HSA Trading Capital Bhd. merupakan pengeluar dan pemborong produk muslim serta pengeluar produk makanan berjenama Sherwanis yang mana Syarikat ini akan membuka pasar raya mini sulung mereka di Ampang pada bulan depan iaitu Januari 2020.
![HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung]() |
Pengasasn HSA Trading Capital Bhd dan juga Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Muhamad Ridwan Safrizal ketika ditemubual di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur |
HSA membawa maksud
Hidayah Seluruh Alam . Nama ini dipilih oleh pengasas untuk membawa jenamanya mendekati para pengguna di Malaysia khususnya.
Menurut Pengasas syarikat,
Datuk Muhamad Riduwan Safrizal , pasar raya yang bakal dibuka itu diberi nama sebagai
HSA Cheaper Mart . Pasaraya ini akan mula beroperasi di Ukay Perdana. Beliau berkata, pasar raya itu merupakan penjenamaan semula
Sherwanis Mart yang sebelum ini memiliki 10 rangkaian di selatan tanah air.
![HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung]() |
Pengasasn HSA Trading Capital Bhd dan juga Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Muhamad Ridwan Safrizal ketika ditemubual di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur |
HSA Cheaper Mart Bakal Dibuka di Ukay Perdana pada 5 Januari 2020
Untuk pengetahuan,
HSA Cheaper Mart akan dibuka pada 5 Januari 2020 dan ketika ini kerja-kerja operasi berada pada peringkat akhir untuk memuatkan premis ini dengan pelbagai barangan keluaran muslim dan menaikkan papan tanda perniagaan.
Harapan Pengasas
HSA Cheaper Mart, dengan pembukaan sulung ini hasil penjenamaan daripada Sherwanis Mart, syarikat sudah bersedia mengorak langkah untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada masyarakat.
![HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung]() |
Pengasasn HSA Trading Capital Bhd dan juga Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Muhamad Ridwan Safrizal ketika ditemubual di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur |
Menurut
Datuk Muhamad Riduwan lagi,
Pembukaan premis itu menelan kos melibatkan kira-kira RM80,000 itu sebagi platform terbaik buat syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.Jelas beliau, pengusaha PKS dan syarikat baharu boleh merebut peluang itu untuk mempromosi dan menawarkan produk buatan sendiri kepada penggunaan.
HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung
HSA Cheaper Mart masih mengekalkan konsep sama seperti pasar raya mini yang berjenama popular di seluruh negara namun mereka memiliki strategi yang tersendiri. Tarikan utama kepada penggunaan adalah harga yang ditawarkan lebih rendah daripada jenama lain serta ianya menempatkan pelbagai produk buatan usahawan Muslim di bawah satu bumbung.
Setiap pasar raya mini akan menawarkan kira-kira 10,000 pelbagai jenis barangan dan 60 peratus
HSA Cheaper Mart juga akan menawarkan pelbagai produk
Sherwanis yang terkenal dengan rempah kari, kicap, jus minuman yang telah berada di pasaran sejak tahun 2007 di lebih 7,000 kedai pelbagai saiz di seluruh negara khususnya di bahagian Tengah serta Selatan seperti Melaka
Selaras dengan permintaan pelanggan sedia ada,
HSA Cheaper Mart merancang untuk memperluaskan pasarannya secara berperingkat sehingga 200 cawangan di seluruh negara.
Bagi mencapai sasaran itu , syarikat akan mengadakan promosi bergerak dan taklimat perniagaan di Johor, Melaka dan Selangor dalam masa terdekat untuk memberi penerangan mengenai perancangan masa depan jenama pasar raya mini tersebut.
Datuk Muhamad Riduwan juga turut menyusun strategi buat para usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan masing-masing di bawah payung
HSA Cheapest Mart. Menurut beliau
“Saya percaya kepada konsep berkongsi rezeki dengan membantu usahawan bumiputera untuk terus berjaya selain membimbing mereka meningkatkan daya saing selain mencari peluang untuk mendapatkan dana pembiayaan pengembangan perniagaan,” ujarnya.
