah merupakan pilihan terbaik lokasi berbuka puasa untuk sepanjang bulan Ramadhan .  ‘Rasa Muhibah’ diangkat menjadi tema bufet Ramadhan pada kali ini. Muhibah merujuk kepada campuran tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menjadi asbab pemilihan tema menu tahun ini.

 Rasa Muhibah Hidangan Melayu



Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017
De Palma Hotel Shah Alam cukup terkenal dengan keenakan masakan ala kampung tradisi membariskan pelbagai juadah enak warisan masyarakat Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Assam Pedas Batang Keladi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tetel, Bendi Goreng Berlado, Talapia Merah Masak Lemak dengan Daun Kunyit, Pucuk Manis Masak Lemak dengan Keledek, Siput Sedut Masak Lemak, Telur Itik Masak Lemak dan banyak lagi. Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam. 

 Rasa Muhibah Hidangan Cina



 Rasa Muhibah Hidangan Cina
Rasa Muhibah kedua iaitu hidangan istimewa yang berasal daripada masyarakat Cina turut menampilkan menu-menu seperti Daging Masak Halia, Sayur Kailan Ikan Masin, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Bercili, ‘Egg Foo Yong’, ‘Lemon Chicken’ dan pelbagai lagi. 

 

Rasa Muhibah Hidangan India



Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017
Sebagai pelengkap tema Rasa Muhibah, menu masakan India turut diselitkan bersama. Barisan juadah yang disediakan adalah seperti Kambing Masala, Kari Ikan dengan Bendi, Sayur Aloo Gobi, Acar Terung, Daging Varuval, Ayam Goreng Berempah, Ayam Tikka, Kari Kambing dengan Ubi Kentang, Petola Goreng, Ayam Tandori, Kambing Masala dan sebagainya. 



Menu-menu yang disediakan adalah berbeza dari hari ke hari sekaligus memberi kelainan dan keterujaan kepada pengunjung yang datang sekalipun mereka berkunjung dengan kadar yang kerap.

De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Bazar Ramadhan


De Palma Hotel Shah Alam sangat menitikberatkan keselesaan para pengunjung kerana pihak hotel  memberi para pengunjung menimba pengalaman seperti berkunjung ke bazar Ramadhan atau  tanpa perlu memecah keringat dan berasak-asak dalam lautan manusia seperti lazimnya.

Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017


Istimewa kali ini, gerai Ikan Bakar Portugis, Sengkuang Calit, Jambu Batu Asam Boi, Kambing Golek dan Bulgogi yang pasti membuat para pengunjung tersenyum lebar. Tidak ketinggalan masakan India seperti Capati, Vadey, Tosei, Rojak Mamak, Puri serta pelbagai lagi.

Menu-menu utama yang menjadi kegilaan pengunjung setiap kali bufet Ramadhan diadakan seperti Char Kway Teow, Mee Goreng Mamak, Ikan Keli Goreng, Goreng-goreng dan Cucur juga di sediakan di sini.



De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Bazar Ramadhan


De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Lauk Pauk Kenduri



De Palma Hotel Shah Alam Saji Makanan Lauk Pauk Kenduri

Kepelbagaian hidangan yang dihidangkan ditambah seri dengan lauk pauk kenduri atau dikenali dengan lauk pengantin yang diberi sentuhan moden sesuai dengan citarasa golongan muda masa kini selain mengekalkan sebahagian ciri-ciri asli lauk tersebut. Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Bukhari beserta lauk pauk terkenal yang tak lapuk ditelan zaman seperti Daging Masak Hitam Manis, Ayam Masak Merah, Daging Rendang juga dihidangkan pada setiap hari.

De Palma Hotel Shah Alam Saji Hidangan Kanak-kanak


Selain itu ianya juga menyediakan hidangan pilihan buat kanak-kanak. Antaranya adalah Jejari Ikan Goreng, Sosej, Nasi Ayam dan tidak ketinggalan pencuci mulut kegilaan kanak-kanak malahan juga orang dewasa iaitu aiskrim dan ABC juga turut disediakan.

Untuk bahagian minuman pula, selain kordial pelbagai perisa, tahun ini turut di hidangkan air kopi yang diperbuat daripada kopi asli tempatan selain teh tarik yang mempunyai aura tersendiri .

De Palma Hotel Shah Ala menyelitkan Pengisian Rohani dan Persembahan Artis


Sejajar dengan pematuhan syariah yang diterapkan, sedikit pengisian rohani diselitkan bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Alunan Qasidah yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahfiz jemputan akan mengisi ruang masa sebelum tibanya waktu berbuka puasa disusuli dengan laungan azan Maghrib secara langsung di dewan berbuka puasa.



De Palma Hotel Shah Ala menyelitkan Pengisian Rohani dan Persembahan Artis


Sedikit tayangan khas Ramadhan akan dipertontonkan semasa solat maghrib bagi mengisi ruang waktu sebelum forum santai bersama penceramah jemputan bermula yang akan dikendalikan oleh kumpulan Saff-One. Kumpulan Nasyid Saff-One juga akan mempersembahkan alunan lagu-lagu nasyid sebagai santapan halwa telinga. Istimewa pada tahun ini, penyanyi terkenal Jay Jay diundang khas untuk menghiburkan setiap pengunjung yang datang dengan lagu-lagu beliau yang cukup enak didengar.

Video Persembahan Jay Jay

Berikut merupakan salah satu dari persembahan artis veteren yang tidak asing lagi Jay Jay.




De Palma Hotel Shah Alam Menyediakan Imam buat Solat Terawikh Berjemaah

De Palma Hotel Shah Alam tidak hanya menyediakan bufet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Solat terawikh akan diimamkan oleh Imam Residen De Palma Hotel Shah Alam.

Harga Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel



Harga Bufet Ramadan 2017 De Palma Hotel


De Palma Shah Alam

Dewasa : RM 69.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM34.00

De Palma Ampang

Dewasa : RM 80.00
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM40.00

De Palma Kuala Selangor

Dewasa : RM 49.90
Kanak-Kanak (6 -12 tahun) : RM25.00

Untuk kanak-kanak 5 tahun dan kebawah percuma

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dengan Kod : Blog ienaeliena.com


Istimewa buat anda yang membaca artikel ini anda boleh mendapatkan diskaun 10% dengan menyatakan Kod : Blog ienaeliena.com  ketika membuat tempahan. (Voucher sah di semua rangkaian De Palma Hotel)

Senarai De Palma Hotel


De Palma Hotel Shah Alam

19/15, Jalan Nelayan, Seksyen, 40300 Shah Alam, Selangor

De Palma Hotel Ampang

Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya, Malaysia

De Palma Hotel Kuala Selangor

Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia





Gambar di  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017




Di sini cik iena ingin kongsikan beberapa lagi gambar di dalam koleksi kamera cik iena  semasa cik iena berbuka puasa di sini. Maaf cik iena tak dapat ambil gambar makanan sebelum berbuka kerana cik iena tiba lewat .
 


Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One
 
Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One

Diskaun 10%  Bufet Ramadan De Palma, Shah Alam 2017 Bersama Jay Jay dan Saff-One


Wokies, kepada anda yang tinggal di Shah Alam dan  berdekatan Shah Alam Khususnya jangan lupa cuba berbuka puasa di sini ya dan dapatkan diskaun 10% dengan menyatakan kod Blog ienaeliena.com :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam

$
0
0
Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land

Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis berbuka puasa dan Sidang Media Riuh Raya IJM Land bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam yang bakal diadakan pada 15 Julai 2017 bertempat di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery.

Riuh Raya 2017 bersama IJM Land Erat Sillaturrahim

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Sambutan Riuh Raya 2017 bersama IJM Land ini adakan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan .Program seperti ini juga akan mengeratkan sillaturrahim diantara pengunjung yang hadir bersama keluarga terutamanya. Bukan itu sahaja, jika anda bertuah, anda akan dapat pelbagai jenis hadiah pada hari tersebut termasuklah menikmati buffet makanan yang disediakan oleh IJM Land.  

 Permainan 'Spin The Wheel' dengan Pelbagai Hadiah menarik

Selain daripada itu, anda juga boleh mengabadikan kenangan anda dalam bentuk gambar di photo booth Riuh Raya 2017. Lebih menarik lagi jika anda sertai permainan 'Spin The Wheel' dan anda  berpeluang untuk memenangi pelabgai hadiah yang menarik. Kepada kanak-kanak pastinya kehadiran di sambutan Riuh Raya 2017 ini lebih meriah dengan  duit raya yang bakal di berikan oleh pihak IJM Land :)

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam 


Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land

Riuh Raya 2017 IJM Land ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Malaysia seperti Akim & The Majistret, Stacy yang akan membuat persembahan ketika majlis tersebut dan majlis ini akan  diacarakan oleh Adam AO dan Zulin Aziz yang semestinya  havoc dan menceriakan . Kepada anda yang tinggal di Seremban dan juga kawasan yang berdekatan  jangan lepaskan peluang ini untuk temuai Artis kesayangan anda :)


Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Rebat istimewa sehingga RM10,000

Selain dari persembahan artis, apa yang menarik lagi adalah,istimewa buat pengunjung pada hari tersebut,  IJM Land turut menawarkan rebat istimewa sehingga RM10,000 untuk pembelian beberapa hartanah yang terpilih. Kepada mereka yang berminat. Jadi inilah masanya untuk anda merebut peluang ini.

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land


Jangan lupa save the date tau. Kunjungi  Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land Bersama Akim & Majistret, Stacy, Zulin n Adam  di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery pada 15 Julai 2017 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.


Gambar di sekitar Majlis Berbuka Puasa dan Hebahan Media Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land 



Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
bersama rakan blogger

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
comel kan kami pakai baju kurung cotton  :)




Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land



Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
cik iena sempat selfie bersama stacy dan akim yang sememangnya peramah :)

Sambutan Riuh Raya 2017 IJM Land
yeayy selfie bersama Jasmeen, anak kepada rakan blogger 


Pstttttt jangan lupa tau 15 Julai 2017 ni :)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tukar dan Jimat dengan Produk Watsons

$
0
0



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Baru-baru ini cik iena telah berpindah ke rumah baru . Jika sebelum ini cik iena hanya menyewa bilik, sekarang cik iena menyewa sebuah rumah. 
Maka dengan itu sudah pastinya perbelanjaan harian cik iena meningkat lebih dari 100% dari yang sebelumnya.

Jadi bagi merancang perbelanjaan yang bijak cik iena mula bertukar jenama produk untuk penjimatan yang maksimum agar cik iena dapat mengawal keewangan cik iena  dengan baik. 
Tukar jenama bukan lah bermaksud memilih jenama yang tiada kualiti tetapi memilih jenama yang sama kualiti atau kualiti yang lebih bagus tetapi pada harga yang berpatutan.

Almaklumlah perbelanjaan cik iena sekarang semakin meningkat bila dah menyewa sebuah rumah. 
Bayangkan cik iena juga ada membeli sebuah rumah di kampung untuk keluarga. 
Rumah tersebut cik iena perlu bayar, rumah sewa di Kuala Lumpur juga perlu di bayar, kereta dan juga perbelanjaan lain.

Memang terasa drastik sangat perbelanjaan cik iena ni semenjak pindah ke rumah yang baru.

Maka dengan itu cik iena perlu lah mengambil langkah berjimat. Antara salah satu langkah yang cik iena buat adalah dengan menukar produk-produk berjenama yang cik iena gunakan ke jenama yang biasa atau yang lebih murah pada kualiti yang bagus.
Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Okay cik iena nak kongsi dengan anda semua salah satu produk yang cik iena tukar jenama dan berjimat yang mana sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan cik iena.
Sebagai contoh cik iena bertukar Mouth Wash dari  jenama X kepada Mouth Wash jenama Watsons yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding jenama lain disamping kualiti yang sama. 



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons

Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
nampak tak brand watsons menjadi pilihan umum terlebih dahulu berbanding brand lain. jika rujuk pada paparan harga pun jelas menunjukkan perbezaan harga yang sangat ketara


Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons
Terdapat 4 pilihan Mouth Wash dari  jenama Watsons untuk pilihan anda. Cik iena Gemar menggunakan Cool Mint Mouth Wash


Apa yang menarik  lagi di watsons anda akan mendapat diskaun jika anda membeli "Purchase With Purchase"jadi disini juga cik iena dapat lebih berjimat. Dengan setiap pembelian RM20 atau apa-apa produk jenama watsons anda layak untuk membeli PWP product dengan diskaun sebanyak 30%. 
Jimat bukan, tapi sebelum tu pastikan anda semua telah menjadi ahli watsons supaya anda dapat kumpul mata dan dapatkan lebih banyak leagi keistimewan sebagai ahli.
Untuk pengetahuan banyak lagi produk jenama watsons yang terdapat di watsons. jadi ambil-ambil lah masa untuk anda lihat dan teliti produk manakah yang perlu anda tukar dan jimat . Cik iena semestinya akan cuba terlebih dahulu kualiti nya dan bandingkan kualiti serta harga. Cik iena akan memilih kualiti yang baik pada harga yang murah berbanding kualiti yang baik pada harga yang tinggi. Jika sekiranya ianya lebih berkualiti pada harga yang murah sudah tentu cik iena akan tukar.



Tukar dan Jimat  dengan Produk Watsons

Cik iena mula bertukar jenama salah satunya kerana faktor keewangan di sebabkan cik iena berpindah dari bilik ke rumah sewa jadi kos sara hidup sangat tinggi dan satu lagi adalah kerana di sebabkan terpengaruh dengan artis-artis Malaysia yang terlibat dalam kempen Switch And Save Watsons

Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons 

Kempen Tukar dan Jimat dengan Jenama Watsons ini   menyarankan pengguna membeli barangan berkualiti sekali gus dapat berjimat dari pembaziran. Watsons mempunyai banyak cawangan di seluruh pelusuk Malaysia dan seterusnya  menjadikan ianya sebagai farmasi utama untuk kecantikan dan kesihatan. 

Watsons telah mengekalkan kualiti produk dan mempelbagaikan pelbagai jenama dari barangan penjagaan peribadi, keperluaan kecantikan, dan barangan kesihatan tanpa menjejaskan kualiti yang terbaik.