Sementara itu, kepada usahawan yang berminat memasarkan produk mereka di bawah rangkaian
HSA Trading Capital Bhd. termasuk di 7,000 kedai runcit, boleh menghubungi talian 0194008966/0139272499 (Pentadbiran) – MalaysiaGazette
Salasilah HSA Trading Capital Bhd
Semasa sesi interview Pemilik
HSA Cheaper Mart iaitu
Datuk Muhamad Riduwan Safrizal, beliau berkongsi cerita mengenai jatuh bangun beliau didalam dunia perniagaan ini. Pengalaman jatuh bangunnya sebanyak empat kali sehingga pernah membawa diri tinggal di dalam kereta di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru merupakan kisah mengenai kehidupan beliau.
Beliau yang merupakan pengasas jenama produk
Sherwanis dan
Pengerusi HSA Trading Capital Bhd terpaksa membawa diri ke JB dari Melaka, pusat operasi perniagaannya sebelum ini dengan menjadikan kereta sebagai ‘rumah tumpangan’ selama sebulan selepas mengalami kerugiaan jutaan ringgit dalam perniagaan gara-gara ditipu rakan niaganya.
Gara-gara kesempitan wang dan kelangsungan hidup, beliau yang ditemani isterinya
,Datin Nurul Aiza, menjadikan rumah Allah sebagai motivasi untuk beliau bermuhasabah diri selain ditemukan dengan seorang sahabat yang memberi galakan dan motivasi untuk berniaga semula.
“Saya kembali ke Melaka, mencagarkan kereta sedia ada untuk mendapatkan modal semula bagi memproses rempah ratus hasil daripada formulasi sendiri yang sebelum ini berjaya menaikkan jenamanya di pasaran Tengah dan Selatan Malaysia.
“Perniagaan kembali berjalan secara berperingkat-peringkat dan saya berjaya membangunkan empayar bisnes yang punah sebelum ini dengan mengaut keuntungan yang baik,” jelasnya ketika ditemui pada sesi temubual di sini baru-baru ini.
Beliau sebelum ini membangunkan perniagaannya menjual produk rempah ratus di negeri Melaka dengan memiliki rangkaiannya tersendiri selain kilang prosesan produk. Sebahagan daripada produk rempah yang popular di jual di lebih 7,000 rangkaian peruncitan di pasaran
Namun, setiap usahawan yang berjaya, pastinya tetap diuji tuhan untuk menjadikan mereka lebih matang dalam menghadapi cabaran getir dalam dunia perniagaan.
“Dalam perniagaan lalu, saya pernah memakai kereta mewah Ferrari, memiliki aset jutaan ringgit dan sebanyak empat kali juga saya di uji jatuh, namun saya berkeyakinan terhadap kekuatan Solat Dhuha, Surah Al-Waqiah dan Ayat seribu dinar mampu membantu menyelesaikan masalah.
“Ajaibnya doa dan bersedekah walaupun hanya RM1 sehari, menjadi antara kunci kejayaan saya untuk kembali bangkit daripada kesusahan lalu,” jelasnya.
Bina Pusat Tahfiz di Taman Melawati
Menariknya lagi mengenai pemilik
HSA Trading Capital ini bagi merealisasikan hajatnya untuk terus melakukan amal jariah,
Datuk Muhamad Riduwan telah melabur sebanyak RM2.8 juta untuk membeli sebuah banglo di Taman Melawati untuk dijadikan pusat tahfiz dan pusat pembelajaran agama secara percuma kepada orang ramai.
TERKINI : Buka Akademi Tahfiz Percuma “Usahawan Beli Banglo RM2.8 Juta”![HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung]() |
Antara juadah yang dihidangkan yang menggunakan rempah ratus keluaran HSA semasa sesi temubual bersama media di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur |
Rakan media turut dibawa melawat banglonya itu selain bekesempatan solat berjemaah dan menikmati hidangan makan tengahari yang dimasak oleh isterinya menggunakan rempah ratus keluaran syarikat.
![HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung]() |
Bergambar bersama rakan blogger semasa sesi temubual di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur |
Peluang perniagaan dibuka kepada umum
Kepada Usahawan-usahawan diluar sana yang berminat memasarkan produk di bawah rangkaian
HSA dan di 7,000 outlet runcit di seluruh negara, anda boleh menghubungi di talian 019-400 8966 atau 013- 927 2499.