Setiap barangan yang ada di dalam farmasi Watsons telah diuji selama 18 bulan melalui proses penghasilan untuk memastikan barangan tersebut dalam keadaan yang berkualiti dan terbaik disampin itu sangat'value for money'

Okay selain dari Mouth Wash yang cik iena tunjuk terdapat banyak lagi barangan jenama watsons yang boleh kita pertimbangkan untuk tukar dan jimat.
Terdapat pelbagai rangkaian produk dari watsons seperti produk penjagaan kulit , rambut, produk mandian, produk penjagaan kesihatan, produk penjagaan peribadi dan banyak lagi katagori produk  yang boleh cik iena dapatkan pada harga yang murah tetapi berkualiti :)
Okay kalau nak tau boleh lihat di  watsons brands

Wokay jom sama-sama kita tukar dan jimat dengan rangkaian produk watsons :)
Anda juga boleh membuat pembelian online di  http://www.watsons.com.my










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

$
0
0



Hai semua Hari ni cik iena nak kongsi Oxygenating mask dari Bliv yang cik iena cuba . Oxygenating mask ni di panggil O2 Bubbly Bright Facemask .



Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

 

Oxygenating mask




Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

Bliv O2 Bubbly Bright Facemask merupakan Oxygenating mask yang menggabungkan gelembung oksigen dan tepung beras untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit. Dengan pemakaian Bliv O2 Bubbly Bright Facemask anda akan rasakan krim tersebut berubah menjadi buih lembut yang berfungsi untuk merendam kekotoran sementara manik lembut merah secara perlahan akan cair bagi tujuan mengelupas lembut kulit anda dan seterusnya  apabila di cuci  kulit anda akan terasa lembut, licin dan bercahaya.

Kebaikan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

purifying + brightening +exfoliating 


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask ini mampu membersihkan wajah secara mendalam  untuk menanggalkan sisa-sisa kotoran degil khususnya dan seterusnya ianya juga akan mengelupaskan sisa-sisa kulit mati yang tidak diperlukan pada wajah dan hasilnya kulit wajah akan lebih cerah dari biasa.

Penggunaan yang berterusan akan membuatkan wajah anda semakin cerah dan berseri :)


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless
Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

 

Bahan-bahan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

O2 Bubble (Purifying)

  • Bubble ini akan terus menembusi kulit untuk membasuh lubang-menyumbat, kekotoran, serpihan dan minyak yang berlebihan

 Rice Powder/Serbuk beras (Brightening)

  • Ia membantu melembapkan dan mencerahkan; Meninggalkan kulit cerah, lembut dan penuh dengan kilau.

Red Soft Beads (Exfoliating)

  • Manik selulosa merah yang mencairkan untuk mengelupas permukaan kulit yang mati, menyebabkan kulit lembut, licin dan bercahaya. 



Cara Penggunaan Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

1. Sapukan sedikit ke muka dan urut perlahan-lahan. Bubbles akan terbentuk.
2. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Urut sekali lagi untuk pembersihan yang lebih mendalam.
4. Bilas dengan air suam dan teruskan dengan langkah-langkah penjagaan kulit yang tinggal.

 Review Bliv O2 Bubbly Bright Facemask


Bliv O2 Bubbly Bright Facemask untuk Kulit Flawless

Buat penggemar facemask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika ianya menghasilkan buih. terasa lah seperti ada kerja-kerja pembersihan di lakukan. Selepas cuci muka memang kulit akan lebih licin. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.

Tips Kulit flawwless

Jadi cik iena cadangkan sebelum nak mengenakan solekan. Untuk hasil yang terbaik pakai facemask ni dulu untuk mendapatkan kulit licin, halus dan mulus bagi menghasilkan solekan yang flawless :)

Harga Bliv O2 Bubbly Bright Facemask

 

Harga : RM 99

Pada yang berminat untuk cuba jom dapatkan di website mereka . Sila Klik http://bit.ly/bubbly-mask


Untuk maklumat lanjut layari










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my

$
0
0

Assalammualaikum, hari ini cik iena nak buat artikel ringkas mengenai  tutorial membayar zakat fitrah secara online di  zakat2u.com.my .KEnapa cik iena buat sebab cik iena baru je lepas bayar zakat secara online. Cik iena sememangnya mengalami kekangan masa . jadi cik iena memilih untuk membayar zakat fitrah secara online.

Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my



Jika sebelum ini cik iena membayar melalui sms di mana sistem tersebut cik iena sendiri yang kendalikan tapi tahun ini syarikat cik iena dah tak ambil projek tu . Jadi cik iena kembali ke pembayaran online sepertimana yang cik iena buat sebelum ini.


Sekarang da banyak penambahbaikan pada sistem yang cik iena nampak.

Okay jom cik iena tunjuk screenshoot. Mungkin ada yang da tau dan mungkin juga masih belum tau. 
Well, sharing is caring :)
Untuk membayar zakat secara online klik https://www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
 
Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
page yang keluar selepas login, kalau masih tiada id sila daftar. Maaf cik iena terlepas step login. Daftar apatah ;agi sebab cik iena da lama berdaftar  since tahun 2012




Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
pilih jenis zakat dan jumlah bilangan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
jangan lupa baca niat zakat tau kawan-kawan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
pilih bank

Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
request tac dan masukkan



Tutorial Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online di zakat2u.com.my
selesai



okay boleh cetak resit untuk rujukan
okay boleh cetak resit untuk rujukan




Haa mudah bukan, Jika sebelum ni takde resit macam ni kalau tak silap cik iena. Last cik iena bayar zakat secara online pada tahun 2015 . Maaf cik eina letakwatermark ter resize screenshoot sekali jadi kecik..haha

Wokay semua jangan lupa tunaikan rukun islam ke tiga kita iaitu menunaikan zakat

Untuk maklumat Lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/myzakat
Twitter : https://twitter.com/ppzwp
Youtube : https://www.youtube.com/user/ppztv



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Guna Simkad Tronexus dan Berpeluang Menang Sebuah BMW 330e Sport

$
0
0


Guna Simkad Tronexus dan Berpeluang Menang Sebuah BMW 330e Sport


Pernahkah anda impikan memilike sebuah kereta Sport. Cik iena yakin pasti anda mengimpikan sebuah kereta mewah terutama pada golongan muda pasti anda mengimpikan sebuah kereta sport. Kini anda berpeluang untuk memiliki sebuah kereta idaman BMW 330e Sport .
 
Guna Simkad Tronexus dan Berpeluang Menang Sebuah BMW 330e Sport
Guna Simkad Tronexus dan Berpeluang Menang Sebuah BMW 330e Sport
 

More Easier 2 Win | Lebih Mudah 2 Win


Cik iena ingin kongsikan berita baik dari Tronexus Global yang mana mereka  sedang  menganjurkan cabutan bertuah More Easier 2 Win . Dengan pertandingan cabutan bertuah ini ianya mungkin dapat merealisasikan impian untuk memiliki kereta mewah anda.
 
 





Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu :)


Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua Ahli Premium Tronexus dimana hadiah utamanya merupakan sebuah BMW 330e Sport. Manakala tempat kedua pula berupa Proton Persona 1.6 Executive CVT.
 
Selain daripada itu terdapat 23 hadiah lain yang merangkumi pakej perlancongan, motorsikal, Tv, gajet & basikal untuk dimenangi.

Untuk pengetahuan, Cabutan Bertuah ini berlangsung dari 21 Jun hingga 30 September 2017.

Apa yang anda perlu lakukan untuk melayakkan diri untuk menyertai pertandingan ini adalah anda hanya perlu mendaftar menjadi Ahli Premium di Tronexus untuk sertai cabutan bertuah ini.
 

Wah, menarik kan hadiahnya.
 
 
Pasti ada yang tertanya-tany apa itu Tronexus ? Okay cik iena terangkan sedikit mengenai Tronexus.
 
 

Tronexus Global Sdn Bhd

 
Tronexus Global Sdn Bhd
Tronexus Global Sdn Bhd
 
 
Tronexus Global Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Talk Focus Sdn Bhd dan juga syarikat di sebalik simcard Tronexus . Ia merupakan satu-satunya kad simcard yang membolehkan ahli-ahlinya menjana pendapatan pada kadar dan masa mereka sendiri menggunakan hanya telefon bimbit mereka.


Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan sedikit perubahan pada kontest yang mereka anjurkan sejak tahun lepas untuk memberi lebih perluang kepada pelanggan dan penyokong mereka untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Tronexus sentiasa berusaha memastikan ahli mereka sentiasa dihargai dengan menawarkan hadiah berserta manfaat terbaik buat mereka bagi membolehkan mereka menjadikan Tronexus sebagai peluang menjana pendapatan sendiri dan kekal berjaya bersama-sama.
 


Jana Pendapatan Dengan Tronexus

Menurut Dato’ Sri Eric Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Talk Focus Sdn Bhd, Model perniagaan Tronexus membolehkan ahlinya memperoleh pendapatan sampingan tanpa perlu mengorbankan waktu kerja yang lama.

Guna Simkad Tronexus dan Berpeluang Menang Sebuah BMW 330e Sport


Dengan modal ini, Tronexus menyediakan peluang kepada suri rumah dan juga pekerja pejabat yang mencari pendapatan tambahan tetapi tidak mempunyai masa terluang disebabkan oleh kehidupan dan komitmen mereka yang sibuk.



Guna Simkad Tronexus dan Berpeluang Menang Sebuah BMW 330e Sport


Selain memberi pendapatan kepada ahli, Tronexus juga memberikan beberapa manfaat buat ahlinya untuk dinikmati.

Untuk menjana pendapatan melalui Tronexus, memerlukan penggunanya mendaftar keahlian sebagai Ahli Premium Tronexus sekaligus melayakkan mereka menikmati beberapa manfaat.

Dengan mengajak orang lain menjadi Ahli Premium Tronexus membolehkan mereka menikmati komisen berturusan secara berperingkat termasuk bonus tambahan yang boleh dijadikan pemangkin untuk anda aktif menjana pendapatan dengan Tronexus.
 
Selain daripada itu, Setiap Ahli Premium Tronexus  yang didaftarkan dibawah anda, akan melayakkan anda menerima 500Mb data secara PERCUMA, manakala mereka pula akan menerima 1Gb data bila keahlian Premium Tronexus mereka diaktifkan. 

Menarik bukan ? semakin ramai yang menyertai di bawah anda semakin banyak data percuma yang anda terima.

Ada lagi yang lebih menarik, Kepada anda yang Daftar keahlian Premium Tronexus dalam tempoh hingga 30 September 2017,  anda layak untuk menyertai cabutan bertuah dimana hadiah utamanya berupa sebuah BMW 330e Sport.


Bagaimana Untuk Menang BMW 330e Sport Dengan Tronexus



Bagaimana Untuk Menang BMW 330e Sport Dengan Tronexus

 
Pertandingan  cabutan bertuah ini hanya dibuka kepada Ahli Premium Tronexus sahaja. Bermakna anda perlu mendaftar sebagai Ahli Premium Tronexus.
Melalui mekanisme kontest terbaru ini, Ahli Premium Tronexus berhak mendapat 1 tiket Cabutan Bertuah bagi setiap ahli Premium T.A.S.K yang berjaya mendaftar dibawahnya (referral).

Bagi yang baru menjadi Ahli Premium atau ahli Tronexus yang dinaikkan keahlian mereka ke Keahlian Premium akan layak mendapat 2 Tiket Cabutan Bertuah.

Lebih banyak tiket, maka lebih tinggi peluang mereka untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
 
Kepada anda yang ingin menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal yang besar serta masa yang banyak anda boleh menjana pendapatan dengan simcard Tronexus di samping anda berpeluang memenangi  Sebuah BMW 330e Sport.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabutan Bertuah dan Bagaimana untuk menjadi Ahli Premium Tronexus, sila layari www.tronexus.com.








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com



7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala

$
0
0

Memiliki penyaman udara sudah menjadi satu kemestian untuk setiap rumah di Malaysia bagi yang mampu. Ada yang pilih untuk pasang penyaman udara di ruang umum seperti ruang tamu, ruang makan atau ruang keluarga agar semua isi rumah dapat menikmati keselesaan bersama. Ada juga yang pilih untuk pasang penyaman udara di bilik tidur dan hanya digunakan pada waktu tidur.

Tak kisah di mana penyaman udara tersebut dipasang, yang lebih penting ialah memastikan setiap unit penyaman udara itu diservis secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terdapat banyak kesan buruk jika penyaman udara itu tidak dijaga dengan baik. Antaranya ialah:

1. Udara di dalam rumah akan tercemar

Setiap kali penyaman udara anda diservis, penapis udara adalah perkara pertama yang akan dicuci oleh pakar penyaman udara. Jika tidak dicuci, habuk akan terkumpul pada penapis di dalam unit penyaman udara. Lama kelamaan kulat juga akan mulai tumbuh di dalam dan sekitar unit penyaman udara tersebut. Seterusnya udara yang dihembus oleh penyaman udara tadi menjadi tidak berkualiti dan tercemar.


2. Kerosakan pada penyaman udara akan menjadi lebih serius

Jika penyaman udara anda selalu diperiksa oleh pakar penyaman udara, sebarang kerosakan kecil atau wear-and-tear dapat dikesan dan dibaiki dengan segara. Tetapi jika pemeriksaan menyeluruh hanya dilakukan beberapa tahun sekali, kerosakan yang pada mulanya adalah kecil mungkin sudah menjadi lebih serius. 


7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala



3. Tiada lagi udara sejuk keluar dari penyaman udara

Kekurangan gas penyejuk dan penapis udara yang terlalu kotor adalah antara punca utama yang menyebabkan penyaman udara tidak dapat mengeluarkan udara yang sejuk. Semasa servis berkala dilakukan, pakar penyaman udara boleh selesaikan masalah ini dengan segera.

4. Penggunaan elektrik akan jadi lebih tinggi

Apabila berlaku kerosakan, kecil atau besar, unit penyaman udara anda perlu bekerja lebih keras. Tahap penggunaan elektrik oleh unit penyaman udara tadi tidak lagi efisien seperti sedia kala. Jadi, dapatkan khidmat pakar penyaman udara untuk periksa kondisi penyaman udara anda.

5. Penyaman udara anda akan mengeluarkan bunyi bising

Seperti kereta, jika anda terdengar sebarang bunyi pelik anda pasti akan syak terdapat sebarang kerosakan pada kereta itu. Begitu juga dengan penyaman udara. Kadangkala bunyi kipas akan menjadi terlalu kuat jika berlaku kerosakan. Selain itu, perhatikan juga lampu kecil yang menyala pada unit penyaman udara anda. Sesetangah model penyaman udara akan memberikan signal kerosakan melalui lampu tersebut. 

7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala



6. Air akan menitis keluar dari penyaman udara

Ini akan berlaku jika julat suhu didalam dan luar bilik terlalu tinggi, dan jika penapis pada unit penyaman udara atau paip yang mengeluarkan air ke unit luar telah tersumbat. Setiap kali pemeriksaan berkala dilakukan, pakar penyaman udara akan pastikan bahagian-bahagian ini dicuci dengan rapi.


7. Jangka hayat penyaman udara akan lebih singkat

Seperti barangan lain, jika tidak dijaga dengan baik, jangka hayatnya pasti akan menjadi lebih singkat. Memandangkan anda telah mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak untuk membeli dan memasang unit penyaman udara tersebut, adalah wajar untuk anda menjaga pelaburan anda itu dengan baik.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Saya harap anda kini lebih faham yang penyaman udara haruslah diservis secara berkala. Jadilah pengguna bijak, dimana jua anda berada!

Layari Recommend.my untuk berhubung dengan pakar penyaman udara (servis ac) dari seluruh Lembah Klang. Selain servis penyaman udara, Recommend mempunyai 7000+ penyedia khidmat profesional sedia untuk bantu anda menjadikan kediaman anda lebih nyaman dan selasa. 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics

$
0
0
Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics


Face Mask atau Topeng Wajah  digunakan untuk menghalus, melembut dan mencantikkan wajah. Ianya juga digunakan untuk membersihkan dan memperbaiki liang-liang kulit. Cik iena sememangnya sangat gemar memakai Face Mask dan membeli serta mengumpul pelbagai jenis Face Mask.


3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics



Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics

 
Baru-baru ini cik iena telah mencuba Stem Cell Mask  dari Mein Cosmetics yang mana ianya didatangkan bersama dengan pembersih wajah (foaming cleanser) dan krim muka (Special Ampoule) .

Ini merupakan kali pertama cik iena jumpa Face Mask yang didatangkan sekali bersama Pembersih wajah dan krim wajah. Kebiasaannya face Mask yang cik iena beli hanya terdapat Face Mack sahaja .

Hanya dengan tiga langkah mudah sekurang-kurangnya dua hari sekali , anda akan dapat kulit yang lembut , lembab serta berseri-seri. Untuk pengetahuan cik iena mengamalkan pemakaian face mask sekurang-kurangya dua hari sekali untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Memandangkan usia cik iena dalam lingkungan 3 series cik iena sangat perlu menjaga kelambapan kulit untuk memastikan kulit kekal cantik dan tegang. Face Mask dari Mein Cosmetics ini berjaya menambat hati cik iena.

Dengan pemakaian Mein Stem Cell face mask  yang konsisten juga ianya dapat mencerahkan lagi kulit wajah.



Produk jenama MEiN adalah produk Korea pertama yang mendapat kelulusan HALAL



First Halal Korean Skincare

Produk jenama MEiN adalah produk Korea pertama yang mendapat kelulusan HALAL. Selain itu ianya mempunyai kelulusan notification (NOT) dari National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah KKM. Produk ini mempunyai kualiti produk setaraf jenama ternama dunia .



First Halal Korean Skincare


First Halal Korean Skincare



Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics 




Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics





  



Jemput tonton video review cik iena ya. Bolehlah dengar cik iena membebel :)


Video Review 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics







Review 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics



Buat penggemar face mask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika membuka topeng tersebut. Kulit wajah kita akan terasa lebih licin, lembut, gebu dan flawless. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.


Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
Gambar Sebelum memakai face mask (pada hari yang sama)


Haruman dari face mask ini juga wangi dan menenangkan . Kebiasaannya jika cik iena pakai pada waktu malam cik iena akan buka pada waktu pagi semasa bangun dari tidur. Bau dari face mask ini serta rasa sejuknya sememangnya akan membuat kita tidur lena :)

Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
best giler pakai face mask ni wangi dan sejuk semestinya




Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
Gambar selepas memakai face mask (pada hari yang sama)


Dengan pemakaian Mein Stem Cell face mask  yang konsisten juga ianya dapat mencerahkan lagi kulit wajah.

Tips Solekan flawless



Untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik dan flawless  cik iena cadangkan anda menggunakan face mask ini sebelum mengenakan solekan iaitu ketika waktu malam sebelum bersolek atau seeloknya lebih cantik sejam sebelum mengenakan solekan.

Untuk Hasil Solekan boleh lihat Video Review cik iena di atas ye. Yang video ni  hasil solekan tu memang beberapa minit sebelum bersolek cik iena pakai face mask ni (^_~)





Untuk Maklumat Lanjut :

Instagram : https://www.instagram.com/meincosmetics/
Website : http://aimkbeauty.com.my/
whatsapp : +60 14 672 2279
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pameran Artifak Rasulullah S.A.W di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

$
0
0

Assalammualaikum semua, Alhamdulillah baru-baru ini cik iena berkesempatan ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ).


Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

27 Artifak Asli di Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W 


Pameran ini membawakan 27 Artifak yang dipamerkan kepada para pelawat. Selain melihat artifak Rasulullah SAW, anda juga berpeluang melihat artifak para sahabat, tokoh-tokoh islam yang terdahulu dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan anda, Artifak yang dipamerkan adalah tulen, ianya dibawa khas daripada pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

Berikut cik iena kongsikan antara gambar Artifak Asli yang sempat cik iena ambil.


Kereta Kuda Istiadat Kerajaan Solo


kereta kuda istiadat kerajaan solo

Kereta Kuda (Panglima Ulung) Kereta kuda (Kiai Pengiran Agong) 1898 berasal dari Kerajaan Solo. Dibina di Holland (Belanda) dan diubahsuai di Solo. Digunakan bagi pengangkutan pembesar-pembesar istana dan istiadat keraian raja-raja dan pembesar luar negara yang berkunjung ke Solo. Pengiran Ulung pernah menggunakan buat pertama kali untuk acara Istiadat Keberangkatan Pembesar Brunei ke Solo dalam tahun 1942. Terdapat beratus-ratus kereta kuda dalam Kerajaan Melayu Nusantara bagi kegunaan kenderaan pengangkutan kerajaan, istana, dan Pembesar agama.




kereta kuda istiadat kerajaan solo
Cik iena bergambar di Kereta Kuda Istiadat Kerajaan Solo

Jam Matahari Mesir Kuno


Jam Matahari Mesir Kuno
Jam Matahari Mesir Kuno

Masyarakat Mesir kuno telah mengajarkan dunia mengenai pentingnya waktu. Untuk itu mereka telah menemukan jam yang pada saat itu mereka menggunakan dua jenis jam, yakni jam matahari dan jam air. Jam matahari dibuat dengan bentuk obelisk (tiang) yang dipancangkan di atas tanah. Mereka lantas mengamati pergerakan dari bayangan obelisk itu dan kemudian membaginya menjadi beberapa zona waktu.





Batu Masjid Quran
Batu Masjid Quran




Kunci Makam Ashabul Kahfi


Kunci Makam Ashabul Kahfi
Kunci Makam Ashabul Kahfi

KISAH ASHABUL KAHFI MERUPAKAN SUATU KISAH BENAR MENGENAI SEORANG PEMUDA YANG TERTIDUR DI DALAM SEBUAH GUA.
DI DALAM AL-QURAN DARI AYAT 9 HINGGA 26 SURAH AL-KAHFI, DICERITAKAN KISAH BEBERAPA ORANG PEMUDA BERIMAN YANG TELAH MELARIKAN DIRI KE SEBUAH GUA DAN BAGAIMANA ALLAH s.wt TIDURKAN MEREKA SELAMA 309 TAHUN.

ALLAH Nw.t BERFIRMAN; "ADAKAH KAMU MENYANGKA (WAHAI MUHAMMAD), BAHAWA KISAH 'ASHABUL KAHFI' (PENGHUNI GUA) DAN AR RAQIIM TLRMASUK ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI YANG MENAKJUBKAN?"
(SURAH AL- KAI AYAT 9)

TELAH MENJADI PERDEBATAN DARIPADA ZAMAN BERZAMAN MENGLNAI GUA DAN TEMPAT PERSEMBUNYIAN ASHABUL KAHFI. BANYAK TEMPAT MENDAKWA DIMANA BERLAKUNYA KISAH INI
SEPERTI DI GUA DI JABAL QASSIYYUN, SYRIA DAN GUA DI EPHESUS (TARSUS), TURKI.

NAMUN GUA ASHABUL KAHFI (KAHH AHLIL KAHF) YANG TERLETAK DI ABU ALANDA. KIRA KIRA 7 KM DARI PUSAI BANDAR AMMAN, JORDAN, MERUPAKAN LOKASI SEJARAH YANG
LEBIH MENEPAll CIRI-CIRI YANG DIKISAHKAN DI DALAM AL QURAN. KAWASAN INI SUATU KETIKA DAHULU DIKENALI SEBAGAI "AR-RAQIM" KERANA TERDAPAT KESAN
TAPAK ARKEOLOGI YANG BERNAMA KHIRBET AR-RAQIM DI KAWASAN TERSEBUI.

PERKATAAN AR-RAQIM JUGA DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN AHI TAFSIR MENAFSIRKAN AR-RAQIM SEBAGAI NAMA ANJING DAN ADA MENYATAKANNYA SEBAGAI BATU BERSURAT.
WALAU BAGAIMANAPUN, ALLAH SWT TIDAK MENUNJUK DAN MENYATAKAN DENGAN JELAS DI MANA TEMPAT SEBENAR MEREKA BERSEMBUNYI.  SEBAB ALLAH SWT HANYA MAHU HAMBANYA MENGAMBIL IKTIBAR KISAH PERJUANGAN TUJUH PEMUDA MEMPERTAHANKAN AKIDAH MEREKA.


NAMUN BEGITU BERDASARKAN AYAT 17 SURAH AL-KAHFI, DAPAT KITA KETAHUI KEDUDUKAN SEBENAR PINTU GUA YANG MENJADI TEMPAT PERSEMBUNYIAN KETUJUH-TUJUH
PEMUDA TERSEBUT BERADA DI SEBELAH UTARA.

FIRMAN ALLAH SWT

"DAN KAMU AKAN MELIHAT MATAHARI KETIKA TERBIT, CONDONG KE KANAN DARI GUA MEREKA: DAN APABILA IA TERBENAM,
MENINGGALKAN MEREKA KE ARAH KIRI, SEDANG MEREKA BERADA DALAM TEMPAT YANG LUAS DALAM GUA ITU. YANG DEMIKIAN IALAH DARI TANDA TANDA
(YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN) ALLAH, SESIAPA YANG DIBERI HIDAYAH PETUNJUK OLEH ALLAH, MAKA DIA LAH YANG BERJAYA MENCAPAI KEBAHAGIAAN:
DAN SESIAPA ANG DISESATKANNYA MAKA ENGKAU TIDAK SESEKALI AKAN BEROLEH SEBARANG PENOLONG YANG DAPAT MENUNJUKKAN (JALAN YANG BENAR) KEPADANYA"
 (SURAH AL-KAHFI: AYAT 17)

MENURUT PARA ULAM ASHABUL KAHFI (PENGHUNI GUA) YANG DIMAKSUDKAN DALAM AYAT DI ATAS, TERDIRI DARIPADA TUJUII ORANG PEMUDA BERNAMA:
1- TAMLIKHA
2- MAKSALMINA
3- MARTHUNUS
4- NAINUNUS
5- SARYUNUS
6- ZUNUWANUS
7- FALYASTAHTHYUNUS

Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Kiswah Dalam Ka'abah


Kiswah Merah Dalam Ka'abah
Kiswah Merah Dalam Ka'abah


Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A

 

Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A
Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A



 Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A

Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A


Janggut Baginda Rasullullah S.A.W


Janggut Baginda Rasullullah S.A.W
Janggut Baginda Rasullullah S.A.W


Rambut  Baginda Rasullullah S.A.W


Rambut  Baginda Rasullullah S.A.W
Rambut  Baginda Rasullullah S.A.W


Cop Mohor Rasulullah S.A.W


Cop Mohor Rasulullah
Cop Mohor Rasulullah S.A.W

Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah


 Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah

Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah



 Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah
Bersama rakan blogger bergambar di Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah

Kunci Makam Baginda Rasulullah S.A.W


Kunci Makam Baginda Rasulullah S.A.W
Kunci Makam Baginda Rasulullah S.A.W



Kunci Makam Baginda Rasulullah S.A.W



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Kain Penutup Makam Baginda Rasulullah S.A.W


 Kain Penutup Makam Baginda Rasulullah S.A.W

Kain Penutup Makam Baginda Rasulullah S.A.W



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Capal Baginda Rasulullah S.A.W


Capal Baginda Rasulullah S.A.W



Capal Baginda Rasulullah S.A.W
Cik iena bergambar di  Capal Baginda Rasulullah S.A.W



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam




Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam




Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


PEDANG RAMPASAN PERANG


Pedang Rampasan Perang
Khusyuk nya cik iena baca mengenai Pedang Rampasan Perang

Pedang Rampasan Perang 'AMR IBN AL-AS'  R.A


Pedang Rampasan Perang 'AMR IBN AL-AS'  R.A
Pedang Rampasan Perang 'AMR IBN AL-AS'  R.A





Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam




Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam





Okay anda juga boleh lihat lebih banyak gambar lagi di fanpage cik iena ya .  KLIK DI SINI


Pada yang ingin berkunjung cik iena kongsikan bagaimana untuk anda ke lokasi pameran ini. Kenapa cik iena ingin kongsi kerana cik iena baru pertama kali ke Masjid ini. Jadi agak terkial-kial mencari lokasi pameran tersebut.

Jadi cik iena juga ingin berkongsi pada yang pertama kali hadir ke Masjid ini. Setibanya di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah ada perlu mencari PINTU DI RAJA terlebih dahulu. Kemudian  jika anda menghada pintu di Raja tersebut anda perlu ke kiri, cari rak kasut bernombor 39 . Lokasi pameran tersebut adalah di barisan rak kasut 39.



Nota : Nanti cik iena akan update caption mengenai gambar ya cik iena perlu tengok balik gambar lain dan video takut tersalah tulis :)

Video Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.


Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A memberi peluang kepada anda untuk  melihat sendiri khazanah peninggalan daripada Baginda S.A.W.

Semua artifak ini dibawakan dari segenap pelusuk dunia ke Malaysia agar kita semua dapat menghayati perjuangan Baginda S.A.W dan para Sahabat R.A.



Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA


Tarikh: 10 Julai – 9 Ogos 2017.
Masa: 9.00 pagi – 10 malam.
Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor, Shah Alam).
Google Maps

Harga Tiket:


* Dewasa: RM20.00 seorang.
* Pelajar: RM10.00 seorang
* Warga Emas: RM10.00 seorang
* OKU: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak 6 tahun ke atas: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma

Tiket boleh diperolehi di pintu masuk, tapi bagi mengelakkan beratur panjang dan memudahkan, adalah disarankan membeli tiket secara online di www.tamadunislam.com.

Cabutan Bertuah Buat Pengunjung  Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Bersempena pameran, pihak penganjur turut menyediakan hadiah cabutan bertuah. Pengunjung ke-1000 akan menerima sehelai t-shirt dan pengunjung ke 10,000 akan mendapat sehelai t-shirt dan 1 Al-Quran Digital. Manakala pengunjung ke-100,000 pula akan menerima sehelai t-shirt, 1 Al-Quran Digital dan Pakej Umrah untuk seorang. Mana tahu anda salah seorang pengunjung yang terpilih.

Untuk Maklumat Lanjut


Website : http://tamadunislam.com

Facebook page : Pameran Artifak Rasulullah SAW
https://www.facebook.com/pameranartifak/

Instagram : @PameranArtifak
https://instagram.com/pameranartifak

Twitter : @PameranArtifak
https://twitter.com/pameranartifak





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Iklan Keropok Mony Mengimbau Kenangan | Jom menang Wang Tunai Sehingga RM1400

$
0
0

Rangup setiap kali, Keropok Mony . Cik iena yakin pada anda yang mendengar lagu ini pasti akan terimbau kenangan ketika iklan ini kerap di tayangkan di kaca TV. Iklan Keropok mony ini boleh di katakan sangat terkenal. Rentak lagu yang catchy membuatkan ianya mudah di ingati tidak kira lah dari golongan kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas.



Iklan Keropok Mony Mengimbau Kenangan
Yeayy Keropok Mony




Buktinya cik iena sendiri terpengaruh dengan iklan ini. Gara-gara terbaca status rakan di facebook yang ingin mencari keropok mony . Secara spontan cik iena teringat iklan Keropok Mony yang pernah menyerikan stesen televisyen di Malaysia.


Iklan Keropok Mony Mengimbau Kenangan


Jika di ikutkan memang banyak keropok kering yang di jual tapi yang cik iena perasan ada yang tiada sijil Halal. Apa yang istimewanya Keropok Mony ni semestinya ianya mempunyai sijil Halal . Pembungkusan juga sangat moden dengan rekaan design plastik yang cantik serta ceria lagi moden. Berbeza dengan keropok kering biasa yang hanya tulisan biasa dan adakalanya hanya plastik kosong.

Pembungkusan ni sebenarnya memang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan untuk membeli. Jika pembungkusan cantik dan teratur sudah pasti ianya di sediakan dengan teratur dan teliti bukan. Begitulah mind set cik iena (^_~)

Tambahan lagi keropok Mony ni sangat cepat mengembang apabila di goreng jadi ianya akan mengurangkan penggunaan minyak berbeza dengan keropok kering jenama lain yang lambat kembang ketika di goreng. Keropok mony ni masuk sahaja dalam minyak panas ianya mengembang dengan pantas sama seperti dalam video iklan keropok mony dan video yang cik iena rakamkan tau.




Jom tonton iklan Keropok Mony yang sememangnya membuat cik iena teringat zaman ketika iklan ini di tayangkan.

VIDEO IKLAN KEROPOK MONY




 
 


LIRIK LAGU IKLAN KEROPOK MONY

Rangup Setiap Kali, Keropok Mony!
Hidang Petang Pagi, Keropok Mony!
Rasa yang menawan! Keropok mony!
Untuk keluarga dan kawan! Keropok mony! 
 

Berikutan dari kes teringin nak makan keropok Mony selepas membaca status rakan blogger @rafzan tomomi. Cik iena google dan jumpa akaun social media Keropok Mony. Sekali lagi cik iena tertarik dengan contest yang dianjurkan. Almaklumlah cik iena memang suka sertai Contest.

Cik iena pun Cari lah di Giant Setapak tetapi Malangnya Hanya dua jenis sahaja yang ada . Nampaknya Ramai yang suka makan Keropok Mony ni. Lagi pun keropok mony ni di datangkan dengan pelbagai kuantiti berat.  Keropok Mony boleh di dapatkan dalam bungkusan 200gram, 500gram dan 5kg . Banyak pilihan kan.



5 variasi perisa keropok mony, 'Sari Ikan', 'Sari Udang', 'Bawang Tersanjung', 'Bawang Bibir' dan 'Ceriping Pedas'.
5 variasi perisa keropok mony, 'Sari Ikan', 'Sari Udang', 'Bawang Tersanjung', 'Bawang Bibir' dan 'Ceriping Pedas'.


Cik iena baru bercadang nak beli ke lima-lima perisa iaitu 'Sari Ikan', 'Sari Udang', 'Bawang Tersanjung', 'Bawang Bibir' dan 'Ceriping Pedas'. Sebab plan nak join contest nak buat video yang menggunakan pelbagai perisa. Tetapi yang ada cuma dua perisa iaitu Sari Ikan dan Bawang tersanjung.

Iklan Keropok Mony Mengimbau Kenangan | Jom menang Wang Tunai Sehingga RM1400
Okay keropok mony yang lain dah kehabisan tinggal yang ni je

Terpaksa ubah plan dan nak di jadikan cerita minggu lepas cik iena tak jadi pulang ke kampung. Plan asalnya cik iena nak buat video dengan adik bongsu cik iena yang berusia 6 tahun. Dia suka menyanyi. Boleh ajak dia menyanyi keropok Mony. Malangnya tak plan terpaksa di batalkan. Cik iena rakam video sendiri je di rumah cik iena di KL.

Nak Menang Contest Keropok Mony punya cerita kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tau . Mana tau cik iena ade rezeki. Yang lain pun sama, jom lah cuba siapa tahu rezeki anda semua.

Nah Jemput tonton Video cik iena. Tapi cik iena macam nak buat lagi bila tengok balik macam lawak sangat. Video Syok sendiri rakam sendiri. Tapi takpe cik iena nak submit juga sebab boleh je submit sebanyak mana penyertaan pun :)




Ehh bukan video je, gambar pun boleh tau. Pada yang suka bergambar tu jangan lupa sertai contest ni.

Okay jemput baca mengenai contest ni tau.


Mony Creative Contest , Wang Tunai Sehingga RM1400 Menanti Anda! 




MONY CREATIVE CONTEST RULES





Mony Creative Contest

1. Pastikan anda sudah Like Keropok Mony Fanpage - https://web.facebook.com/monykeropok/
2. Like dan share posting tersebut di facebook anda . Okay boleh share melalui link DI SINI atau klik share di bawah



3. Rakamkan Video/ Gambar mengenai Keropok Mony
4. Upload Creative Photo atau Video tersebut di laman facebook beserta harshtag #monycrackers #monychallenge #monycreativecontest
5. Pemenang akan di hubungi melalui messenger



Tarikh Tamat : 30 July 2017

Syarat Tambahan yang cik iena perasan : anda perlu tag nama Indadi Utama dalam post anda :)
Cik iena sudah tag yeay. Mudah-mudahan murah rezeki..

Nota Tambahan : Pastikan anda set sebagai public supaya pihak penganjur dapat lihat okay. Ini sangat penting. Sayang pada yang join tapi tidak set sebagai Public.

 Menarik kan. Senang je sebenarnya contest ni. Lagi-lagi buat anda yang gemar bergambar dan berani membuat video . Mana tau boleh Viral dan famous gituh (^_~)

Cik iena memang gediks nak cuba nasib walaupun rasa nak menyorok dalam selimut tengok video sendiri (^_~)




Iklan Keropok Mony Mengimbau Kenangan
Rangup Setiap Kali, Keropok Mony!



Rangup Setiap Kali, Keropok Mony!
Hidang Petang Pagi, Keropok Mony!
Rasa yang menawan! Keropok mony!
Untuk keluarga dan kawan! Keropok mony! 
Ewahhhhhhhh Boleh pulak cik iena tak terfikir nak record video cik iena joget masa ambil gambar ni. Ini versi spontan orang melatah. Ouh takde rezeki. Gambar je ada 
(^_~)


Haaa pada yang nak join cik iena memeriahkan contest ni boleh la beli keropok Mony di kedai-kedai runcit terpilih, selain tu ada juga di pasaraya seperti Giant, Econsave, Mydin, NSK Trade City, UO Superstore,  Checkers  dan Hwa Thai .



Untuk Maklumat Lanjut Layari


FB : https://web.facebook.com/monykeropok/
IG : @monycrackers.my



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


WHIPPING CREAM BOLEH CERAH KAN KULIT?

$
0
0

Betul ke Whipping Cream Boleh cerahkan Kulit wajah? Mendengarkan namanya yang cukup unik buat cik iena tertanya-tanya produk apakah ini. Adakah ia sejenis produk masakan yang serbaguna sehingga boleh di gunakan sebagai penjagaan kulit wajah dalam seharian.
 WHITE IN WHIPPING CREAM

Sebenarnya ianya sejenis produk penjagaan wajah bukan lah produk masakan. namun namayang di berikan cukup membuat cik iena tertarik dan tertanya-tanya mengenai produk ini dan apakah keistimewaannya.
Baiklah jom cik iena ceritakan serba sedikit mengenai whipping cream ini.  




WHITE IN WHIPPING CREAM 


WHITE IN WHIPPING CREAM
Ianya merupakan produk keluaran G9 SKIN . Digunakan untuk mendapatkan kesan tona kulit lebih cerah dengan lebih pantas namun ianya akan hilang selepas di cuci . Walaubagaimanapun penggunaan yang konsisten akan mencerahkan lagi tona kulit wajah anda.



CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

  • Professional Whitening
  • Soft Whipping Cream Texture
  • Skin-Blurring Effect
  • 9 Whitening Ingredients
  • 9 Moisturizing Ingredients
  • Anti-Wrinkle Adenosine

CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM



KEBAIKAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

 CIRI-CIRI G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM TEXTURE

WHITE IN WHIPPING CREAM
Ianya bertekstur lembut seperti whipping cream namun perlukan sapuan yang sekata untuk memastikan kesan yang cantik pada wajah. Sekiranya tidak sekata ianya akan kelihatan bertompok-tompok. Dinasihatkan keringkan wajah terlebih dahulu sebelum memakai whipping cream ini.

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM PACKAGING


WHITE IN WHIPPING CREAM
Pembungkusan yang cukup mencuit hati cik iena. Cik iena sememangnya penggemar pink. Konsep warna pink putih yang di gunakan sememangnya sangat comel dapat menarik perhatian umum terutama kaum hawa yang majoritinya menggemari warna pink. Tambahan lagi pembungkusan kotaknya juga sama seperti whipping cream .


G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM PRICE


Whipping Cream ini di jual pada harga RM78 .
Untuk pembelian secara online anda boleh terus klik disini

WHIPPING CREAM BOLEH CERAH KAN KULIT?


CARA PENGGUNAAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

CARA PENGGUNAAN G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

Ianya boleh digunakan pada waktu siang sebagai asas solekan ataupun pada yang tidak gemar bersolek ianya boleh menggantikan BB Cream anda kerana iena mempunyai fungsi kecantikan yang sama iaitu menaikkan tona kulit wajah supaya cerah berseri.

REVIEW G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM

Cik iena telah menggunakan whipping cream ini selama 6 Hari . Secara keseluruhannya ianya berkesan untuk mencerahkan secara sementara tetapi penggunaan berterusan dan konsistem mampu merawat dan mencerahkan kulit wajah.





Dari segi tekstur cik iena suka kerana lembut tetapi perlu teliti ketika mengaplikasikannya kerana dari pengalaman cik iena menggunakannya ianya lambat meresap ke dalam kulit wajah.
Cik iena merupakan seorang yang terus mengenakan cream muka selepas mandi jadi di sebabkan teksturnya sukar meresap (memakan masa berbanding cream lain)  cik iena perlu memastikan kulit wajah betul-betul kerinng terlebih dahulu ataupun cik iena perlu usap krim lama-lama pada wajah bagi memastikan tona nya sekata. Namun setelah meresap hasilnya memuaskan sama seperti BB Cream yang lain.


Okay di bawah cik iena tunjukkan gambar sebelah kanan wajah tanpa whipping cream dan sebelah kiri wajah menggunakan whipping cream bagi membezakan tona kulit wajah selepas mengaplikasikan whipping cream ini.



Berikut pula kedua-dua bahagian telah diaplikasikan whipping cream

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM








G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM SESUAI UNTUK ANDA YANG..

G9 SKIN WHITE IN WHIPPING CREAM



Kepada yang berminat untuk mencuba ianya boleh di beli secara online di


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari 


Website : www.vline.com.m
Facebook: @G9skinMY
Instagram: @g9skin_malaysia






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Viewing all 1361 articles
Browse latest View live